Alhamdulillah! Syukur kepada Allah kerana pada hari ini telah dipinjamkan lagi usia aku dan hari ini (03/02/2009)genaplah umur aku 33 Tahun.
Terima kasih atas kiriman sms, call, email dan lain2 dari sahabat2 dunia nyata dan dunia blogging. aku hargainya. tiada ucapan yg lebih baik daripada ucapan agar sahabat mereka itu sejahtera, panjang umur, aman damai dan murah rejeki.
macam biasa aku memang tak akan buat majlis apa2, waima potong kek kerana memang aku tak suka. seingat aku, sepanjang hidup aku hanya 2-3 kali sahaja aku menyambutnya dengan memotong kek. alah biasalah! ikut kerenah aweks! dah kahwin ni cukuplah sekadar aku sambut dengan sedikit makan2 bersama isteri dan anak2.
Hadiah paling bernilai dan terbesar yg aku terima?
aku rasa tiada hadiah yg paling bernilai dan terbesar selain aku masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini oleh Allah. Hadiah bernilai selanjutnya ialah aku masih dikasihi oleh seisi keluarga dan Allah masih memberi peluang kepada aku dalam rumahtangga ini yg mencecah usia 6 tahun. dan lebih manis apabila hadiah kasih sayang itu aku akan terima 7-8 bulan lagi. Syukurlah....
Gambar Hiasan : Disebabkan tiada gambar aku potong kek, korang tengok je lah gambar aku masa umur 3 bulan. Agak cubby sikit, biasalah anak2 dumex.
Ini adalah antara personaliti orang yg lahir dalam bulan februari yang aku petik dari www.darulnuman.com. Ia dikatakan hasil kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Aku malas nak kata betul atau tidak walaupun lebih 90% menda ni tepat mengenai personaliti diri aku. korang layan je la...
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.
32 comments:
Salam buat "BEFDEY BOY YG CHUBBY"!!!!:p
Semoga di beri kesihatan yg lebih terjamin..(haruslah berdiet), di beri kebahagiaan bersama keluarga & kestabilan ekonomi utk diri sendiri (naik pangkat):p.
Aminnnn....
p/s: Nampaknya kau tua 3 bulan dari saya.
ila,
terima kasih. moga masin le mulut ko. bab diet tu payah sikit le...
Selamat menyambut hari jadi.
Semoga panjang umur, murah rezeki, ceria selalu, dirahmati Allah. AMIN, AMIN, AMIN.
Nanti kita pekena ayaq kosong nooo ... abang long kan masih berpantang !
abang long,
trima kasih.
rasa tak best pulak kalau saya minum air berwarna, nanti abg long minum air putih.
Happy Birthday to Izman..mudah-mudahan hidup akan terus diberkati Allah selalu..
Alhamdulillah...Smga pjg umur, murah rezeki. Jadilah seorg insan yg baik kpda Maha Pencipta, ibubapa,isteri, ank2 dan sekelain makhluk di bumi ini! Tahniah...untuk pertambahan famili nanti..
Kita dua beza umo lebih kurang 2 minggu ja hehehe...anda telah genap 33, saya masih menunggu hahahaha....semoga hidup dirahmati Allah. amin.....
tahniah, selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 33 tahun ya Izman...moga panjang umur, murah rezeki, dirahmati Allah sentiasa :)
slmt ari tueeee.....igt tuhan selalu
tirana,
harap2 begitulah. terima kasih.
suzie apai,
trima kasih.
itulah harapan aku, nak jd terbaik buat diri, keluarga dan masyarakat.
km,
trima kasih atas ucapan. kita sebaya, baguslah.
dtgle selalu. kita dah link ke?
mak su,
trima kasih.
terasa makin tua pulak.
limbong,
trima kasih.
cet... macam la ko tak tua. ko pun sama baya ngan aku la wei...
hepy besday!!!!!!!!..
izZti.izztiHa,
thank u.
Izman, Selamat Hari lahir... baru 33 tahun, muda sangat lagi tuh!... masih jauh lagi perjalanan dalam hidup ini...Nekcun do'akan semoga Izman selalu bahgia dan ceria. "Hidup akan jadi bahgia kalau dalam hati ada rasa cinta!..."
Hepi Hari Tue yea...
7-8bln tur... bebe? tahniah dr aku. Nanti seri lah kite coz aku takmo dah! he..he..
nekcun,
trima kasih. nekcun je sorang cakap masih muda, yg lain kat dah tua.
ye, dlm kehidupan mmg perlu ada cinta.
nur aka admansyah,
tua? ye ke dah tua. aku rasa muda belia lagi. ha.3x.
ish.. 3 je dah nak tutup kilang. challange la ngan aku...
selamat hari lahir dan semoga panjang umur murah rezeki..ayat stereotaip kah ini..
selamt hari jadi yer abg izman...nmpak gaya kita sama la dilahirkan dalam bulan februari...saya 28 aribulan..
so saya doakan moga abg sejahtera selalu, dimurahkan rezki dan dipanjangkan usia oleh Allah swt.
**nak tmbah sikit, bulan feb punya kaler kristal ialah amethyst (ungu)..ok... :) selamat hari jadi!!!
LoL... hepi besday!
luluchen,
trima kasih. apa2 pun ayatnya walaupun streotype, yg baik2 tu sesuatu yg bagus.
awieworld,
trima kasih.
since lahir feb jugak, personaliti yg ditulis betul ke?
menarik ni. kristal amethyst kena cari ni. buat hiasan.
jard the great,
thank u.
Alhamdulillah, syukur keHadrat Allah SWT kerana mengurniakan umur yang panjajng kpd saudara...semoga sentiasa diberkati Allah SWT dalam segala apa yang dilakukan...
nurazzah8,
trima kasih. begitulah hendaknya.
happy besdey... naisb baik tak lahir 29 feb... kalau tak tahun ni takder... hehehe
monkey d luffy,
trima kasih.
betul tu. classmate aku lahir 29feb, sian dia celebrate 2-3 thn sekali.
maaflah aku yang paling lambat wish kat ko...
aku senantiasa doakan kawan2 aku moga2 dipanjangkan umo, murah rezeki dan hidup di bawah lindunganNYA bersama famili terchenta.amin.
cendawanintim,
trima kasih.
ko dah wish ni pun aku dah cukup suka.
Post a Comment