Wednesday, February 11, 2009

Pengalaman Meng'Interview'

Aku ada banyak crita nak diberitahu tapi otak kekadang buntu nak bermula. kerja sebagai orang HR (human resource/sumber manusia) ni kekadang terlalu bizi dan kekadang pula terlalu lapang. antara kerja HR yg utama ialah menemuduga calon untuk sesuatu jawatan.

bab2 melihat kelatah calon2 yg nerves, gelabah biawak kata orang kampung aku tu lumrah. aku juga macam diorang, gementar untuk ditemuduga sebab kita membayangkan takdir hidup kita ditentukan disitu. memang kita berusaha, dan akhirnya serahkan pada Allah. keajaipan sering terjadi.

aku bersyukur dalam ekonomi yg kian gawat ni, aku masih jenuh meng'interview' beberapa jawatan kosong. hari ini pun ada seorang pekerja mula bekerja dan 16/2/2009 nanti ada 2 org lagi akan mula lapor diri.

pada aku proses interview adalah proses bg kedua2 belah pihak mengenali satu sama lain. bakal majikan nak tengok rupa paras, personaliti, tubuh badan, kelayakan, umur dan sebagainya.

1) rupa paras? pada aku ia penting, bukan aku nak tengok ia cantik atau hensem, tapi raut wajah ada peranannya. utk mengambil receptionist misalnya, tak perlu terlalu anggun atau body cutting kerengge. cukuplah kalau wajah sedap dipandang dan murah senyumnya. kadang2 org cantik ni cukup kedekut senyum, dan pada aku tak sesuai jd receptionist. rupa lawa tapi kalau bodoh piang pada aku tak guna.

2) personaliti? bakal majikan biasanya mencari org yg sesuai utk mewakili mereka, terutama berdepan dengan pelanggan atau vendor. personaliti tu biarlah ada. jangan serabai sangat. kebanyakkan sykt bukan cina biasanya kurang berminat kepada calon yg nampak ekstrem seperti berjambang dan berjanggut panjang. cara berpakaian juga penting. minyak wangi tu perlu, tapi jangan melampau wangi. cara duduk, berjalan, bercakap, bahasa tubuh seringkali juga dilihat. cuma awas dengan penemuduga yg asyik tengok tubuh badan anda je. nak2 pulak anda seorang yg seksi montok dengan menampakkan alor dada. tu jenis rakus nama dia.

3) tubuh badan? ini juga penting. ada pekerjaan yg memerlukan saiz badan yg sasa, dan ada yg sebaliknya. cuma yg lelaki tu berkelakuanlah ikut tubuh badan. maksud aku kalau badan sasa tapi cara duduk dan berjalan macam sotong, jenuh jugak org nak pilih. tengok kerja la...

4)kelayakan? ini terpenting pada aku. yg ada sijil ke ijazah ke bawak le. jangan kata lupa. tunjukkan sijil2 anda dan jual diri anda. maksud aku tunjukkan pada bakal majikan bahawa mereka memang bodoh kalau tak ambik anda kerja. kalau takat kerja nak jual diri, tak perlu kelayakan tinggi. gi je cari untie ayam atau cari je sugar daddy kaya. paling aku benci ialah org kelulusan tinggi tapi perangai dan cara interaksi macam budak darjah enam. tak matang langsung.

5) umur? ada kerja dikhususkan untuk golongan umur tertentu je. so kena pilih2 le. jangan pakai belasah je. org interview ni kekadang terlepas pandang jugak, panggil org interviw tapi cakap mereka tak layak sebab faktor umur. dah tau tak layak, jangan panggil la. nyusahkan orang je.

sebenarnya byk lagi faktor lain. itu je aku nak share. maklumlah akupun budak baru belajar gak. tadi aku cakap faktor nasib sebab kekadang ada calon yg kita just kedua atau ketiga terbaik, tapi terpilih sebab faktor luck.

dah topik interview aku nak stori sikit pengalaman aku interview yg aku rasa menarik.

crita interview :

kisah ni masa kerja sykt lama, aku bersama seorang senior manager design engineering department bernama mr teo (bukan nama sebenar)sedang interview calon engineer pompuan. fresh grad, comel gak. lama gak interview, ini yg terpenting dlm interview yg aku suka. nama minah ni riana (bukan nama sebenar).

mr Teo : riana, kamu dah kahwin?
riana : belum lagi. saya masih bujang.
mr teo : dah ada tunang?
riana : belum. boleh saya tanya kenapa tanya soalan tu?
mr. teo : izman. you explain dia..
izman : cik riana, kami tanya sebab ini adalah kali pertama kami nak pilih engineer perempuan. jawatan ini memerlukan komitmen yg tinggi dan kadang kala memerlukan kamu stay kat office sampai late night. may be kamu juga terpaksa out station. kalau dah berkeluarga ni batasan dia agak banyak dan kami mencari calon2 yg single.
riana : ok, saya faham.
mr teo : you dah ada boyfriend?
riana : err... buleh tak saya tak jawab soalan ni?
mr teo : boleh! tapi confirm you tak dapat kerja ni lah. saya tanya msti ada sebab. betul tak izman?
izman : tersenyum (dalam hati berkata. mentang2 lah makwe ni comel, miang pulak org tua ni).
riana : ok saya jawab. saya dah ada steady boyfriend.
izman : (aku ketawa dalam hati bagai nak pecah perut. mak aik... lurusnya budak ni. nasib baik aku dah kawin).

interview berjalan lama gak, dan akhirnya perempuan tu berjaya menjawat jawatan sebagai engineer disebabkan kelayakan, daya usaha, personaliti dan kelurusannya. kami akhirnya jadi kawan kamceng sampai sekarang walaupun masing2 dah berhenti dari sykt tersebut. sesekali jumpa dia keluar makan aku akan selalu usik dia dengan crita interview tu, dan baru dia tau betapa naifnya dia dulu. dulu la...

18 comments:

Tirana said...

Seronok ye jadi penemuduga..macam-macam boleh tanya..hehehe..

Kapten Luffy said...

wah... comel tak awek tu? hehehe

p/s: aku pun keja hr tp lebih kepada finance. keja pun ada shift... special hr huhuhu

izman said...

tirana,
kalau bujang lagi seronok, screen resume tgk candidate bujang dan comel, panggil interview. kalau tak berjaya dpt jawatan, may be berjaya jadikan calon pengantin. ha.3x.

izman said...

monkey d luffy,
ko muda lagi, so belajar dulu semua aspek. suatu hari bila ko dah jd HOD budak2 pun tak leh goreng ko.

awek tu comel tak? he.3x cubby macam cubby mariko chan.

Abang Long said...

Salam hormat.

Izman, bolehkah kita bertemu dalam jarak waktu terdekat ? Maaf, Abang long tidak boleh ber-sms.

cendawanintim said...

sedap plak ko buli orang erk...

izman said...

abang long,
no problemo. saya call abg.

izman said...

cendawanintim,
buli? itu nama dia bermesra-mesraan. khas utk pompuan bujang dan cantik ler.

Mak Su said...

bila dah geng, cerita tak kat dia pasal kelurusan dia tu? tentu gelak tak hengat, ek.

izman said...

mak su,
mestilah crita. fresh grads, naive ler. dia punya gelak, tak ingat.

luluchen said...

sy pnh kena interview dan disuruh berlakon yg sy nak kena balik awal sbb ada hal emergency tp kerja tu memerlukan sy siapkn hari tu jgk...

pelakonnya cuma saya dan bos (interviwer tu la)

maka saya cakap 'bos tolong la siapkan..'(sambil buat muka bajet comel mata kelip2)

sah xdpt la kan?haha,abes sape srh blakon dua org je..cuba letak pelakon tambahan ramai sikit.gerenti saya akan mengagihkan kerja2 itu dgn berhemahnya.

izman said...

luluchen,
task atau behavior roles suruh lakon ok ler. kalau bos gatal suruh berlakon tertangkap oleh bini dia sebab terskandal cam ner?

Jard The Great said...

huh??

aku stp kali interview.. mesti kena tny aku kalo dah ada bf ke tak.. ingatkan soalan wajib dlm stp interview.. hehe..


ooo... aku kira comel la nih.. hahaha...

Nek Cun said...

Frankly speaking, conducting an interview is my main KPI tapi itulah tugas yang paling boring nekcun rasakan! Nak plak kalo post yang tinggi-tinggi... Nasib baiklah ramai pembantu under my supervision yang boleh diharap!... Mula-mula dulu seronok jugalah dapat study people's character etc, tapi bila dah selalu sangat dan kena pulak asyik keluar outstation, naik muak pulak jadinya... Now, I suka beri my subordinate pulak chance berjalan buat interview...hehehe...

Anonymous said...

Wah!!!
Sex harrassment ni.

Lariikkk.

izman said...

jard the great,
itu soalan selingan pd yg comel je.
kalau kena tanya, maksud dia org tu comel lah.

izman said...

nekcun,
seikhlasnya saya rasakan bukan yg indah dari interview itu indah. kekadang interview mmg perfect, dah kerja baru tau jenis slow motion.

izman said...

Anonymous,
Sex harrassment? itu berkenalan nama dia. kalau harasment dah lama dia report, ni dia pon syiok!