Thursday, January 29, 2009

Ayam Bermadu & Char Kuew Teow Hayda

Malam tadi (28/01/09) wife masakkan ayam masak bermadu. resepi ni aku ambik kat blog sape tah masa aku blog hopping. ambik sebelum raya cine lagi tapi baru ada masa buat. bukan aku buat la, wife aku. aku tukang makan je. alhamdulillah cubaan pertama memasaknya cukup memuaskan hati aku yg agak cerewet ni. cuma bahan2 je agak banyak termasuk madu dan kicap (sos) ikan. ni lah rupanya...



sambil2 makan kat dapur, luqman & pika yg abis awal makan asyik menonton buletin utama. tiba2 luqman bersuara :-

Luqman : Ayah, Ayah... ada accident la.
Ayah : Kat mane?
Luqman : kat dalam tivi.
Ayah : (sambil menahan geram). ok.ok... nanti ayah tanya dia kat mane accident.
Luqman : Ok!

sebelum makan malam tu sebenarnya aku dah pekena char kuew teow kerang dengan 2 orang kawan. ini pun sedap jugak, cuma tak sesedap char kuew teow kerang kat jalan meru tu. ni sedikit info warung tu :-

Nama Warung : Hayda Char Kuew Teow
Lokasi : Gerai MPK, Taman Pendamar Indah 1, Port Klang
Landmark : Sebelah kiri stesen petronas pendamar Indah 1 & berdepan klinik rueben.
Speciality : Char kuew teow kerang.

Inilah rupa char kuew teow tu. gambar tak terang sebab suasana dah gelap dan ambik pakai kamera henpon cikai je. harga dia pun berpatutan iaitu Rm3.00 sepinggan.

26 comments:

Abang Long said...

Nanti Abang Long pergi situ beli ckt.

Eh, jangan lupa, jom pergi PESTA BUKU ALAF. Hari Sabtu 31hb Jan, jam 2 pm. Kami adakan perjumpaan.

izman said...

abang long,
pesta buku tu memang plan nak pegi. cam ne nak jumpa abg long?

Mak Su said...

wah, ayam madu tu nampak marvellouslah. nanti kitorang cadang nak gi muara ler, cari ikan. aku ni betul ler tak kenal doniya, baru tahu kat mana letaknya muara tg harapan... huhuhu

ILA said...

Aduiiii..dah lerrr lunch hour dtg ke sini.PErut belum di isi lagi..
"Ya Allah...sabarkanlah daku"

hehe..perkataan dari mulut anak kdang2 mmg buat suspen..lagi besar..lagi byak bnda dia orang mnunjukkan kebijakannya.So, Good Luck utk mjadi seorang ayah D BEST IN D WORLD;)

izman said...

mak su,
takpe ambik masa kenal2 doniya. kalau gi tjg harapan tu byk restrente yg sedap, ikut selerra masing2 le.

my recomendation ialah bagan seafood, dan muara ikan bakar.

izman said...

ila,
nanti aku jumpa ko, calendar stok baru belum sampai lagi. yg lama sold out. calendar seluar dlm dan coli ada tapi malu lak nak bg ko, ia dikeluarkan oleh salah satu cawangan kami yg jual seluar dalam/coli. akupun simpan kat opis, bawa balik rumah wife aku buang. sayang betul, model tu lawa2.seksi lak tu...

masin le mulut ko. aku cuba jd ayah yg baik utk anak2 aku.

Anonymous said...

char kuew teow kat jalan meru tu kat mana? kasik la location bleh usha2

eiman

izman said...

eiman,
ko gi jalan meru. tak jauh dari klang parade, kira2 dlm 200 meter je kot. sebelah 88 snooker.

nak tau lanjut ko click label warung dan restoran pilihan.

ILA said...

eshhhhhhh..kau ni kan...gggrrrr...kalau cakap pasal model seluar dalam tu pakai terjah jerrr!!..huh!:p
ehh...kalendar yg kau nak bagi tu utk table @ dinding??tgah cari utk tampal kat ofis ni.ade ker..di letaknya kelender cina kat conference room.sangat tak 'sweet'..huhu..

izman said...

ila,
aku cakap yg betul ape? calendar pakaian dalam tu dikeluarkan oleh sykt 'xixili'; top brand tu.

yg sykt sini jenis letak kat meja punya. kalau ko nak jenis dinding, ko paku je kat dinding. kuang.3x.

MOLY said...

ayam masak madu memang sedap
lily pun pernah buat sendiri jugak
nyam nyammm !!!

dah lama x pekena char kuey teow
weekend nih nak gi pasar malam la ...

izman said...

lily.lulu,
saya selalu jeles tgk kamu n gang makan dan bergumbira. seronot betul.

ayam tu mmg sedap, hujung minggu ni nak buat lagi. practice make perfect.

arsaili said...

salam bor...iskkk tensen je tgk food..sedappp...ahaha u dh kena tag..ahaha

izman said...

arsaili,
kuang.3x, paksa2 update blog last2 kena tag yer..

nanti aku buat.

NURAZZAH8 said...

CKT ...memang kesukaan saya tuh....

izman said...

nurazzah8,
ye ke... CKT jalan meru best. kalau ada masa cubalah... (cam duta CKT pulak).

Anonymous said...

mcm mn nak buat ayam madu tu?asal x link kn resepinyer..huhuhu

izman said...

izZti.izztiHa,
resepi tu kena tanya wife. dia masih simpan atau pakai ingat je.

Kapten Luffy said...

sedapnya kalau ada isteri memasak... hehehe

Anonymous said...

ayam madu & char kuew teow mesti sedap ni..lagi sedap kalau bro yg belanja..hehe

cendawanintim said...

pitam okeh tengok gambo kuey teow tu..uwaaaaaaaaaa

uShop said...

wife x marah ke makan luar sebelom makan malam tu?? hehe

betol kate jejaka kindi..

lagi sedap kalo ade org blanje xD

izman said...

monkey d luffy,
so, apa tunggu lagi....

izman said...

jejakalkindi,
apalah sangat kalau takat belanja CKT tu, contact aku la bila free.

izman said...

cendawanintim,
pitam? ada mual2 atau muntah2 tak?

jeles la tu....

izman said...

ushop,
tak marah sebab wife tau asben dia akan tetap makan kat rumah walaupun pekena makan kat luar. tu saiz makin tembam tu.

abis tak reti balik malaysia?