Friday, February 20, 2009

Masjid : Kecantikan VS Keimarahan

solat jumaat hari ni aku disedarkan tentang betapa mewahnya kita sebagai umat Islam di malaysia. kita solat dalam serba mewah, kebanyakkan masjid/surau asasnya batu, dan ber'air-cond'. sampai aku rasa nak sepak je orang gi masjid tapi tidur masa khatib baca khutbah. maklumlah seronok tidur dalam air cond. ada juga sebelum solat bermula, khatib mengingatkan suruh off kan henpon, ada jugak mamat bingai yg sambil lewa on dan memaksa jemaah lain mendengar pelbagai lagu masa sembahyang tak kala henset mereka berdering. masjid tu rumah Allah, tak malukan korang buat perangai cam tu.

dalam kita doq galak2 menderma pasal gaza, kita lupa sautu hari may be kita jadi lebih teruk dari mereka. bayangkanlah betapa rapuhnya perpaduan sesama umat Islam. dah la kita bertelagah sebab berlainan parti, kita juga enggan bertegur sapa dengan sahabat muslim kita yg lain. contoh mudah, setiap kali lepas solat jumaat aku cuba bersalam dengan 10 orang jemaah. cuma sepuluh! ada sesetengah minggu, aku tak dapat salam 10 orang. semua orang sibuk, dan ada haluan masing2. malah pernah semasa keluar masjid aku cuba bersalam dengan jemaah lalu lalang nak cukupkan kouta 10 orang, apa terjadi? kawan jemaah yg aku bersalam tu tanya dia "Eh..din, ko kenal ke sapa mamat tu?" orang yg salam dengan aku jawab "Tah, dia hulur tangan nak salam, aku salam je lah". sampai begitu hina sekali cubaan merapatkan sinaturrahim. bayangkan kalau aku tanya nama dan rumah dia, mau melompat mamat tu takut aku nak klepet duit dia.

dalam hal ini aku menyalahkan diri sendiri dan pengurusan masjid/surau. salah diri sendiri sebab jarang mengimarahkan masjid sehingga aku tak kenal mengenal semasa ahli dalam kariah. salam masjid kerana masjid bersifat terlalu formal.

aku impikan masjid yg friendly. kita boleh ke masjid sesuka hati, bila2 masa. untuk beribadat, untuk menimba ilmu, dan untuk beriadah. ini masjid hanya dibuka 10-20 minit sebelum waktu solat dan dikunci rapat selepas solat berjemaah, atau dikunci apabila orang yg bertugas memegang kunci nak balik. biasanya ini melibatkan masjid / surau kerajaan. aku mengalaminya sendiri dan pernah jua mendengar keluh kesah sahabat2. sebagai perantau bila diperjalanan, sama ada ingin bersembahyang, atau melepaskan lelah, atau sekadar membuang air, aku seboleh2nya mencari masjid atau surau. bukan bermakna aku merendahkan masjid untuk kegunaan peribadi. tapi aku memilih masjid berbanding tandas awam dan stesen minyak kerana aku rasa masjid lebih dekat dijiwa aku. apalah aku nak berkira bayar masuk tandas 30 sen berbanding tandas masjid yg relatifnya lebih kotor dan kurang terjaga.

ayat aku kurang jelaskah? ya.. tandas masjid dan surau pada aku adalah kurang memuaskan. masa balik dari kampung ke klang bulan lepas, aku singgah dibeberapa masjid. memang memalukan tandas di masjid, tak terjaga langsung. aku yakin yg singgah ke masjid kita biasa orang Islam, langsung tak reti jaga tandas ke. tandas di desa murni kerdau, nampak saja gah diatas bukit, tapi kekotoran dia malas aku nak menerangkannya. jijik!

bab masjid dikunci lepas solat berjamaah itu semua orang tau. rasionalnya takut orang mencuri duit tabung masjid, lampu hiasan yg beribu riban reganya, alat audio visual canggih, tongkat khutbah yg mahal, jam antik dan sebagainya. itukah harga sebuah masjid ribuan atau jutaan ringgit? hanya sekadar dibuka beberapa jam sehari. selebihnya untuk dipandang dan dipuji kecantikannya. kasihanlah orang perantau macam aku yg ingin singgah beribadat walaupun tidak sempat solat berjemaah. hinakah kami sampai kami hanya layak solat di luar dewan solat sahaja, dan kadang2 disergah pak guard bila cuba merebah badan seketika untuk menghilangkan lelah memandu. kadang2 aku bahasakan juga pakcik2 guard tu yg lebih sudu dari kuah itu. apa salahnnya kalau aku ingin melepaskah lelah seketika? salahkah? aku pernah baca dan dengar bahawa disesetengah tempat masjid menggalakkan musafir singgah untuk mengimarahkan masjid, malah tak berkunci langsung. lebih unggul bila musafir dilayan dengan baik termasuk diberi selimut dan makanan.

aku tak tau kawasan lain, tapi aku bersyukur masjid dan surau di kampung aku di batu balai, jerantut pahang adalah berlainan. tempat itu didirikan dengan sumbangan dermawan2 dan dibuka sepanjang masa. surau kami kita mempunyai kemudahan menyewakan kemudahan perkahwinan termasuk khemah, kerusi meja, periuk belanga, dan sebagainya. syukurlah disebabkan wujud ramai golongan cerdik pandai agama di tempat aku, ekonomi umat dijana melalui surau. semua kemudahan tersebut adalah hasil derma dan zakat pelbagai dermawan, dan hasil sewa dijana kembali untuk membantu kariah yg memerlukan. kini untuk mengurus kenduri kami tidak lagi bergantung kepada sewaan daripada dewan cina. khemah kami kini lebih mulia kerana sebelumnya kami menyewa khemah mereka yg digunakan untuk berkabung cina mati.

surau kami juga didirikan gelanggang sepak takraw untuk kariah beriadah, dan secara automatiknya mereka memelihara aurat kerana menghormati masjid dan surau. disurau kami juga didirikan kelas untuk anak2 kampung belajar bahasa inggeris dimana papa aku menjadi gurunya. berita terbaru aku dengar sebuah kedai runcit mini bakal dibina dlm kawasan surau untuk membantu masyarakat dengan menjual barangan kepada kariah masjid/surau dengan harga lebih murah dari pasaran. secara logik barangkali tidak logik kerana manakan datang untungnya. tapi papa aku memaklumkan segala keperluan disumbangkan oleh dermawan yg dirahsiakan namanya sebagai cara membantu umat Islam dari terus terhutang dikedai runcit dikampung kami yg dimonopoli oleh orang cina dan india. bayangkan kami majoriti disitu dengan lebih 70% populasi tapi hanya ada 2-3 kedai runcit Islam yg pada aku bertaraf kedai pondok dan sekadar menyambung legasi keluarga. kedai bukan Islam? korang campurlah kesemua jari tangan dan kaki, kedai2 mereka lebih banyak.

penatkan baca celoteh aku yg lebih serius. sesekali minda kita perlu berfikir dan merenung diri. catatan ini sekadar mengingatkan diri aku bahawa hidup perlu bermasyarakat dan membantu orang lain juga. sebab otak aku dah penat, aku saja layan cendol yg dibelanja officemate aku si azmir. tadi aku keluar ngan dia bank in cheque, so singgah jab kat gerai cendol depan restoran lima bintang di port klang. Ila, kalau ko tak tau memang saje la.... belakang office ko je.

14 comments:

dr itu! said...

hmmm...tol2 geram ngan perangai tak senonoh kat masjid neh!

izman said...

alhaqimi,
bila manusia dah hilang takut pada Allah begitulah jadinya.

cendawanintim said...

camana la tak kunci masjid tu...kalu tak kunci, lain plak jadinyer...

kalu dah jahat tu, kat masjid pon sanggup buat kejahatan...

Kapten Luffy said...

kena letak JAGA kat masjid nih... pengurusan yang lebih teratur...

kalau takder kos... buat jadual sukarela...

izman said...

cendawanintim,
itulah sebab dikunci keta mereka. tapi kesianlah mereka yg nak beriktikaf di masjid.

aku lebih suka masjid yg sederhana, dan kita bebas beribadat bila2 masa

izman said...

monkey d luffy,
yg aku tak suka, jaga di kadang2 lebih sudu dari kuah. eksen melampau2.

aku lebih suka kalau diletakkan jaga dan umat islam boleh beribadat dengan tenang. harta benda masjid dijaga dan nyawa dan keselesaan penyunjung terjaga.

suzieapai said...

bagusla ader org berfikiran mcm kamu ni. Tp cuma rakyat2 yg hina dina menyedarinya, bagaimana pula dgn arahan dr org atasan yg membina masjid/surau tp penuh dgn protokol??? So, tak mustahil kita pulak jadik mcm Gaza...nauzubillah!!

izman said...

suzie apai,
sebab org macam aku tiada kuasa tu aku mampu berfikir. tapi ditakdirkan aku ada kuasa, may be aku lagi teruk dari mereka sebab mata dan hati dah dibutakan dengan kuasa dan wang.

Nek Cun said...

Inilah yang kekadang buat nekcun sedih sangat ngan perangai pemimpin 'Melayu' yang lebih suka bergaduh sesama sebangsa dan ugama demi 'kelahapan' mereka mencari kepentingan dunia sahaja tetapi tidak menghiraukan untuk meismarakkan rumah Allah apatah lagi untuk menegakkan ugama Islam yang syumul ini. Kalau mereka benar-benar melaksanakan kwajipan mereka sebagai pemimpin Islam, mereka tidak akan kutuk mengutuk sesama Islam secara terang-terangan seperti sekarang ini. To be frank, nekcun naik meluat dengantaktik kotor semua pemimpin yang ada sekarang ini!...

Ad Rifza said...

Hmmm begitukan dah jadi masjid kita.. sebab manusia gak yg membuat kacau di masjid..Org nak beribadat habeh dicurinya..Manusia manusia..

izman said...

nekcun,
sebaiknya semua pemimpin Islam mesti mengikut role model digariskan Rasullullah SAW

izman said...

Ad Rifza,
betul tu bang, semua kerana silap manusia. cuma kalau boleh kita ubahlah sesuatu agar ia tidak berulang.

Abang Long said...

Cerita yang hampir sama dalam blog abang long dulu, dan pernah dikritik kerana entri itu dikatakan menghina agama Islam ... alahaiiiiii

izman said...

abang long,
ha.3x, zaman nabi dulu dikatakan sesiapa yg dengar azan tapi tak berjemaah dimasjid, bakar rumah nya. kalau skarang nak berjemaah dan beriktikaf dimasjid tapi tak dibenarkan. apa nak buat??