Monday, February 16, 2009

Kenangan Valentine Dulu2

Ha.3x... aku tergelak bila ada email sahabat ke email aku damak_76@hotmail.com bertanya kenapa tak buat crita pasal valentine's day. ada jugak yg tanya tak adakah crita valentine's day sepanjang aku hidup. untuk tak menghampakan sahabat, aku stori mori sikit psl kisah valentine's day dalam hidup aku.

penipu besarlah aku kalau dikatakan aku tak pernah sambut valentine's day sepanjang hidup aku. skarang terutama bila dah kawin memang tak pernah, tapi masa sekolah dan bujang2 dulu memang pernah. bukan kehendak aku nak meraikan, tapi kehendak makhluk tuhan yg seksi itu membuat aku sering tewas.

crita valentine satu :
valentine's masa sekolah menengah :
masa ni aku ada aweks yg aku gelar riena (bukan nama sebenar) dan adik angkat (adik angkat??) bernama watie (bukan nama sebenar). kedua2 aku sayang. dan aku membahagi masa dan kasih seadil-adilnya.

tak silap aku masa valentine's day tu kebetulan ada fun fair, kumpulan damasutra. sebab kedua2 ni tau aku memang minat damasutra sebab perasan hensem macam bagio dengan muka yg agak bulat dan gigi taring yg manis. dah2 dua2 ajak, aku kaget. aku tak leh jawab walaupun deteline dia ada beberapa hari nak sampai ke tarikh itu. bermacam2 persoalan bermain diminda aku. dah la aku duduk asrama, sape nak aku ajak lompat pagar ngan aku. watie pun duduk asrama jugak, camaner aku nak larikan dia. kalau aku just keluar ngan riena, riena ada motor, dia boleh tunggu dengan motor K1 dia. memikirkan hal tu aku tak lalu makan nasi putih ikan jaket yg disediakan (biasapun memang tak makanpun).

sambil2 aku nak buat keputusan, tanpa disedari adik angkat aku yg baru tingkatan 3 telah berjumpa riena dan memberi amaran agar jangan kacau dia nak keluar ngan aku. aya yoo! tak semena2 perang dah bermula. aku baru je tersenyum kambing nak bawak2 dua2 sekali, baru kecoh satu sekolah kalau org nampak. izman bawak dua pompuan sekaligus. pastu kalau aku jual minyak bekas goreng telur pun diorang mesti percaya itu minyak senyonyong. teruk betul imiginasi aku yg masa tu dah akhil baligh.

aku dipanggil dan tanpa pengetahuan aku rupanya mereka berpakat nak tanya aku depan2 siapa yg aku sayang. dah masuk bilik kelas petang, aku terperangkap. nak lari tak leh sebab kawan2 riena yg badan sorang2 mengalahkan bapak jantan menghalang pintu. riena ni geng hoki dan bola baling dan bola jaring wakil negeri. aku speechless! may be kawan2 riena dan watie nampak aku macam bodo je. aku melangkah keluar bilik tanpa suara dan keputusan. memang muka seposen betullah masa tu.

sebenarnya aku ada strategi. kalau aku buat pilihan, pihak satu lagi akan berkecil hati dan hilang dari pegangan aku. dan aku tak suka semua itu. tanpa keputusan mereka marah, tapi masih mengharap. diam2 aku jumpa riena, aku pujuk. diam2 juga aku jumpa watie dan pujuk. alhamdulillah. aku kata pada mereka tak baik sambut valentine's day. haram! dan aku katakan aku nak duduk hostel je, studi. exam dah dekat. nampak sangat penipu sebab exam hujung tahun. dan aku keluar ngan budak tingkatan satu yg aku kenal masa aku jadi pengadil bahas bahasa melayu. trima kasih khalid sebab rekomen nor kat abang.


crita valentine dua :
valentine's masa universiti
Ni agak memalukan. tapi aku crita jugaklah.

kat sintok kami agak pedalaman. hiburan2 jauh nun di aloq setaq, dan aku jenis manusia sengkek. jadi langkah aku tidaklah panjang berbanding kawan2 yg ada motor dan kereta sendiri. aku cuma berjalan kaki dan naik bas pak om je. mak we tak de lah pandang walaupun aku agak hensem tapi cikai cam aku. awek2 yg agak cantik kebiasaannya lebih tertarik pada balak berharta walaupun muka macam muka pecah rumah. pilihan mereka juga tentunya pada senior2 yg akan grad walaupun dah 9 semester masih belum grad lagi.

crita diatas tu intro je saje nak lepaskan perasaan. ini crita sebenar dia. dalam kelas aku aku ada minat beberapa orang. minat dari jauh je. sorang aku namakan sebagai asmah (bukan nama sebenar) dan seorang nama wan (bukan nama sebenar) yg aku turut panggil dengan nama 'biru mata hitamku'. semua kawan2 karibku terutama hamzah @ bote (bukan nama sebenar), rezal @ bond (bukan nama sebenar) dan fairuz (bukan nama sebenar) tau tentang sukanya aku pd mereka ini. bukan sekali diorang cabar aku pikat, tapi aku tak berani. aku kemaluan.

bila hari valentine nak sampai, biasanya di sintok pelbagai persatuan mula membuka gerai untuk siswa siswi bercinta menghantar hadiah kepada buah hati masing2. ada coklat, teddy bear, cookies dan sebagainya. kalau nak hantar kat secret admire pun buleh. cuma beri nama, alamat bilik dan bayar je pakej serendah rm8.

nak dijadikan crita, aku dapat satu bakul kecik cookies dimalam valentine's! pergh! masa delivery boy tu hantar dan nama aku disebut, aku dah jalan terawang2. siapa hantar? siapa lagi kalau bukan asmah. itu yg aku syiok. rupa2nya cinta dlm diam aku berjaya dihidu olehnya. then geng2 aku si bote, bond dan fairuz turut mengapi2kan aku supaya berterus terang ngan asmah tentang cinta aku pada dia.

esoknya kebetulan ada kelas sekali, aku kumpul tenaga dan berjumpa dengan asmah selepas kelas tamat. ini antara butir percakapan kami walaupun banyak tengok dinding dewan kuliah dari tengok wajah dia..

izman : terima kasih atas cookies tu.
asmah : cookies ape?
izman : ala, cookies yg kamu hantar request tu..
asmah : mana ada aku hantar.
izman : (dah terkedu) cookies dalam bakul kecik yg hantar ke bilik aku.
asmah : mana ada aku hantar. tak pernah sekalipun aku hantar pada sapa2. asmah lain kot?
izman : (menahan kemaluan yg amat) tak pasti pulak aku. may be la... tak pe la asmah, aku ada kelas lagi ni.

malam tu aku ceritakan ngan kawan2 baik aku. mereka hanya berkata may be asmah malu nak mengaku terang2an. namun bote yg lebih jujur akhirnya berjumpa aku dan menyatakan bahawa itu adalah rancangan penipuannya dan kawan yg 2 orang lagi tu. pakat nak kenakan aku. dan aku memang betul2 malu.

atas nasihat bote akhirnya aku memberanikan diri meluahkan cinta aku pada asmah. waktu petang, dihadapan pejabat pos uum. asmah tidak menolak, malah menyatakan dia masih belum berpunya. cuma dia nak tumpu pada pelajaran berbanding cinta. aku senyum kerana aku akhirnya berjaya menyatakannya.

dua minggu berselang. tembelang pecah. aku jumpa asmah dengan balaknya sedang makan malam di cafe kolejnya iaitu kolej pernas. dia terkedu nampak aku. huh! perempuan memang pandai berkata2, dan memainkan perasaan lelaki baik macam aku. tiba2 aku tersentak bila suara halus menegurku "izz tengok apa, ralit sangat! sampai ima panggil pun tak dengaq. cepat la nak order nak makan apa. ima dah lapaq ni" . he.3x, akupun kantoi jugak. apsal aku lupa yg ima dan asmah satu kolej. namun jodoh kami tak ada, kami break lepas dua tahun aku grad. tiada jodoh. err... salah aku jugak. aku doakan ima (bukan nama sebenar) bahagia dengan jodoh dia.

nota kaki :
kisah diatas adalah kisah benar, cuma jalan cerita di ditambah sedikit perisa untuk menampakkan aku insan teriniaya di hari valentine's. watak2 diatas melambangkan watak sebenar, cuma nama penuh dirahsiakan untuk mengelakkan isteri aku mengamuk.

25 comments:

arsaili said...

salam bro...adoi nak tergolek2....bukan nama sebenar yer....itu kes ngan si ......(bukan nama sebenar tu)..ahahahaha....tape bukan jodoh kan...

ILA said...

uiiii...rajin nya kau update..kau buat keja ke tak niiii???
rajin buat 'cerpen' sekarang yeakkk;)

hehehe...nmpak sangat kau 'lurus bendul' dulu2 ekk..
zaman aku..budak lelaki yg pertama kali aku tampar mukanya..mjadi orang pertama yg admirer kat aku.zaman tu zaman bedak masuk dlm lipatan surat...hehekk

tak sangka sampai skrang aku masih kawan dgnnya ...kenal sekali dgn anak bininya.simple!

@LiYaNNuaR ツ said...

fuhh... bleh tahan gak ko yek... ok la kan... caya laaaaaaaa... kalo aku rajin... nak jugak taruk memory valentine dolu2... keh keh keh..

izman said...

arsaili,
he.3x. itu rahsia kita tu bro...
takde jodoh. kisah benar tu. dia boleh sahkan cerita tu.

izman said...

ila,
he.3x. aku sampai sekarang jenis manusia lurus. tulis cerpen? saje belajar nak tulis novel lepas ni, tapi satu copy je la.

dgn ex aku? majoriti tak nak kawan aku. eleh kes takut tersyiok aku balik la tu.. ish!3x perasannya.

izman said...

@liyannuar,
ceritalah.... syiok jugak baca kisah masa bujang2 dolu2. kenangan terindah tu.

Anonymous said...

He.he.he, gelihati Kakak baca, macam cerita Hollywood, boleh pulak ditambah perisa untuk menyedapkan cerita..Izman, Izman..

Rayz said...

mey , tak kan dua cite tu jer....Yg ehm ehm Kedah .... & ehm ehm epf pc withdrawal tu xde ke ?
Pasal cita ima tu aku teringat gak...nasib baik ko ni berdarah hindustan ... so kalau merah padam tu, kurang nampak sgt.

cendawanintim said...

eeeeeeeeeeiiiiiiii...gatalnyer kawan aku nih...

KV said...

best memori ko. Aku takdak kenangan valentine lah. Sedih.

izman said...

kakak,
kalau tak tambah perisa, nampak sangat saya boye. so, saya olah jd saya teraniaya. bolehlah kan...

izman said...

nadya,
ish.3x. ko dah tau diam la. jangan bukak semua crita sekaligus nanti semua ingat aku gatal.

darah hindustan? byk la kau.

izman said...

cendawanintim,
duluuu..... bujang. tak salahkan. nak kenal mengenal. sekarang tak lagi, pompuan senyum sikit aku terus buat muka marah utk elak dingorat.

izman said...

kv,
ye ke tak de? tapi memori bujang2 ada kan......

yg lepas tak penting, yg penting apa kita ada sekarang

Mak Su said...

kesiannya kat izman (story number 2), sekarang tak perlu dah valentine2 ek. kalu sayang, cakap jer. ahaks.

Abang Long said...

Teringat kisah tahun 80'an. Beri bunga pada puuujaaannn hati. Si dia tersenyum tersipu - sipu 4 hari 6 malam.

Abang Long said...

Aduahai ... rupanya si ILA ni garang juga ye ? hehehehehe

suzieapai said...

warghhh...zmn blajo klej dulu mmg indah..klu nk kng2 balik mmg tak pnh abiss.. jom dftar masuk uum balik..ahakss

izman said...

mak su,
he.3x. dulu pemalu sikit. nasib org lurus mmg camtu sering dipermain dan dikecewakan.

tapi skarang dah bahgia dengan apa yg ada. syukurlah.

izman said...

abang long,
ish.3x boleh tahan jugak abng long ni yer. biasalahkan lelaki.

ila? tengok muka dah tau garang. ha.3x.

izman said...

suzie apai,
kenangan mmg byk.

nak blajor balik? err...err...

Nek Cun said...

Izman, seronok nekcun baca cerita korang bercinta ketika di Kolej dulu yek!... Nekcun tak merasa sume tu kerana habis sahaja STPM, (exactly 3 hari lepas last paper) dah menikah ngan atok! Lepas tuh, terus jadi isteri mithali sampai sekarang...
Tapi masa sekolah di Tkt. 3 sampai lima tu ada juger ler 'secret2 admirer' nih!... siap baling surat dalam bag sukan ketika nekcun beraksi di track!... memang indah sungguh kenangan tuh!...

izman said...

nekcun,
err... kalau buat novel baru nak jadikan saya hero pun dialu2kan. he.3x. tapi hero yg baik hati la...

ish.3x bersukanpun sempat lagi bersecret admirer. dasat gak penangan nekcun yer.

Jard The Great said...

lawak la. Hehe.
Pandai kamu bercerita. =p

izman said...

jard the great,
he.3x. lawak cari makan. sekarang menda tu dah jadi bahan gelak, dulu......