Tuesday, January 6, 2009

Luqman masuk tadika

Lama aku tak update blog ni, bizi sikit kebelakangan ni. bizi dengan kerja HR yg bertimbun2, kerja sendiri yg tak pernah habis dan pelbagai lagi.

hari senin (05/1/09) dan selasa aku cuti, uruskan persekolahan anak lelaki kesayangan aku, luqman hakim yg masuk sekolah tadika. actually dia baru 4 thn lebih sikit, baru je birthday dia ke 4 tahun pada 21/12/2008. aku actually belum terfikir nak sekolahkan dia, tapi rengekan dia nak bersekolah membuat aku terfikir, sekolahkan je lah. aku daftar sekolah tu pun last minit je, itupun sebab kawan aku si khairul tu ada anak yg bersekolah tadika. dia yg ajak masuk sekolah sama, bezanya umur anak dia dah 6 thn, anak aku kecik lagi. so, hari senin tu aku redah je sekolah tadika utk tanya, tup2 ada kekosongan. aku masukkan luqman ke sekolah.

ala tabika kemas je, tak jauh dari rumah aku. area rumah aku tu ada beberapa tadika swasta, tapi cin nun punya, malas nak biasakan. nanti luqman besar sikit kalau nak belajor ngan cin nun ttg arithmetic aku rasa ok lah. tadika islam ada tapi jauh, tak larat aku nak ambik dan hantar, dan luqman pun tak pernah berjauhan ngan aku kalau nak naik bas/van sekolah.

hari pertama persekolahan luqman, terus je duduk dlm kelas. so, aku dan wife serta pika tunggu le sampai abis persekolahan jam 1130am. meraung jugak luqman bila aku suruh dia duduk dlm kelas dan kami diluar. asyik2 ke pintu jenguk kami.

hari kedua (selasa), aku masih bercuti. aku sorang je temankan luqman. hanya ada 3 parent yg menunggu termasuk aku, dan aku sorang je ayah yg menunggu. masa dia enjoy belajar aku menyorok2 la sikit nak biasakan. tapi meraung sakan luqman. seingat aku, kami tak pernah lepas pandangan dari anak2 lebih dari 10 minit, walaupun di kampung. dalam jam 10am, tengok dia syok menyanyi, aku balik rumah. jam 1115am, baru aku dan wife dtg sebab kelas abis jam 1130am. masa sampai aku lihat luqman berdiri tepi tingkap, nampak je kami terus dia menangis. aku dan isteri gagahkan diri, membiarkan cikgu yg memujuknya. tak jalan.... dia menangis sampai aku suruh isteri ke tingkap memujuknya, barulah berhenti nangis luqman.

lepas abis kelas, barulah aku jumpa luqman. dia terus peluk aku dan cakap "kenapa ayah tinggalkan luqman. ayah tak sayang luqmanke? luqman nak ikut ayah". sebak hati aku, aku cuma cakap "ayah ada kerja. ayah balik sekejab je. luqman kena study, biar pandai.". luqman cakap lagi "esok dah tak nak sekolah. luqman nak duduk dengan ayah". aku cuma memeluk dan mendokong luqman ke kereta sambil memujuknya. sebab sayanglah ayah tinggalkan luqman belajar, luqman boleh dapat kawan.

sesungguhnya hati aku kadang2 berbelah bagi sama ada tindakan aku menyekolahkan luqman di usia ini sesuai atau tidak. may be dia masih terlalu manja untuk berpisah dengan orang tua. namun, aku yakin tindakan aku ini adalah semata2 nak bagi luqman pendedahan kepada persekitaran dan persahabatan. luqman tidak betah berkongsi mainan, tak pernah terpisah jauh dari ayah dan ummi. may be dia boleh belajar bermain dan berkongsi.

ada juga kawan2 yg tau aku menyekolahkan luqman di tadika kemas menganggap tindakan aku kurang tepat kerana ia adalah tadika 2nd class bg mereka. aku mulanya merasa begitu. tapi memikirkan bahawa aku juga adalah produk 2nd class itu, jadi aku rasa apa keburukannya. aku kecik2 dulu bersekolah di tabika kemas selama 2 thn, dan aku sekarang alhamdulillah ok. kalau sekolah swasta tapi bodoh, apa gunanya. dlm 2 hari berkampung di tabika tu, aku rasa cikgu yg mengajar adalah berilmu dan berpengalaman. cikgu tadika tu ada ijazah yer, jgn main2.

aku sekarang nak tengok apa perkembangan luqman. kalau dia serasi, aku teruskan. kalau tak..... biarlah dia duduk rumah je dulu. tahun depan masukkan ke sekolah tadika swasta. so far aku rasa yuran tadika swasta masih affordable. tak kan nak berkira utk pendidikan anak2 kot?

malas nak upload gambar dari camera dan henpon, nak layan beletin utama lagi. nanti aku update kemudian.

8 comments:

cendawanintim said...

luqman sama umo ngan iman rupa2nyer..

proses pembesaran dia..kat mana2 pon ok..asalkan pendedahan itu penting..

izman said...

cendawanintim,
la umuq sama ke? saiz badan je tak sama ye... ikut size wife aku kot.

ILA said...

Berdasarkan crita awak ttg Luqman since saya kenal blog ni..
rasanya dia seorang yg keletah & petah berkata2...
So tak de masalah jika dia di berikan pendedahan awal.Di situ dia akan belajar konsep sosial & mbina keyakinan diri.
Minggu pertama sememangnya boleh rasa memilukan...tapi itulah khidupan..Luqman perlu hadapi.

Ehhhh~~bukan ke para guru2 tadika kemas telah di latih oleh pihak kerajaan.IS mean mereka di kira profesional juga.SIla abaikan tanggapan ttg 'kelas ke-2'.Alangkah tak baik presepsi tersebut.

ita.itu said...

skrg bz ek ngan anak2..mgu 1st je la kan..hehe

izman said...

ila,
perseption tu mmg x blh elak, tapi cikgu tadika tu mmg ada ijazah. siap ada 4 org assistant. rata2 pelajar selain org kampung ialah anak2 guru, pegawai gomen dan staff gomen.

izman said...

ita.itu,
biasalah pengalaman pertama anak masuk sekolah. makyah yg nerves beria sgt....

Mak Su said...

pengalaman saya ngan tadika kemas ni, kakngah kat kl, tadika kemas, canteekkkk, informative, belajar.

kaklang tadika kemas, kat NS, unfortunately, asik belajar mengaler jer, dan belajar kebudayaan. apo nak buek... layanzz

izman said...

mak su,
nantilah pengalaman anak aku pulak nanti....

ada pro dan kontra belajar tadika kemas. just wait and see.