Friday, January 30, 2009

Membaca Berita atau Mentafsir Berita?

Tahukan kita bahawa majoriti daripada kita bukan membaca atau menonton berita tapi mentafsirnya. ini terjadi pd semua orang termasuk aku. ini kerana kita membaca dan melihat sesuatu tapi kita mentafsirnya mengikut suasana yg kita atau boss kita suka. bab yg paling senang ialah surat khabar dan tivi. bayangkan berpuluh2 wartawan datang utk suatu sidang akhbar atau peristiwa yg sama tapi melaporkan sangat berlainan.

salah siapa? malas nak jawab soalan bodoh ni. kebelakangan ni aku dah tak mentelaah berita akhbar dan tivi secara serius. sebab nilai beritanya sudah tidak boleh dipercayai. semuanya menjurus kepada nilai2 gempak dan sesetengahnya indah khabar dari rupa. aku lebih suka berita daripada karam singh walia. telus, tepat dan tidak berpartisan. aku tak tau sampai bila media di negara kita akan bebas menyampai berita dengan adil. hari2 didedahkan org pembangkang beramai2 masuk parti federal, tapi bila org parti federal masuk parti kiri tidak pula dinyatakan. kalau gomen tulus, luluskan je satu akhabar harian untuk pihak yg berani melaporkan. RPK may be orang yg layak kerana dia hentam semua.

dalam hal2 ini aku setuju dengan kata2 seorang sahabat aku dulu. dia sebenarnya dah terlalu lama tidak membeli dan membaca surat khabar. katanya "man, ko selalu beli surat khabar buat apa? semua tu bohong. hari ini dia laporkan tentang 'A' tapi esok dia nafikan. cuma 2 benda kau boleh percaya dalam semua akhbar; waktu sembahyang dan keputusan nombor ekor."

ini adalah antara berita2 yg aku tafsirkan sendiri, sebab aku juga seperti golongan diatas:-

1) buburkan sayap parti umeno seperti putera dan puteri utk elak politik wang.
Pada aku kenapa nak buburkan parti, kalau takut politik wang, baik bubarkan umeno terus. pada aku carilah org lain duduk kat kerusi disiplin tu. berilah pada org yg lebih muda, yg berkeliber dan aggresif. pada aku yg duduk kat situ tu dah terlalu tua dan nyanyuk. lepaskan dia atau pecat sahaja sebab org melayu ni kalau pegang jawatan memang susah nak lepas, semuanya gila pangkat.

2) kes kematian kugan
Aku tak melihat kes ini dari sudut perkauman. ia pernah jadi kepada org melayu dan cina juga. dah kes2 yg terjadi ada dah dibawa ke mahkamahpun. kenapa tak kecoh spt sekarang. pari org india pada aku jgn terlalu taksub dengan bangsa kerana aku juga nak kes tersebut selesai dan memuaskan hati semua pihak. kalau betul ada penderaan melampau pulis, hukumlah pulis tu. cuma jangan libatkan seluruh pasukan pulis atau org melayu yg menjadi majoriti pasukan pulis. dua kes perlu diselesaikan; betulkah ia penjenayah seperti dilaporkan dan adakah pulis melampaui batas bila menyaiasatnya.

3) kes palestin
mana dia suara2 boikot dulu. senyap je.... tu lah pasal aku sinis bila bercakap pasal boikot. aku cuga melihat isu palestin lebih kepada org melayu. org cina dan india pedulikah? ni yahudi serang balik, berapa NGO buat bantahan? dah berapa pertubuhankah dah berlepas ke palestin untuk membantu? persatuan bela diri ramai2 tu dah bersiap sediakah ke gaza? jangan hanya retorik!

4) politik dalam negara
hari2 isu kerajaan negeri perak dan selangor yg dikatakan menipu rakyat kerana tiada apa perubahan dibuat. crita tentang kedah dan penang kurang sikit la.... apsal pasal kelantan langsung tiada? sebab aku yakin gomen yakin kelantan memang sampai kiamatpun tak kan dapat dirampas kembali, sedangkan perak dan selangor ada harapan lagi. pada aku gomen patut pecat saje 'think tank' dia. otak udang! orang sekarang dah tak macam dulu, letak je lambang parti kat lembupun orang sukung. org sekarang dah bijak2. pada aku kalau asyik kutuk dan laporkan berat sebelah, rakyat akan lebih benci gomen, dan menunjukkan simpati pada pihak satu lagi. tak kan subjek moral bertajuk simpati korang tak belajar masa sekolah rendah dulu? bagilah peluang mereka bernyawa, merangka dasar dan membuat keputusan. tamadun bukan dibina dalam sehari atau setahun. orang umeno tak belajar sejarah ke?

5) undang2 lompat parti
ni satu lagi lawak. biaq pi lah depa nak lompat ke nak berjalan.... masa kes sabah dulu boleh pulak, sekarang sebab dah makin banyak org gomen masuk pembangkang nak buat akta pulak. piii rah! aku bukan orang mana2 parti dan jauh sekali pemimpin politik bertaraf YB, so apa aku kesah kalau ia dibuat. ada baik buruknya, yg baik orang dah tak boleh cross over parti selain parti diahlinya. cuma akta tu hendaklah adil. kalau tak boleh, maksud dia tak boleh kepada semua. jangan kata tak boleh kepada orang umeno nak masuk pas, tapi boleh kepada org pas nak masuk umeno. atau boleh jugak kepada orang ppp masuk mic. bagaimana pulak dengan kes kalau satu parti keluar dari pakatan seperti supp keluar barisan? terkirakah akta ini?

6) pemberhentian pekerja beratus2 ribu orang
orang kat atas sama ada gomen atau mana2 pihak yg dikatakan mewakili golongan tertentu begitu ghairah melaporkan ribuan kes akan dibuang kerja semata2. jangan buat rakyat terutama cerdik pandai kita yang akan graduasi panik. ya! aku percaya banyak syarikat akan membuang pekerja, tapi banyak juga syarikat yg baru dibuka. peluang sentiasa ada. kalau perlu umumkan utk membolehkan rakyat bersedia, pihak itupun kena nyatakan apakah langkah2 yg patut diambil bg menanganinya. kalau dirasakan 100,000 graduan teknologi maklumat yg akan keluar ke pasaran kerja dan dijangkakan 80% bakal tidak mendapat kerja; kementerian pendidikan tinggi harus pikir apa nak buat. may be boleh tambah satu lagi semester khas untuk ajar mereka tentang perniagaan internet. ajaklah sifu dr. irfan khairi mengajar mereka cara nak cari duit kat internet. angka2 yg dilaporkan juga melampau2 kerana adalah suatu yg mustahil kalau ia adalah realiti kerana rakyat marhaen macam kita kalau dibuang kerja sekalipun akan berusaha mendapat kerja lain wlaupun tidak setaraf kerana kita perlu makan. adakah peralihan kerja dari kerja di kilang menjadi atendant pam minyak dikira sebagai pengangguran. kalau ya, kiralah sekali lulusan tinggi yg lain2 bidang tetapi menjadi usahawan tani sebagai pengangguran sebab ia juga tidak setaraf dengan kelulusan mereka.

13 comments:

Kapten Luffy said...

yang keempat baru aku terfikir... bagus jugak dapat menafsir daripada yang tersurat. yang ko cakap tu memang tepat...

izman said...

monkey d luffy,
itu cuma tafsiran aku, may be ko setuju. dan may b ramai yg tak setuju.

ilmu tafsir penting dan sebab itulah kita ada tafsiran al-quran. utk lebih kefahaman.

Nek Cun said...

Izman, sekarang ni sume berita yang kita dapat kita kena tafsir sendiri dulu... cuba cari apa yang tersurat dan tersirat, yang tersepit dan terselit... ramai sangat yang mempunyai kepentingan dalam apa-apa isu yang dikatakan... lihat dengan hati, dengar dengan minda...

Oh ya.. pesta jualan Buku Prima/Karangkraft tu adalah pada 27/2 hingga 1/3/09. InsyaAllah nekcun akan berada di sana pada 28/2 pagi (jam 10.00 sampai 2.00 ptg)... tolonglah war-warkan pada kekawan lain yek!...

izman said...

nekcun,
saya suka ayat tu "lihat dengan hati, dengar dengan minda... ".

pesta buku tu so far tak de masalah. esok (31/1/09) ada pesta buku alaf 21 dan saya datang. kalau tiada aral nanti saya sekeluarga akan jumpa nekcun.

Mak Su said...

maksu dah kureng baca suratkhabar arus perdana, berbagai faktorlah penyebabnya.

tapi diantara tu, rasa gaks tak seronok, berat sebelah, entah ia entah tidak, itu ini.... :(

izman said...

maksu,
surat khabar saya cuma beli hari sabtu (the star), dan ahad(mingguan m'sia). biasa baca online je. itupun kekadang nak muntah..

ILA said...

Ohhh..dah de entry baru..mcm mana bley tak terrrrperasan yeakkk:P

ermmm...with reference from yr entry...what can i say is.. "NO KOMEN"..hehehekkk

izman said...

ila,
berbaris2 tulis ko kata no komen. kalau ada komen aku rasa mau 2-3 pages kan? kuang.3x.

arsaili said...

salam...kekadang malas nak tau perkembangan ...buat tertanya2 kebenarannya di mana...tetapi klu tak ambik tau payah gak...semoga Malaysia aman sejahtera

Jard The Great said...

aku suke membace.. tp tak rajin nak membeli.. hehe

izman said...

arsaili,
ko datang malu lak psl tag blum buat. ha.3x

harap malaysia terus aman.

izman said...

jard the great,
to hobi yg bagus. kalau beli itu habis duit. yg penting ilmu yg didapati, bukannya timbunan buku yg tidak dibaca.

scorpions said...

aku sokong ko bro 100%..mmg btul apa dikata..apa yg aku sedih skrg ni bro wlaupun negara kita dh merdeka tp hakikatnya skrg kita masih lg dijajah oleh mereka yg x bertanggungjawab.aku ada soalan utk korang..apakah erti kemerdekaan ataupun omputihnya freedom...jgnlah sampai kita nnt sekali lg menuntut kemerdekaan di negara yg sdh pon merdeka..renung2kn.