Thursday, January 8, 2009

Ikhtibar dari Kesengsaraan Palestin

dah 4 hari luqman bersekolah tadika, dan 4 hari jugaklah aku hantar dan ambik. dan proses ini akan berterusan. cuma hari ni (08/1/09) adalah hari pertama aku tinggalkan luqman tanpa jagaan aku atau umminya. 1st day, kami sekeluarga jaga. 2nd day, aku sorang jaga. 3rd day, ummi dia jaga. dan hari ni kami lepaskan luqman dengan pengawasan sepenuhnya guru2 tadika.

berat hati nak tinggalkan luqman pagi tadi. dari jam 730am hingga 830am, aku lepak je luar pagar sekolah perhatikan gelagat luqman. bila dia tak nampak kelibat aku, aku terdengar suara luqman memanggil2. aku buat donno je. dan berlalu pergi kerja dengan harapan cikgu akan memujuknya dan kawan2 akan ajak bermain dan belajar.

aku kerja dlm keadaan teringatkan luqman. belum jam 1100am, aku dah ada di tepi pagar tadika, padahal waktu tamat persekolahan ialah jam 1130am. riang benar tengok luqman ketawa girang, sesekali berlarian hingga keluar kelas bersama kawan2. dan sesekali itu juga terdengar cikgu memanggil nama luqman dan kawan2nya masuk semula ke kelas. Alhamdulillah, luqman dah boleh sesuaikan diri sikit2.

di opis, kerja bertimbun2. biasalah awal tahun. pelbagai kerja kena diteliti termasuklah training, new recruitment, increment dan sebagainya. lagipun payroll closing awal sikit psl chinese new year dah dekat.

aku bersyukur jugak sebab dalm kegawatan dunia sekarang yg menyaksikan byk syarikat terpaksa downsizing, retracthment, vss dan sebagainya; sykt ini masih menerima tempahan yg banyak terutama dari luar negara. overtime melambak2 sampai ada yg surrender tak mau buat sebab kepenatan. tahun ni jugak menyaksikan tiada shutdown semasa chinese new year. kalau terpaksa downsizing, HR lah pening kepala, tapi sekarang aku lagi pening nak chase sykt utk better increment,bonus dan benefits.

dlm tivi,internet dan akhbar sekarang semua berkisar pd kekejaman israel kepada rakyat palestin. aku bersimpati. dan aku terima berpuluh email dan sms mengenai kekejaman israel dan permintaan kawan2 untuk sama2 berdoa kepada kesejahteraan rakyat palestin. Ya! doa aku agar mereka bebas dari belengu zionis keparat itu.

saranan Tun Dr. M, PPIM dan pelbagai agensi lain utk pulaukan barangan israel atau sykt yg membantu israel adalah langkah yg dicadangkan. aku yakin, ada kesan jugak kalau semua umat islam memulaukannya, tapi kesannya kepada siapa?

kesan pertama kepada syarikat yg terlibat. kalau diperhatikan sykt2 tersebut mungkin ada keluarga kita turut bekerja didalamnya. adakah ia mengurangkan sokongan mereka kepada israel? aku yakin TIDAK.

kesan kedua ialah pd keluarga kita. korang perhati betul2 sykt2 tersebut dan tanya diri dengan ikhlas, bolehkah kita bebaskan diri 100% dari pergantungan kepada sykt2 itu. korang guna susu, susu anak, lampin pakai buang, kopi, kremer, shopping, penjagaan diri dan segala mak nenek daripada mereka sejak lahir dan ia dah jadi sebahagian dari diri kita.

pada aku idea ni bagus tapi tak praktical. kempen ni dah dibuat perpuluh tahun dulu dan mereka makin gagah. sebabnya umat islam tidak bersatu. yg lagi memalukan semua umat islam bergantung pd mereka utk semua keperluan hidup. umat islam tiada kuasa ekonomi. tok sah jadi hero dunia la kalau di malaysia sendiri kita 24 jam bergantung pada keperluan harian dari orang bukan islam.

may be ada yg rasa aku tidak islamic, tapi korang cuba fikirkan dan buatlah. korang bangun pagi2 jangan gunakan barangan yg dipulaukan tu, kemudian jgn bersarapan dan makan2 dengan barangan diorang, jgn guna brgn diorang di tempat kerja, sampailah masa tidur. lagi baik kalau korang cuba senaraikan berapa brgn yg korang ada dan pakai ialah buatan orang islam? itu aku CABAR korang buat.

yg sebaiknya ialah semua orang Islam perlu kuasai ekonomi dan bersatu padu. korang tengok lah negara islam yg ada taring sikit macam afganistan dan iraq. semua jadi medan mayat bergelimpangan, dan negara2 islam macam OIC hanya ngaga je. harap janggut je panjang, telur pun takde.

6 comments:

Mak Su said...

tentu ko teringat2 kat anak ek... tak per, nanti dah ada kengkawan, tentu dia hepi kat sekolah dia tu.

pasal boikot, betul, aku guna barangan depa sejak dari tok nenek aku lagik rasanya.

camna nak boikot, kita tak banyak alternatif gaks. mungkin sikit2, slow-slow, kita boleh kurangkan import barangan dorang, tapi ini lebih berat kepada pengimport, sebab dorang yang bawak masuk barangan kat sini. well..... entahlah.

izman said...

mak su,
ari ni dia dh start hepi, cuma kebimbangan tu tetap ada. sape tak sayang anak ....

betul, aku nak boikot tapi aku kena cari alternatif terutama keperluan makanan.

Anonymous said...

betul tu man..kita mmg kena bersyukur kan..compare ngan negara lain..amin

izman said...

ita.itu,
ye ita, syukurlah kita hidup dlm keadaan aman sentosa. harap kita kekalkan keamanan dan berdoa agar dirahmati.

cendawanintim said...

ayat last ko tu..iskkkkkk!!!

seribu rahmat bagi kita yang tinggal di bumi mesia ni...

izman said...

cendawanintim,
ayat mane? telur mata kerbau tu ke....

ye, berjuta rahmat utk kita di malaysia.