Baca surat khabar mingguan malaysia semalam (15/02/09)aku rasa macam baca majalah homur gila-gila. kelakar! ini gara2 dua perkara:-
1) kementerian perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan mengeluarkan senarai benda warisan termasuk tokoh orang hidup, bangunan, makanan dan pelbagai lagi. aku malas nak ulas menda sejarah sebab itu fakta yg kita tak boleh ubah dan nampak keasliannya. persoalannya ialah makanan warisan.
aku cuba bukak website rasmi kementerian di heritage.gov.my semalam dan hari ni tapi tiada maklumat lengkap. biasalah gomen, bab2 update website ni memang lembab. kata je status MSC (malaysia super corridor), update pun lembab.
aku nak tau juga senarai penuh makanan warisan. aku juga tertanya2 apakah maksud makanan warisan? adakah ia sesuatu yg diwarisi turun temurun dan tidak boleh diubah atau sekadar diturunkan oleh nenek kepada anak dan kepada cucu seperti resepi masak kuih kodok warisan keluarga che timah kepada keturunannya? kalau dah diistihar sebagai makanan warisan, bolehkah ia dipinda resepinya. kalau perlu dikekalkan keasliannya, yg mana resepi yg asli? kuih karipap inti keledek sahaja yg asli atau termasuk juga karipap ayam. bagaimana karipap b*bi? adakah ia juga makanan warisan.
aku alu2kan kuih koci, tempoyak jd makanan warisan. begitu juga kalau senarai penuh termasuk budu, cencaluk, belacan, ikan pekasam, dodol, lempuk durian, tapai, wajik dan sebagainya. tapi kalau roti canai, dan teh tarik pun jadi warisan, aku tak tau apa rasionalnya. ini warisan malaysia atau warisan chennai? aku bukan racist, tapi kementerian kena bagi rasional atas yg dipilih. sebagai rakyat malaysia aku berhak tanya kerana mereka menganggap itu warisan malaysia. kalau dikatakan warisan keluarga datuk shafie afdal, aku tak kisah. adakah pemilihan disebabkan ia popular? aku memang penggemar roti canai dan teh tarik yg tegar, tapi aku rasa pemilihannya kurang bijak. explain please......
2)filem anu dalam botol. he.3x. secara ikhlas aku memang tak meminati filem raja azmi. filemnya black widow wajah aku dulupun aku langsung tak minat. plot berterabur, pelakon kaku, dan membosankan. namun aku masa novelnya aku minat jugak, cuma selepas diolah jd filim aku rasa meluat. buku karyanya berjudul jijik juga aku menyampah. adakah setara kalau karya jijik ingan melawan karya sasterawan negara shahnon ahmad lewat karyanya shit? namun sesuatu yg aku suka mengenai raja azmi ialah kecekalan dia. dia tak pernah putus asa walaupun karya dia baik buku atau novel tak berjaya di pasaran. karya dia yg aku suka cuma anak2 sidek dan animasi anak2 sidek. untuk filem anu dalam botol ni, confirm aku tak kan tengok. aku lebih suka filem yg jujur seperti karya2 mamat khalid seperti man laksa, dikala malam bulan mengambang dan sebagainya yg dekat dihati kita. zombie kampung pisang walau tajuk dia kelakar tapi elemen satira dan kemasyarakatan dia aku suka.
IZZI ADVERTIZING--------------------------------------------
Nak maklumat lanjut click sini
21 comments:
link tak menjadi la en izman...hmm...
kontroversi melariskan popularitinya... kalaw takder kontroversi, mungkin takde karyanya kot~
alhaqimi,
he.3x...silap percaturran kot. tu link cari makan sampingan.
yg respek dan bagus, dia tabah mencuba walaupun gagal dan sering dikritik keras.
kbetulan tadi masa on d way dtg kerja bukak hot fm..ohooo..patutlah si faisal & fara fauzana..kluarkan isu pasai makanan warisan..
Eh!!Izman!! napa highway nak ke arah westport pgi tadi jem teruk yeakkk?? susah bettul tadi nak belok ke south port..
adehhh..komenku lari dari tajuk:p
ila,
aku tak jammed pun. ko lewat atau aku terwal datang...
makanan warisan ko tentu nasi uduk. aku bangga makan budu (org pahang panggil pede)dengan tempoyak. dua2 makanan warisan tu.
warisan makaaaannn? oh, saya harap mereka masukkan juga kuih denderam.
mak su,
kuih denderam tu yg warna coklat tukan? kat kg saya dipanggil kuih penderam. saya panggil kuih telinga kera. sebab? tah dari kecik panggil gitu.
ermm..aku smpai kat highway tu kat kul 8.15am. so far aku punya masa dtg ofis kul 9am.masih kira cepat tu..hehe..:p
nasi uduk?? ermm..apa bnda tu??
kau nak ckap pasal 'nasi ambeng' kerr??
hahahahahah!!gelak2 aku kat sini..gara2 kau salah cakap:p
ila,
apsal awal benar ko datang ye. keje jam 9am, dtg 815am. aku kerja 8.00am, dtg 9am. siapa yg dijalan benar ni?
aku mmg cakap nasi uduk. ooo... aku lupa ko jawa, bukan banjar. banjar makan nasi uduk ke?? nasi uduk memang wujud kan? tolong lah sesape defend aku!
setuju pendapat pasal makanan warisan tu...sepatutnya yang warisan tu makanan melayu jelah, apahal bangsa2 lain pulak..
izman...
ila smpai kat highway tu ..kat 8:15am. sampai ofis kat 8:50am.10 minit lagi nak kul 9am.
maybe awak tak prasan kut jem tu..
ohh..itu bahsa banjar ye??
baiklah..nanti aku rujuk dgn Mak mertua aku..
nak pastikan FAKTA dan bukan AUTA..
hehekkk:p
jejakalkindi,
dah nama makanan warisan, biar lah listing yg betul.
ila,
kalau betul nanti mintak mak mertua ko masakkan sekali. tentu best makan. untuk aku tapau la sikit.
salam izman,
kuih koci kuih warisan
makan sekali ingat seminggu
jangan buat kerja ikut perasaan
tukar pemimpin, tukarlah lagu...
pst...harap2 jgnlah sekerat jalan aje mcm program2 lain!
izman, sori tadi terdelete komen...!
jane,
pemimpin kita ni kadang2 suka buat rakyat marhaen cam aku bercelaru.
kang aku tak ngundi diorang, diorang kecik ati pulak.
hari tu aku nampak dia dengan satu lagi producer ditemuramah kat tv3... ada ego gak dia walaupun x bewrjaya... hehehe
monkey d luffy,
sbg producer mmg dia failed, tapi gaya mesti ada. he.3x
ramai dah berkunjung kat sini... makna-nya ko dah makin glamer bro! caiyok...cai yok..
Calit sket! aku pun x suka raja tutt! Raja Farah pun aku tak kisah.. tapi jgn ini raja! hampehh... no quality!
nur aka admansyah,
ramai pengunjung sebab aku paksa diorang datang. ha.3x.
raja farah apsal ko tak suka yer? aku kureng sikit psl dia. dia berlakon gol dan gincu tu ke?
[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]buy photoshop plugins, [url=http://firgonbares.net/]purchase linux software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] coreldraw classes colorado macromedia com software flash player 7
educational software purchase [url=http://firgonbares.net/]microsoft office teachers discount[/url] adobe creative suite 3 design premium student discounts
[url=http://firgonbares.net/]where can i buy adobe photoshop[/url] microsoft office 2003 crack
[url=http://firgonbares.net/]how do i download acdsee 9[/url] purchase music software
quarkxpress layout that is 6 feet tall [url=http://firgonbares.net/]nero 9 serial number[/b]
[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]discounted educational software, [url=http://sunkomutors.net/]computer software downloads[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] Leopard FileMaker Pro 10 free download adobe photoshop cs4
software for grocery store [url=http://sunkomutors.net/]free microsoft office enterprise 2007 product key[/url] school discount software
[url=http://sunkomutors.net/]free office software[/url] office like software
[url=http://sunkomutors.net/]buy student software[/url] finale software academic
downloadable software [url=http://sunkomutors.net/]autocad inventor viewer[/b]
Post a Comment