Thursday, February 19, 2009

Public Canning VS Public Phone

Sebagai pengamal HR (macam pengamal ilmu hitam pulak) elemen kaunseling adalah suatu yg lumrah. walaupun kekadang tengak bizi gaji, terpaksarela jugak handle kes disiplin ni. kes2 sekarang tak de lah mencabar sangat, rata2 cuma kes lateness, absent, dan kecuaian. kebanyakan kes hanya berakhir dengan nasihat, jarang sangat aku bagi warning letter kecuali kes berulang.

kes2 disiplin melibatkan leave pada aku very straight forward case. tanya betul tidak, alasan, ada bukti, ada beritahu kawan2 atau syarikat? kalau semua tak, memang sangkut kes lah. dulu aku ada gak cita2 nak jadi lawyer, tapi sebelum masuk u, aku pilih hrm sebagai pilihan pertama. dan pilihan tu sangkut. so, jadilah aku orang hr. bayangkan dulu aku pilih subject minyak, dah confirm aku jadi orang minyak sekarang.

teringat aku kes yg agak mencabar masa aku di company terdahulu. dibawah hr dept ada seorang gardener. gardener ni pada aku punya lah pemalas, bak kata orang kampung aku "dia ni lebih malas dari unta mekah". aku namakan gardener ni sebagai ahmad bin ali (bukan nama sebenar). umur dalam 40an. kurus keding. mungkin tidak keterlaluan aku gambarkan dia sebagai bodoh2 alang, sebab nak kat tiga suka tak baiklah. secara peribadi aku memang tak suka dia kerana kepemalasan dia dan kebendulan dia. tidak terkecuali banyak betul dia punya alasan. tapi memandangkan bos lama aku dulu yg ambik dan dimasa tu dia masih boss aku, aku layan je lah.

kenapa aku tak suka dia? bayangkan kerja dia cuma menyapu sampah luar kilang dan menyiram bunga setiap hari. kerja rutin dia beberapa tahun itupun hari2 aku dan supervisor aku terpaksa kena ingatkan dia hari2. kalau hari hujan atau panas selalulah dia hilang diri. bila dia hilang boss aku akan suruh aku atau supervisor aku carik dia. satu kerja pulak. henpon ada dua, tapi pandai dia off kan. bila tertangkap tidur masa kerja, ada je alasan tak logik dia bagi seperti sakit tubuh, dia dikejar makhluk halus dan memaksa dia bersembunyi. tapi boss aku selalu bela dia, alasannya "biarlah izman, dia tu kategori orang kurang upaya. kita nasihat je lah". kalau dia sakit dan pergi klinik panel atau hospital gomen tapi tak dapat mc (medical leave) dia akan bawa mulut beritahu ni mesti boss aku yg call klinik/hospital cakap jgn bagi mc. lagi hangin kalau pagi2 kita tarbiah dia pasal kerja, petang tu mulalah sakit dia datang sampai dia terguling2. yg aku geram, aku lah yg disuruh hantar ke rumah dia di kg. delek. satu yg bagus, dia selalu nak aku hantar dia balik berbanding boss aku atau org lain. yg geram kg delek tu jalan dia betul2 memeningkan aku walaupun berbelas2 kali masuk. kalau 12 kali aku masuk kg delek, 12 kali jugak aku sesat tak jumpa jalan keluar. terpaksa susah payah tanya orang. pernah aku hantar dia balik, terpaksa pulak aku mintak saudara dia tunjukkan jalan keluar. haru betul.

apsal aku lari tajuk ni. ok, kita dah jauh tersesat, mari kembali ke pangkal jalan. aku nak crita balik bab kaunseling pekerja bermasalah.

kerana dah tak tahan dengan perangai ahmad dengan kesalahan yg berulang2 akhirnya aku terpaksa berterus terang dengan boss aku. dan kerana boss aku tak nak kehilangan aku yg mungcung dah boleh diikat kerana tak puas hati akhirnya setuju memanggil ahmad mengadap. dalam bilik tu cuma ada boss aku, aku dan ahmad. ahmad masih sengih2 walaupun muka aku dan boss aku muka asam kecut (kami dah pakat buat muka garang dan serius).

boss aku lebih banyak berkias dan memberi contoh2 berbanding aku yg lebih laser disk. biasalah orang lebih tua, lebih tenang dan berpengalaman. org muda cam aku ni lebih gelojoh. aku lebih banyak diam, apatah lagi aku duduk bersebelahan ahmad, sementara boss aku duduk didepan menghadap kami. sambil2 berceramah pada ahmad, akupun dilibatkan sama sebab aku immediate superior kepada ahmad walaupun kami ada beberapa org supervisor dan clerk yg hieraki lebih tinggi dari ahmad.

boss aku memberi pelbagai perumpamaan dan contoh agar ahmad yg dah berumur tapi bujang. antara yg aku masih ingat bagaimana boss aku menceritakan bahawa jika kelakuan ahmad itu dilakukan pada zaman dia sekolah2 dulu, confirm ahmad akan kena public canning. boss aku orang lama, public canning masih wujud. zaman aku sekolah dah tak de. boss aku begitu details bercerita psl public canning, dalam lebih satu jam. dan sesekali bertanya ahmad tau tak dia public canning. ahmad mengangguk.

dah lama bercerita, aku tengok tanda2 kesedaran tak depun kat muka dia. boss aku pun nampak sedikit tertekan dan mula mngasak.

boss hr : mat faham tak apa saya cerita tadi?
ahmad : faham.
boss hr : mat faham yg mane?
ahmad : yg cerita tadi, mat faham la.
boss hr : semua?
ahmad : ye la...semua.
izman : public canning?
ahmad : faham.
boss hr : apa mat faham pasal public canning?
ahmad : SEMUA LA (Suara sedikit tinggi)
boss hr : betul ke mat faham?
ahmad : BETUL (lebih kuat). Ingat mat bodoh ke!
boss hr : kalau mat faham. apa maksud public canning?
ahmad : ala itu adik mat pun tau. public canning tu sama la dengan public phone. ala yg orang tak de henpon guna kat tepi jalan tu.
izman : (menahan ketawa ambil menekan perut. aku tengok boss aku merah muka menahan marah dan ketawa sekaligus). (akhirnya aku tak tahan dan mula ketawa agak kuat, diikuti boss aku. dan si mat pun ketawa sama. diketawakan orang pun boleh ketawa sama).
boss hr : dah la mat. pergi keluar. pening kepala saya. izman, nanti bagi reminder letter pada mat. kalau berlaku lagi, beri dia warning letter.

daftar istilah :
1) public canning = upacara merotan dikhalayak ramai di perhimpunan sekolah. biasanya dibuat ke atas pelajar yg melanggar peraturan, dan melibatkan kes serius seperti ponteng, menghantar surat cinta disekolah, bergaduh, menggores dan menang kereta cikgu dan sebagainya.

2) public phone = upacara menghubungkan suara antara dua pihak di khalayak ramai, terutama di tepi2 jalan dan tempat awam seperti stesen bas dan kompleks membeli belah. terpaksa memasukkan duit syiling atau kadphone untuk menggunakan kemudahan ini. kurang digunakan sekarang kecuali kes2 tiada line henpon, atau henpon kehabisan top up. ada juga kes ia digunakan untuk menipu majikan dengan memaklumkan motor pancit dan kehabisan kredit untuk menimbulkan simpati boss.

16 comments:

Anonymous said...

Seronok Kakak baca entry Izman hari ni, by the way, Izman, ejaannya ialah caning, public caning. Kalau canning tu maksudnya di'tin'kan, tapi mungkin dengan Ahmad ni patut di'tin'kan kot!

izman said...

kakak,
terima kasih atas kesudian dan keselaluan dtg ke sini. he..3x ejaan mmg selalu silap. trima kasih betulkan.

akak tak de blog atau email ke yg boleh berhubung dan bertanya khabar.

Anonymous said...

Kakak takde bloglah Izman, takde apa yang interesting nak diblogkan. Kakak suka baca blog Izman because it's an honest description of your everyday life. Teruskanlah berblog!!

a.b geldofg said...

bgus juga idea last ko tu...

Mak Su said...

Ya Robbi....patutlah kau tensen izman.... haduiyaiiii, tak berani aku nak berdepan ngan orang macam tu, nanti kena canning plaks. wkakakak

izman said...

kakak,
tak kisahlah. senang2 akak datang la sini. kalau lagi senang2, email saya pun buleh.

izman said...

ab geldofg,
thanks bro singgah.

idea mana? call boss pakai public phone ke...

cendawanintim said...

kalu aku pon pening nak layan orang cenggini....adehhhhh

izman said...

mak su,
masa kejadian, ia tension. dah lama ia jadi bahan lawak utk hilangkan tension.

izman said...

cendawanintim,
mmg memeningkan, tapi dah tugas.

Rayz said...

xpe ler mey... public phone ke ..public caning ...janji bunyi lebih kurang. Kira 50% orait ler tu..

izman said...

nadya,
ko tukar nama la wei, kang ada member lain ingat aku curang.

nurizan said...

citer ni masa kita sama company ker izman? lawak plak baca citer nih..

izman said...

eiman,
yup. kisah benar tu. gardener sykt lama kita la tu....

Anonymous said...

gelak sorang2 kat depan PC baca cerita si Ahmad lurus bendol ni.. keh... keh... keh.....

izman said...

secangkir madu merah,
datang la selalu kalau nak baca crita menarik.