Macam biasa aku anto & ambik luqman di tadika. Alhamdulillah dpt sykt yg ok dan memberi kelonggaran kepada kakitangan senior. lagipun aku cuma keluar kejab je, bukan gi ular pun.
luqman hari ni agak longlai ke sekolah. tak berapa sihat dan suara dia serak. sebab dia tak demam, aku paksa dia ke sekolah jugak. luqman menangis masa aku tinggalkan tapi aku pasti cikgu dapat pujuk dia.masa aku datang ambik, cam biasa aku nampak dia berlari2 riang dengan kawan baik dia sampai keluar kelas sambil suara cikgu memanggil mereka masuk.
cuma yg aku agak ralat dengan bangsa kita ialah, ada dikalangan bapa2/penjaga yg asyik masyuk menghisap rokok sambil mendokong anak2 mereka. ada anak2 kecil ini mengibas2 asap rokok dihembus bapa2 mereka sedangkan bapa2 mereka terus merokok dan menghembus. may be aku prejudis pd perokok sbb aku tidak merokok, tapi aku yakin asap rokok itu ada kesan pd anak2. kesan pada perokok tok sah crita lah, depa kebal dan imun penyakit.
masa ambik luqman balik, aku terdengar ada satu budak bercakap pada emaknya "emak, esok adik nak bawa air kotak macam luqman. tak nak bawa air putih". aku buat pekakkan telinga sambil jalan ke kereta.
ye.. luqman bawa air kotak setiap hari ke sekolah, bersama dengan roti gardenia rege rm 0.60 sen tu. itu bekal luqman. aku sedar masuk kelas je ada sarapan dan pukul 10am ada minum pagi. luqman pagi2 memang bersarapan sebelum ke tadika. tengoklah esok may be aku akan biasakan luqman dengan air masak je. kena beli botol air malam ni.
apa yg aku suka tadika ni ialah pelajar tak perlu bawa balik sebarang buku. pensil, warna dan sebarang alatulispun tak perlu beli. sekolah sediakan. selang sehari diberi vitamin lagi. luqman sampai mintak nak vitamin macam disekolah. kat rumah aku bagi dia vitamin c dan pil susu kambing utk tulang dan tumbesaran. since luqman nak mcm kat sekolah, aku kena gi guardian cari vitamin c jenama champs.
cuma ibubapa dinasihatkan bertanya perkembangan anak2 mereka disekolah. kalau berkemampuan ibubapa digalakkan membeli2 buku2 tambahan utk pembelajaran anak2 dirumah.
bercerita psl luqman dengan papa aku, memang tak syiok. aku yg memaklumkan perihal cucu dia yg nakal dan banyak feel seringkali mengenakan aku balik. papa aku beritahu aku dulu lagi teruk. aku juga bersekolah tadika diusia 5 thn. setiap kali cikgu tegur, aku akan menangis dan ada kalanya mengigit cikgu dan kawan2. setiap kali masa rehat pula seringkali aku menghilangkan diri, balik makan kat rumah. maklumlah tadika sebelah rumah je. paling syiok ialah tengok balik gambar2 masa kecik termasuk di tadika. like father like son. bezanya aku tidak semanja luqman, dan luqman juga tiada ayah yg garang macam papa aku. aku dulu kalau buat perangai dapat 'imbuhan', luqman buat perangai, aku kena pujuk dia sampai ok. dulu aku sekolah pergi sendiri, luqman sekarang terpaksa aku tunggu sampai dia ok baru aku boleh pergi kerja.
bertuah budak2 zaman sekarang.
20 comments:
syabas ayah lukmna n izman..
tumpang iklan yerk...
kepada sesape yg berminat nak barang2 baik,
boleh melawat ke page saya..
http://bajuterpakai.blogspot.com
tokeh baju terpakai,
suka hati kau lah. aku tak kisah. kalau nak link pun buleh. cuma jgn hari2 ko iklan dah la..
izzti dulu xsekolah tadika sbb abg izzti kata ada gg hantu kt jln nk ke tadika tuh..hahah pdhl tulang kepala lembu..tp ttp xnk pegi gak..nek darjah 1 baru pdn muka xpandai tulis nama sendiri lg..org len sume da pndai..
izZti.izztiHa,
ish.3x.... sampai camtu sekali critanya tak ke tadika.
sekarang dah tau tulis nama sendiri kan? ok lah tu... kuang.3x
Memang mengujakan mendidik anak zaman sekaran. Tapi, itukan cabaran.
abang long,
ye bang, dan kadangkala memenatkan. sudah terpaksa kerana tanggungjawab.
budak2 skrg kalau dpt. ayah mcm ayah luqman bertuahlah...kalau dpt ayah mcm hantu, naya la..
engkau? penggigit? haiyo, tatutnyer, ahaks
Hmm Cuba kau tanya Luqman ada makwe tak kat tadika???
Mesti adanya...
"Like father like son"...
Lariikkkk
wahhh ayah mithali la..salam ziarah kembali..i link ur blog...cam best je blog bapa nih..asyik baca blog ibu2 aje b4 this..
slm man...kalo ko berminat boleh la ke woksyop pengurusan kewangan yg bakal di adakan....rm50 je..apala sgt dgn ilmu yg ko dpt...bln 3 nnt genap la aku buat od asb..so far alhamdulilah...
berkesan..aku hrp ko x lpskan peluang yg ada
salam izman,
yup, indirect smoker...(anak2 tadi) akan mengalami kesan merokok yg lebih hebat berbanding perokok itu sendiri....sebab perokok itu ada filter di hujung rokoknya!!
ganas giler ko masa tadika dulu erk??sampai geget tuuuuuu!!
jejakalkindi,
saya yg sebenarnya bertuah dpt anak mcm luqman.
ish.3x, hidung kembang ni....
mak su,
sekarang dah baik dah. dah tak gigit cikgu.
Anonymous,
aku belum tanya lagi, nanti aku tanya.
fazemy said...
ala... biasa2 je. setakat nak jadi ayah yg baik.
dah link ngan saya. nanti link balik. thanks.
limbong,
kebebasan kewangan mmg aku minat, cuma bg tarikh yg sesuai. email atau call aku.
jane,
perokok tegar dan tak sayang keluarga ni aku payah nak cakap la. may be diorang dah takde bila masa anak2 diorang kesakitan akibat asap rokok.
cendawanintim,
itu dolu... sekarang tak ganas sangat. gigit2 sayang je...
Post a Comment