Wednesday, January 28, 2009

Susahke Ucap Terima Kasih?

hari ni disebabkan opis lengang dan bosses tak de, so tak de sesiapalah nak carik aku untuk bertanya itu dan ini. lepas buat kerja update akaun dan melayan beberapa pekerja yg mula bertanya kenapa overtime short. tak datang ikut msa ditetapkan dan tak isi form overtime memang la ot sangkut. sape nak bayar kalau form tak isi. sendiri mau ingat la... dulu2 aku suka dan selalu gak remind supaya isi form, check punch card. tapi itu duluuuu... aku dah malas nak ingatkan sebab makin diingatkan makin lemak. dan orang bagi peluang, diorang suka2 hati ambik diorang punya own sweet time nak sediakan form. skarang prinsip aku ada form, ada time punching aku bayar. tak de kalu, mampos lah aku nak bayar. korang isi form baru atau dapatkan signatory utk time punching dan mengadap la aku dulu. ha.3x (ketawa gaya orang gila kuasa).

dalam 11.15am (28/1/09)aku cabut gi KL atas urusan kompeni. dan hari ni aku buat record peribadi pergi balik sangat cepat sebab dari p.klang pergi balik ke KL, termasuk berhenti isi minyak, urusan kompeni, berenti minum, berenti kencin termasuk berenti kat trafik2 light aku berjaya sampai umah aku untuk makan tengahari jam 1.05pm. nampak sangat kurengnya kereta di jalan2 raya. kalau mcm ni selalu kan best.

on the balik ke port klang, aku melalui hiway bukit lanjan. sampai kat kilometer 26 menghala ke restoran jejantas sg buluh aku nampak kereta2 masing2 mengelak kotak2 polisterine yg tergolek dog di tgh2 jalan. aku rasa lebih 6 kotak. keadaan agak bahaya kepada semua pengguna terutama binatang2 kecil (kancil, kelisa, kenari, rusa). aku dengan segera berhenti di tepi jalan berhampiran dan menelepon pluscare yg nombornya tercatat pada kad tol. gile ke hape nak kutip kotak2 tu. kenderaan kat area tu agak laju sebab turun bukit. tak sanggup aku nak gadaikan nyawa.

bercakap dgn operator pluscare tu aku laporkan kejadian tu secara agak details sebab aku perhati kejadian dan nama lokasi. aku mintak diorang segera bersihkan kotak2 tu sebab aku takut kalau lambat mereka terpaksa bersihkan darah2 orang pulak. aku yakin kalau kenderaan langgar mesti lari punye sebab kotak2 polisterine tu berikat dan bertautan antara satu sama lain. dah report aku teruskanlah perjalanan.

cuma satu yg aku agak ralat dengan operator2 telefon semasa aku membuat aduan; tak kisahlah pulis, lebuhraya, kompeni air, kompeni letrik, jabatan trafic light dan sebagainya. adakah mereka peka dengan situasi? adakah mereka menghargai orang yg membantu menyelamatkan nyawa atau menolong menyelamatkan duit mereka.

secara peribadi aku tertabiat menelefon depa2 ni kalau aku melihat kejadian seperti jammed, bekalan letrik terputus, trafic light tak berfungsi, kemalangan, paip bocor, ada menda menghalang lalu lintasan dan sebagainya. tak de menda aku dapat sebenarnya. cuma aku risau kalau aku tak ambik kisah, ada nyawa akan melayang. pernahkan diorang menghargai, jauh pemanggang dari ayam panggang!

tak caye korang cuba. kalau ada kejadian korang call lah pihak berkenaan. kebanyakkan diorang langsung tak tanya nama kita,contact detailske, dan lagi teruk susah pulak nak ucapkan terima kasih. cara diorang tu seolah2 kita pulak yg bizibodi. syabas (air) misalnya dah banyak kali aku laporkan kes paip bocor dan pecah, diorang mane pernah tanya nama aku, walaupun aku selalu cakap "Ini syabas ye. Ok, nama saya izman. saya nak laporkan pasal........." diorang langsung tak mintak details. lagi teruk, lambat gile nak hantar orang repair. bukan aku berkira bil telefon aku, atau aku mengharapkan apa2 imbuhan. tak pernah terfikirpun. tapi kalau diakhir perbualan, si operator dapat menyebut "terima kasih en. izman atas maklumat encik" aku dah cukup suka. dlm kes kat hiway plus tadi, operator tu ucap trima kasih tapi sebut nama akupun salah. walaupun begitu selagi aku waras, aku akan tetap meneruskan kerja2 amal tu sampai bila2. at least, ia suatu kepuasan dlm hati aku kalau berbuat begitu.

10 comments:

Kapten Luffy said...

betul gak... kita nak jadi rakyat prihatin... tapi pihak bertanggungjawab plak yg tak prihatin... susah betul

suzieapai said...

mmg byk benda yg ralat dlm hidup bermasyarakat! syabas tuk en izman kita yg prihatin.

ILA said...

Maaflahhhh...aku lansung tak penah 'sibuk2' nak call 'pihak b'kenaan' kalau ada 'apa2 kes'yg berlaku kat depan mata.kecuali kalau aku turut terlibat..huhukk

ehhhh!! ye lahhh..dulu aku penah call polis cos ternampak penderaan terhadap kanak2 .ingatkan orang tu penculik.Siap nak jadi hero,tarik tgan budak tu...cos time tu ada orang dewasa paksa budak tu masuk dlm teksi.Siap pukul pakai rantai kunci besikal.Saya marah kat dia sambil call polis.Cepat gakkk..polis buat tindakan.tak smpai 1/2 jam polis call balik & myatakan hal yg benar.Rupanya orang dewasa tu as pmandu teksi.nak bawa anaknya balik.Tapi sangat muskhil..napalah dia nak buat kasar mcm tu...effectnya kat saya gakkk...driver teksi tu cari saya & tunjuk 'penumbuk' cos mgesyaki saya yg buat report.So dlm 2 minggu tu..time lunch mmg tak berani nak kluar ofis sorang2 lerr..tu le nasib heroin port klang..huhu

izman said...

monkey d luffy,
tu lah org kata nak buat jahat senang, nak buat baik yg payah.

izman said...

suzie apai,
he.3x (hidung kombang tau kuncup2 lagi ni...)

izman said...

ila,
sian aku ko kata penyibuk.

sian ko tak sempat jadi superwomen p.klang. sedihkan niat nak menolong disalahertikan.

pd aku nak mengajar anak pukul guna rantai kunci beskal memang tak patut. yg patut ialah nak mengajar anak tapi bagi dia rantai emas (kalau pompuan la...)

cendawanintim said...

teruskan attitude murni ko tuh...bangga aku ada sahabat seperti ko...

ni ler attitude orang melayu sebenarnya...mekasih or senyum bagai tu selalu diabaikan oleh kita...

izman said...

cendawanintim,
puji lagi, bila la idung aku nak kuncup ni...

ye, kadangkala kita lupa bahawa kata2 keramat yg berkesan ialah ucapan terima kasih.

Mak Su said...

tak reti berterima kasih, tak masuk dalam rules & regulation kerja mereka gamaknya.. sombong, malas, kerja utk makan. gitu ler kot :(

sadis

izman said...

mak su,
kalau nak ucap terima kasih dan senyum nak tulis dlm job description, rasanya amat memalukan. tapi kalau tahap mentaliti kita mmg camni, patut masukkan.

perlu diingat kerja itu adalah ibadah. dan senyum itupun dapat pahala.