Saturday, April 12, 2008

Hati-Hati ! Jangan Sampai Terbeli 'Qra Qra'

Aku dapat menda ni dari mailinglist selambakodok. Menda ni sekali imbas macam tak de apa2 tapi aku sekadar ingin mengingatkan saudara2 Muslim bahawa menda alah ni adalah HARAM.

Mengikut mailinglist tersebut gula2 bernama 'Qra Qra' boleh dibeli di mana2 cawangan Seven Eleven (7-11). Namun dari pemerhatian aku sendiri yang mengunjungi beberapa buah kedai 7-11 disekitar Klang dan Port Klang tidak menjumpai gula2 ni. Sama ada aku tak jumpa cari atau telah ditarik jualannya oleh pihak kedai 7-11, akupon tak pasti.

Walau apapun, aku yakin tanggungjawab memberi dan membeli makanan halal adalah tanggungjawab setiap individu muslim itu sendiri. Sebelum beli apa2 makanan atau minuman, rajin2 le tengok kandungan dia, tengok tanda Halal dia sekali. Kalau tak de tanda halal atau hati kita rasa was2, jangan beli.

Pada aku, kat kedai 7-11 tu memang banyak menda yang haram seperti arak. Tapi selalu jugak aku tengok anak Melayu (yg aku yakin Islam) beli menda alah tu. Kondom pun bersepah jual, cuma beza dia orang beli utk langgan pelacur, atau seks luar nikah atau oleh pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Tujuan terletak ditangan masing2.

Berbalik pada gula2 Qra Qra ni, kalau bawa anak2 ke mana2 kedai 7-11 atau mana2 kedai sekalipun, tengok2lah apa yang boleh mereka makan. Kalau ikut nafsu, kepala keretapi pon ada orang nak makan. Selain konsep 'Tepuk dada tanya selera' tambahlah sedikit kepada "Tepuk dada tanya selera berpandukan Iman".






Sumber :
[selambakodok]mailinglist. selambakodok@yahoogroup.com

6 comments:

cendawanintim said...

Nanti aku pegi surbey kat 7E kawasan aku lak...tunggu report aku lak..bahyer nih..nasib anak aku, aku larang ngan jajan nih..

izman said...

cendawanintim,
ok, ko info2 lah kat mana boleh dapat menda alah tu, supaya org x gi beli (betul ke ayat aku ni.)

Jangan beli dan makan...HARAM!

Mak Su said...

alamak, punyer ler tak prihatin

Puteri Satu said...

tak pasan benda alah ni ada jual ke..?

MOLY said...

harus berhati2 ... dah lama x makan gula2 ..

tapi beli gula2 untuk anak buah ... :D

izman said...

mak su,
soal jadi darah daging, semua orang Islam terpaksa prihatin.

puterisatu,
tak perasan jual x pe, jgn pulak x perasaan dah masuk perut.

lily.lulu,
bisanya budak2 yg suka gula2 ni. nak pulak pembalut dia lawa dan warna menggoda iman.

nasib baik aku dah lebih 6 tahun x makan gula2.