Hari ni kerja cam biasa, tapi tak le bizi sangat. so, aku ambik peluang tu untuk update segala training record dan kemaskini filing aku. ada filing2 tertentu aku suka buat sendiri. kalau org lain buat mampos aku cari tak jumpa letak dokumen kat mane.
nak keluar petang tadi ada hal sikit, si saiful mintak belikan karipap palm grove. ini antara karipap ayam yg sedap kat klang aku rasa. dah 3-4 tahun aku jadi peminat dan pembeli karipap ni. untuk rumah aku je sekali beli mesti sepuloh biji.
untuk kali ni, saiful order 20 biji untuk habuan kawan dalam bangunan blok aku. ada la 4-5 orang. sebiji agak mahal iaitu RM0.60. tapi rasa dia memang marveles. isi ayam pun terasa dalam karipap tu. ni gambar saje nak menjeleskan peminat karipap.
18 comments:
perghhhh!!!!!!
ku tibe2 lapar plak...
Karipap ni pun salah satu favorite nekcun. Hendak plak kalo isinya yang padat, memang sedap... sanggup bayar walau berapa pun harganya!... hehehe...
karipap palm grove?? yg belah mana ni?? ada karipap ayam..yg agak terkenal kat klang ni yg berdekatan dgn sek simpang 5 & la salle school.mungkin ke kita cakap tentang gerai yg sama??
cos gerai ni dah 20 tahun lebih.10 tahun dulu msa mula2 kahwin agak besar karipapnya.tahun demi tahun semakin kecil saiznya....
ini yg ada isi telur, kentang n ayam ker?
terus lapar perot aku bro malam buta ni.. hehe
jard the great,
ee.... misi nak laparkan semua org berjaya.
nek cun,
novel next time, masuk le sikit unsur2 promosi tempat2 makan org kita yg best2.
ila,
macam tak same la ila. yg ni dalam kawasan perumahan org kaya di taman palm grove.
persamaan dgn crita ko ialah dulu saiz dia agak besar berharga rm0.60/biji; sekarang dikecikkan dan rege dia masih rm0.60/biji.
karipap nipun dah berluluh tahun gerainya, sejak mak ayah dia lagi.
monkey d luffy,
ada telur tu rasanya tak de kot. kentang dan ayam dia mmg byk.
penoreh,
ko kena simpan stok makanan dan tidur awal, awal pagi nak gi noreh.
wah jelesnyer amatlah terasa..hehe
*saya ni peminat karipap yg sedap gak...tgk tu terliur walaupun perut ni dah kenyang...huh, kuatnye nafsu makan ku ini,...ahaks
izman,
palm grove to kat mana??
bukan ke berdekatan di antara southern park & tmn chi liung??
gerai dia kecik kannn..cuma ada 1 jer kat tepi jln tu.than kat bawah pokok right??...sederet dgn kedai tu..ada banglo2 (wallohualam nilainya..huhukk syurga dunia)..buat cuci mata je kal lalu situ.
dekat jln yg sama kalau kau terus je..akan ternampak sekolah simpang 5.
Rata2 kalau orang Klang ni..kalau di tanya mana karipap yg sedap??semua acu tangan ke gerai tu..
dlm 5 tahun kebelakangan ni, gerai ni pelbagaikan menunya..ada kuih muih lain & juga makanan ruji lain.Dulunya 'stall' kecik je.Alhamdulilah skrang semakin berkembang dan maju seiring dgn pembesaran anak2 nya.
Tempat ni ler...tiap hari laluan saya utk ambik kids.
pssttt..yg bestnya, kalau dtg dgn huby mesti dpt karipap lebih.cos anak2nya adalah bekas didikan huby.
awieworld,
sesekali makan karipap tak de buat gumuk pon. he.3x.
ila,
rasa mcm betul pulak. selain karipap mmg ada jual macam2. nasi pon dah ada. sekarang dah jadi warung dah. selain karipap, yg aku suka kat situ ialah pulut panggang.
salam....buat kan kecur jer bro..apa kabar? sihat ker?
seb baik aku bukan peminat karipap!
arsaili,
he.3x. nak pos ke ostralia, kang sampai jadi karipap cendawan pulak.
cendawanintim,
tak minat karipap? ish.3x ruginyer.
Post a Comment