Saturday, February 7, 2009

Pantang Melayu Menderhaka kepada Raja

Hari ini aku banyak menghabiskan masa membaca blog, dan menonton youtube berkaitan kes demonstrasi di perak. aku nak tau jugak gambaran sebenar, pada aku media arus perdana banyak pembohong dari fakta sebenar.

sedar tak sedar aku rasa air mata aku menitis, bukan kerana BN dapat balik perak. tapi kerana sedih melihat orang sebangsa dan seagama dengan aku dibanting dengan cota dan gas pemedih mata oleh orang yg juga sebangsa dan seagama dengan aku. lagi sedih melihat org2 itu mungkin seusia dengan ayah dan emak aku. masyaallah!

dari dulu aku tau politik itu memerlukan taktik, tapi kini baru aku tau taktik2 kemenangan itu hadir dengan harga yg mahal. taktik2 itu membunuh rasa malu mereka pada Allah dan Raja mereka. aku bukan pro kerajaan BN, dan bukan juga penyokong PR. tapi sekadar menyuarakan kata hati yg nampak sangat hari2 diberbodohkan oleh juak2 mereka.

hal2 politik dan saman menyaman biarlah mereka tentukan kerana kedua2 pihak ada nas dan agenda tersendiri. tapi aku malu bila Raja2 Melayu tidak dihormati. Pada aku walauapapun keputusan Raja selagi ia tidak menyanggah agama Islam, kita mesti patuh sebab itulah resmi orang melayu. mungkin ramai lupa bahawa british memberi kemerdekaan kepada tanah melayu melalui raja2 melayu, kerana itulah kita sanjung raja. kalau kita tak hormat raja kita, adakah kita yakin bangsa lain nak hormat raja kita?

aku sedar bahawa raja juga manusia biasa yg mungkin tersilap atau terkhilaf, tapi menderhaka kepada raja bukan adat melayu. membantah titah diraja pada aku akan menjejaskan kedaulatan raja2 melayu dan ia akan menjadi preciding utk kita terus mengkritik raja kita sendiri. PR ada hujah bahawa kerajaan mereka adalah kerajaan sah dan digulingkan, dan menyatakan raja memihak kepada lawan mereka. tapi berbaloikah ucapan dan perbuatan itu dan meninggalkan arang di pihak istana. adakah keruntuhan kerajaan mereka yg berusia 11 bulan itu bermakna dunia sudah kiamat? tiada lagikah masa untuk mereka merampasnya kembali sampai mereka begitu terdesak?

tak guna sembahyang tonggang tonggek kalau kita lupa bahawa sebagai orang Islam kita mesti percaya kepada qadaq dan qadar Allah. bukahkah Allah berjanji akan mengabulkan doa hambanya yg teraniaya. jadi berdoalah dan berikhtiarlah melalui saluran yg betul. biarkanlah mereka merampas, kerana kebenaran akan muncul jua. jika tiada balasan setimpal didunia, kita juga mesti percaya bahawa balasan Allah diakhirat kelak lebih pedih azabnya.

kepada rakan2, aku setuju kita mesti berjuang. tapi biarlah berbaloi. adakah perjuangan itu lebih besar dari perjuangan ke jalan Allah sehingga kita terlalu emosi dan menderhaka. kita masa ada undi untuk beberapa tahun akan datang, jadi undilah. disamping itu berdoalah agar Allah membuka pekung didada2 pemimpin2 kita yg kurop, biar mereka dimalukan didunia dan terseksa diakhirat jika mereka tidak bertaubat.

dalam politik dan institusi beraja, aku sangat hormat kepada thailand. korang tengoklah mana2 rampasan kuasa dan percaturan politik, mereka sangat mengagungkan raja mereka. pernahkah kita dengar mereka mengata atau membantah titah raja mereka. TIDAK! mereka sanggup mati kerana raja mereka. semasa kunjungan aku ke thailand beberapa tahun lepas, aku melihat sendiri betapa hormatnya rakyat thailand kepada raja mereka. mereka akan terus mengangkat sembah waima sekadar melihat gambar raja diakhbar. mendengar raja mereka gering sudah cukup memilukan sehingga ada yg meratap hiba dipagar2 istana. malah pemandu pelancung kami terus menempelak salah satu deligasi rombongan yg menyatakan bahawa panjang betul umur raja mereka, sakit dah lama tapi masih hidup lama lagi. pemandu pelancong memberi amaran bahawa kata2 tersebut jika dituturkan dikhalayak ramai boleh menyebabkan mereka ditangkap kerana menghina raja. malah kalau dihadapan rakyat siam yg fanatik boleh menyakibatkan hilang nyawa.

aku pernah bertanya kepada pemandu pelancung kepada cara sembah mereka sangat pelik. dia memberitahu bahawa rakyat siam menyembah dengan melunjur kedua tangan diatas kepada untuk tuhan mereka kerana itu adalah sembahan yg paling tinggi. sembah diatas kepada untuk raja, dan sembah dengan tangan didada untuk ibubapa. kita juga menyembah raja dengan tangan dikepala, tapi kita tak sesetia mereka.

aku cuma tak mau satu hari nanti wujud satu pihak yg menyatakan bahawa kita tidak perlu lagi kuasa raja dan memansuhkan terus institusi raja yg kita sanjungi ini.

biarlah satu malaysia menderhaka, tapi aku tetap memohon kasih dan berlindung dibawah dirgahayu daulat raja-raja melayu.

DAULAT TUANKU.

19 comments:

Anonymous said...

Izman,

Kakak, sebagai one of your silent reader, bersetuju dengan entry Izman hari ini. Kakak amat tak setuju dengan peralihan kerajaan Perak di kala ini tapi Kakak amat MELUAT, repeat MELUAT dengan telatah rakyat (yang terdiri dari orang Melayu)(harapnya bukan rakyat Peraklah) yang bertindak KURANG AJAR dengan Sultan Perak.

Kapten Luffy said...

kita yg bergaduh.... org lain tumpang siapa yng berkuasa jer... org lain tetap untung

Anonymous said...

Meluat betul aku dengan orang politik ini. Institusi Raja diperkotak-katik sekali lagi.

cendawanintim said...

sama kes cam teganu dulu...

apa nak jadi laaaaa...

KV said...

hmm...aku tau cara org tu rampas kuasa tak kena. Ambik kesempatan. Tp aku sedih anak2 kecik dan wanita dipergunakan sbg benteng. Langsung tiada hormat sampai sanggup membaling batu ke kenderaan raja. Pihak yg 'menyuruh' menyorok di belakang. Yg menjadi kucar kacir dan hina adalah kaum kita. Allahuakbar!!

Mak Su said...

raja mesti dihormati, takkan nak biarkan malaysia jadi macam negara penyokong yahudi tu, terus hilang segala tamadun

Anonymous said...

Salam izman.Ingat tu,kereta raja nazrin dah dibaling batu oleh perusuh2,bukan media2 cerita yg tipu,aku sendiri berada kt tempat tu..Laman blog2 pr dah start menghina raja..Syabas kepada FRU dan Polis kerana sedaya upaya melindungi raja.Perusuh2 disitu dah macam hilang akal,dah x ingat Allah,baru je lepas solat jumaat..FRU dan Polis buat prosedur yg sepatutya.Kalo dah degil memang patut dicota dan gas pemedih mata.Itu tugas mereka.Menjaga keamanan.Jangan pulak tuduh mereka anjing kerajaan.Kalo dah kesusahan,polis jugak yg puak pr mintak bantuan,Perusuh dah start nk pegi istana.Takkan nak biarkan mereka mengamuk kt istana?Ceroboh istana?Baling batu kt kepala Sultan,Sendiri mau ingat la.Daulat Tuanku DYMM Sultan Perak..Daulat Tuanku..

Anonymous said...

Salam izman.Ingat tu,kereta raja nazrin dah dibaling batu oleh perusuh2,bukan media2 cerita yg tipu,aku sendiri berada kt tempat tu..Laman blog2 pr dah start menghina raja..Syabas kepada FRU dan Polis kerana sedaya upaya melindungi raja.Perusuh2 disitu dah macam hilang akal,dah x ingat Allah,baru je lepas solat jumaat..FRU dan Polis buat prosedur yg sepatutya.Kalo dah degil memang patut dicota dan gas pemedih mata.Itu tugas mereka.Menjaga keamanan.Jangan pulak tuduh mereka anjing kerajaan.Kalo dah kesusahan,polis jugak yg puak pr mintak bantuan,Perusuh dah start nk pegi istana.Takkan nak biarkan mereka mengamuk kt istana?Ceroboh istana?Baling batu kt kepala Sultan,Sendiri mau ingat la.Daulat Tuanku DYMM Sultan Perak..Daulat Tuanku..

ckLah @xiiinam said...

Betul pendapat Izman..
ckLah sebagai rakyat kecil tanpa jenama di negeri Perak ini, juga amat malu dengan senario semasa...
Dalam n3 lalu, ckLah menyatakan rasa kesal kerana orang yang kononnya handal dalam politik tetapi tidak menghayati Rukunegara khususnya frasa "Keluhuran Perlembagaan". Tetapi ada orang meninggalkan komen, konon kita 'menyembah Raja'....(itulah juga kata2 yg sering diluah oleh para pendemontrasi jalanan yang biadap itu...sewenang wenang menuduh kaum seagama sebagai kafir....nauzubillah). ckLah juga bukan penyokong fanatik mana2 parti...tidak biru..tidak hijau..tidak putih....kerana ada amanah lain yang telah Allah suratkan dalam hidup ckLah yang perlu dijunjung...tentunya bukan sebagai Ahli politik.

Anonymous said...

Raja pun ada terkhilafnya...bukannya maksum...Politik kan ada habuan dan RM

izman said...

kakak,
trima kasih jd silent reader saya. baru pertama kali saya tau yg saya ada silent reader. seingat saya, saya cuma ada reader digest je.

masa membuat org melayu lupa mereka perlukan raja.

izman said...

monkey d luffy,
melayu ngan melayu gaduh, org lain yg tukang sorak.

izman said...

Anonymous,
memperkotak-katikkan raja adalah perbuatan biadap.

izman said...

cendawanintim,
teganu ok lagi, di perak memag melampau.

izman said...

kv,
tu yg sedang. tok dalang tah duduk kat hotal mane. org kampung yg melawan cota dan bom asap. sedih betul.

izman said...

maksu,
harap raja kita terus utuh. jgn jd cam singapore. dulu ada jugak istana kg gelam, pastu terus tenggelam.

izman said...

Anonymous,
kereta raja disekat dan dibaling batu mmg tak patut dan biadap. tapi tindakan mencotakan rakyat biasa yg tergula2 juga tak patut.

izman said...

xiiinam,
betul tu cklah. apa nak jd ngan negara kita.

izman said...

Anonymous,
aku setuju, raja dan hakimpun manusia biasa dan mungkin terkhilaf. tapi bukan hak kita utk membaling batu.

kalau ayah kita sendiri menghukum kita atas perbuatan yg kita tak buat, bolehkah kita melawan balik. bukahkah Allah kata sekali kita berkata 'ah' kepada ibubapa dan beliau terasa, nerakalah kita.

dlm kontek hormat raja, kita boleh memohon sembah meminta pertimbangan, bukan sembah derhaka.