Friday, February 6, 2009

Kehadiran Anak Pertama

hari ni majoriti geng2 lelaki kilang aku datang dengan muka senyum sampai ke telinga. alah biasalah semalamkan hari bapa.

sekarang ditempat aku dah ramai terjangkit sindrom wek2. dan wife akupun dah terkena sama. alhamdulillah. so, ari ni aku nak crita pengalaman aku, kakak aku dan sahabat aku menyambut kelahiran bayi. crita2 ini adalah kisah benar:-


crita 1 (kisah aku sendiri):

Awal pagi isteri aku kesakitan nak bersalin. masa tu aku sedang nyenyak tidur maklumlah aku 2-3 malam sebelumnya kurang tidur kerana tolong urut kaki wife aku untuk membolehkan dia tidur dengan selesa. lagipun masa aku tidur tu emak, kakak dan adik2 perempuan aku sedang menemankan dan berborak ngan wife aku.

awal pagi, akak aku kejutkan aku mintak antar ke hospital sebab wife aku dah nak bersalin. masa tu aku tengok bidan kerajaan dah ada dan dah sahkan dah cukup centimeter untuk bersalin. bidan tu kliniknya betul2 depan rumah mak aku je. so, aku basuh muka dan bila semua masuk kereta, geraklah ke hospital yg terletak lebih kurang 30km. masa tu aku masih pakai kancil.

sampai di hospital, check in (macam hotel pulak) diuruskan oleh bidan. aku tengok je lah. lagipun mak dan makcik aku ikut sekali. then aku, mak aku dan makcik aku tunggu je lah kat luar wad bersalin. aku memang ngantuk, tapi nak tidur tak de port. nak tidur kat kereta, takut dan tak sampai hati pulak.

tiba2 nurse panggil emak aku sebab wife aku dah nak bersalin. mak aku mintak masuk tapi nurse kata hanya suami dibenarkan masuk. mak aku suruh aku masuk. sebelum masuk aku diterangkan oleh nurse tu tentang perkara2 yg boleh dibuat atau tak boleh buat. antaranya ialah aku tak dibenarkan mengendap orang lain nak bersalin. cuma boleh tengok isteri sendiri sahaja. bila faham aku disuruh tandatangan surat persetujuan. masuk dewan bersalin sebenarnya hanya wife aku sorang je ada.

aku yg agak janggung dengan keadaan itu cuma memegang tangan wife dan memberi kata2 semangat dan berkata "teran! teran sikit lagi" dan sesekali terikut2 dgn ayat nurse tu sambil berkata "push, push, push".

masyaallah, Maha besar Allah, memang ajaib kelahiran baby ni. aku dipelawa untuk menyambut bayi tapi aku tak berani. lahir je, bayi tu terus diletakkan atas perut ibunya. berlinangan air mata aku melihat benih2 cinta kami mengeliat sambil menangis kecil. aku kemudian disuruh keluar untuk proses seterusnya.

then, aku pun keluar dan bila semua ahli aku dapat melawat; kamipun balik ke rumah. wife dan anak aku masih belum boleh balik, doktor kata tunggu anak boleh berak dan kencing dulu baru boleh balik. aku balik rumah untuk mandi dan kemudian datang semula ngan parent aku, dan keluarga belah wife aku. kedua ibubapa wife aku dah meninggal masa tu, so ibubapa akulah yg uruskan semua.

ni part paling mencabar. dah anak lelaki, kena azanlah. masa semua orang sampai, dikelilingi oleh pakcik2 aku yg rata2 ialah lulusan mesir dan pak2 ustaz, akupun azanlah. ok lah. tak de ulasan dari pak2 ustaz, maksud dia ok lah.

hari kedua, baru dibenarkan pulang. aku gembira tak terkata. apatah lagi terima ucapan tahniah daripada keluarga, jiran2 dan rakan taulan. rasanya dalam seminggu jugaklah hidung aku kembang tak kuncup2.


gambar hiasan : Inilah rupa anak kedua iaitu puteri aku Nursyafiqah Izzati binti Izman sejam selepas dilahirkan pada 21/07/2006. Memori kedua menerima kelahiran bayi.


crita 2 (akak aku):

masa kakak aku bersalin, husband dia kat KL. so, akak aku stay kat rumah parent aku le. awal pagi jugak, aku dikejutkan oleh mak aku mintak hantar akak aku ke hospital jerantut. jarak dia sama la dengan crita diatas, sebab dua2 crita berlaku dirumah yg sama. kalau tak pasti jaraknya, baca crita diatas sekali lagi.

macam biasa sebab bidan depan rumah, senang la sikit kerja. kebetulan masa tu aku dekat kampung bercuti panjang dan masa tu bulan puasa. aku rasa masa tu dlm 2-3 pagi kot. punya la ngantuk. akak aku suruh aku drive, ingat nak sebat kereta wira dia, dia suruh pakai kreta aku. masa ni pun aku masih pakai kancil. so, mak aku, makcik aku, bidan dan akak aku pun aku bawa ke hospital.

punya lah aku tension ngan akak aku, dah la dia cakap sakit sangat, aku ingat nak pecut sikit lah. tapi dia cakap bawa 60KM/hour je. tak boleh pasang air cond dan jangan pasang radio atau cd. aku memang paham perangai akak aku, kalau berkereta dgn dia mmg tak leh pasang radio/cd la. tapi air cond pun tak leh pasang tu aku geram. udara luar yg menderu masuk diawal pagi tu memang sejuk, biasalah banyak hutan lagi.

sampai di hospital, check in dan pemeriksaan. akak aku disuruh ke hospital temerloh. masa tu adik aku turut sampai bersama kereta adik aku. orang sakit mestilah naik ambulans, dan kami kejar kat belakang. laju siot ambulance tu. lagi hebat lampu merah dia tak berhenti. aku rasa pemandu F1 dan A1 malaysia patut diambul dari pemandu ambulance je.

berjam2 kami tunggu kat hospital temerloh tapi kakak aku tak beranak2 jugak. sebab semua mengantuk dan biasalah hospital malaysia mana friendly waris pesakit. korang nak tunggu, korang lepak2 lah mane2. nak melepaskan lenguh sambil baring dikerusi pun tak leh sebab kerusi jenis satu2. akhirnya papa aku cakap semua balik dulu sebab nak bersahur. kami bersahur masa on the way balik ke jerantut. sedihnya, mana punya warung yg bukak dah kehabisan lauk. kami makan je mana ada sebab tiada pilihan dan waktu dah nak abis.

ngam2 sampai kat rumah setelah perjalanan balik 1 jam 30 minit, adik perempuan aku yg tak ikut beritahu hospital telefon yg akak aku dah bersalin. mak aku mula rasa bersalah sebab tak tunggu. aku tak rasa salahpun sebab papa aku suruh balik. tak kan nak derhaka cakap ayah sendiri kan?

aku betul2 flat screen. aku cakap nak nak tidur kejab dalam sejam dua, then kita ke temerloh balik. nasib baik akak aku bersalin sehari sebelum deepavali. sebab aku dah cakap kalau bersalin hari deepavali kami nak panggil nama anak dia dengan nama radjinikhant. jangan main2 itu hero pujaan aku tu!


crita tiga (kisah sahabat):

ni juga kisah kelahiran anak pertama. kisah kawan baik aku, nama razman(bukan nama sebenar)kawan aku orang surat khabar cakap kalau ditulis bukan nama sebenar, biasanya memang nama sebenar la...

kelahiran anak pertama mereka diatur di DEMC (darul ehsan medical centre) shah alam. dah tau tarikh sebab mereka memilih bersalin ceasarian, atau orang kampung aku cakap bersalin lompat tingkap.

awal2 aku dah cakap ngan razman supaya hafal azan sebab anak lelaki. dia eksyen berkata "ala biasalah may, itu kacang je". err... 'may' tu nama gelaran manja aku ngan kawan2 yer. pk, kacang yer.....

sayangnya masa wife dia nak bersalin aku ada important meeting. so tak dapat lah aku jenguk mereka. padahal masa tu aku kerja kat seksyen 15 shah alam je. alhamdulillah, anak pertama mereka selamat dilahirkan.

sedang syiok meeting, tiba2 henpon kedua aku berdering. biasalah orang bujang kena pakai 2-3 henpon. razman! ape ke hal mamat ni call? korang tau apa dia tanya?

razman : "eh may, hayya ala solah dulu atau hayya alal falah?. aku lupa la"
may : "ha.3x. tadi aku cakap ko eksyen. kan dah kena"
razman : "aku gabra la. makbapak aku dan dia semua ada."
may : "mestilah.. hayya ala solah".
razman : "ok, thanks"

12 comments:

suzieapai said...

hiks...tak bleh nk komen aper sbb klako plak bila baca! hhahahhaaaaaa... awas, anda bleh jadi pelawak! bahasa yg di gunakan amat mengebestkan!!

izman said...

suzie apai,
kecik2 dulu memang apa cita2 nak jadi pelawak, kena 'pang' sekali terus nak jadi pegawai.

may be aku patut cuba raja lawak musim depan. kuang.3x

Nur a.k.a admansyah said...

tu ler... ms azan, sembang! azan subuh pun dlm selimut! heh..heh..

Tapi Izman tol-lah... pglmn anak pertama mmg INDAH. w/pun sakit..(aku-lah..) tapi berbaloi u...

izman said...

nur aka admansyah,
memang berbaloi, tu aku nak anak ramai.

cendawanintim said...

Tahniah, menunggu rezeki yang ketiga...aku diakan sumer ok2 ajer nanti..amin.

adehhhh, tergelak aku ngan kawan ko yang hafal azan tu..

weiiiiii, nama may tu cam gay lah!!!!!!

ckLah @xiiinam said...

Laaa...
tengok entry...baru nak ucap tahniah..
Dah baca...muah..ha..ha...

Kes lupa bacaan depan pak mertua ni memang selalu terjadi....yang penting...jangan eksen..

lupekanje said...

hari bape? uuhh..tk hengat acik...

Kapten Luffy said...

aku nak gak rasa cam tu... hehehe

izman said...

cendawanintim,
trima kasih. aku dah berhasil. ko kena usaha lebih lagi.

nama gay? tak baik ko. aku tinggal kat kampung yg majoriti keturunan kelantan, so itulah nama gelaran aku dari kecik. izman = may @ mey (kelantan) atau izman = mang (terengganu). aku tak terfikir nak jadi kaum toron bontot tu. perempuan ramai lagi.

izman said...

xiinam,
tahniah in advance pun ok gak.

tu normal la... gabra.

izman said...

lupekanje,
itu istilah yg mamat dlm radio sinar fm bagi. hari bapa yg tu ada tiap2 minggu. tak faham lagi, malam jumaat daa...

izman said...

monkey d luffy,
ko nak ape? nak rasa pengalaman jadi bapake? ko kena nikah dulu. calon ko dah setuju ke?