Monday, February 9, 2009

Sekitar Pernikahan Sepupu

Semalam (08/02/09) seperti dirancangkan aku dan keluarga menyertai rombongan pengantin lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan di kg. jalan kebun, klang. pengantin lelaki tu bernama amir hamzah, sepupu aku yg tinggal kat kuala krai, kelantan. tapi dia kerja kat klang, dan akhirnya dapat jodoh ngan orang klang.

aku tak pasti pengantin pompuan jawa ke banjar, biasanya belah klang ramai orang jawa. bagi family besar kami, kami langsung tak de strictkan jodoh family ngan mana2 bangsa atau negeri. tak semestinya jodoh dikalangan pantai timur je. diversity dan pelbagai dialek inilah yg menghangatkan suasana kalau pakat kumpul ramai. aku rasa family besar aku semua negeri ada, termasuk sabah dan sarawak. adik lelaki aku sendiripun nikah ngan orang sabah.

keluarga rombongan pengantin lelaki berkumpul di masjid al falah, kg jalan kebun. dalam 20 kereta tak silap aku. majoriti dari kelantan dan pahang. yg dari sini cuma aku, adik ipar aku, dan beberapa sepupu yg kerja di lembah klang.

ni sedikit gambar sempat aku snap. nak snap payah sebab luqman asyik nak berdokong je walaupun dah besar. sebab dia anak lelaki kesayangan aku, dokong pun dokonglah. lagipun mood luqman tak berapa ok sebab bibir dia masih bengkak kerana terjatuh atas simen. bibir dia silap2 pandang dah macam bibir obama pun ada.










seronok sebab ramai pakcik makcik dan sepupu2 aku hadir, terutama adik beradik pengantin lelaki. dah lama aku tak ke rumah mereka kat kuala krai. rindu pulak nak mandi sungai kelantan dan cari etok.

lagi rindu bila sepupu2 itu dah besar2. yg tak seronok cuma masih2 berbalas senyum dan salam. tiada lagi hilai tawa bertepur tampar macam dulu. ye lah! ramai yg dah besar dan berkeluarga. tak manis juga dilihat suami mereka walaupun hubungan kawi rapat dari kecil. teringat juga masa aku menghabiskan masa dirumah mereka di kuala krai masa dulu. sungai cuma dibelakang rumah, bila aku datang ummi dan papa mereka hanya membiarkan mereka bermain sungai dengan pengawasan aku. cepat benar masa berlalu. 4 dari mereka dah berkeluarga termasuk yg terbaru amir. 3 sebelumnya semua perempuan.

kalau dapat diputarkan waktu, rasanya aku tak mau ubah apa2. aku senang dengan keadaan sekarang. cuma aku berdoa agar hubungan kekeluargaan kami yg besar itu terus utuh. perkahwinan bukan membataskan hubungan kekeluargaan, cuma terpulanglah pada diri masing2.

kepada amir dan pasangan, selamat pengantin baru. moga bahgia selamanya.

14 comments:

arsaili said...

salam...semua org lazimnya mengharapkan agar ikatan kekeluargaan terus berkekalan dan bertambah kuat..tetapi banyaknya semakin jauh...itu yg sedihnya

Kapten Luffy said...

tema pink... lawa tu

dr itu! said...

meriah sungguh...satu lagi masjid dah terbina...syukur!!
awat tak tunjuk gambaq lauk kenduri...bul dah lama nak makan lauk kenduri...lalalala

Unknown said...

umaiii.... sarunuknyak aii maaiteh urang kawen nik.... pangantin tuk lagik la sarunuk.... hehehe

ILA said...

salam & Apa khabar empunya blog;)
Wahhh..nampak rombongan pengantin kat sini jer..terusku jadi sasauuuu..

bulan may ni adik ipar(pompuan tunggal tu) bakal melansungkan perkahwinannya.Dari soal hantaran,pelamin & souvenier utk tetamu tanggungjawab di letakkan pd saya.Mana tak sasau...lagi 2 bulan 1/2 kena settle bnda tu.memangler..tidur tak lena , mcm diri sndiri yg nak naik pelamin le pulak:p

cendawanintim said...

kakak aku yang duk klang tu duduk kat jalan kebun tu ler...

aritu yang gi kl pi kenduri kat jalan kebun, meriah benor...orang jawa...makanan takyah cakap ar, sedap giler babas, tapi agak pelik sket, sebab tuan rumah yang cedukkan nasik!

izman said...

arsaili,
yup, kdg kala kedewasaan dan masa menjarakkan hubungan

izman said...

monkey d luffy,
aik, cam minat pink je. baguslah kalau ada impian.

izman said...

alhaqimi,
syukur. tak dua2 tangan pegang pinggan, kamera tersisip di pinggang je. dah mula makan, lupa segala.

izman said...

shifu67,
terer cakap serawak. pernah ngajar serawak ke? kamek tak pandai madah serawak.

izman said...

ila,
ko memang dari dulu sasau kan? kuang.3x

sbg kakak mmg t/jwb ko la. aku yakin ko boleh.

ko nak naik pelamin? apa salahnya. ramai org buat ape, buat pelamin sempena ulangtahun perkahwinan.

izman said...

cendawanintim,
o... kakak ko duduk jln kebun jugak.

akupun suka org jawe. err... maksud aku makanan dia (nampak sangat tipu psl aku tak makan tempe)

scorpions said...

salam..tumpang tanya cmne nk wat blog sendiri ye..leh kongsi skit x.k tq.

izman said...

adirwana85,
email saya kat damak_76@hotmail.com utk sedikit tunjuk ajar. basic je la... yg advance saya pun tak reti.