Wednesday, April 9, 2008

Gambar Dolu2 - Sekolah Rendah

Selepas aku siarkan tentang seorang sahabat aku Ustaz Ahmad Dasuki yang terselamat selepas dipanah petir tahun lepas, aku mula mengeledah album2 lama kat rumah (mengeledah maksud dia ambik secara suka hati dan letakkan secara sukahati. Yg tak suka hati ialah wife aku...).

Then ambik gambar2 sambil gelak ngan anak2, maklumlah gambar masa kecik2 dan muda2 dolu... anakpon tak kenal mana satu ayah dia. pas2, on kan laptop main games 'Fish Frenzy' dgn Luqman Hakim. Tujuan on laptop ialah nak scan kan gambar tapi dah Luqman nak main game dulu, layan ye...

So, inilah gambar aku masa darjah 5 dulu. Masa ni aku bersekolah kat Sekolah Kebangsaan Damak, Jerantut, Pahang Darul Makmur.



Alhamdulillah dalam kelas aku ni ramai yang jadi Ustaz dan orang berjaya dalam hidup masing2. Ada 4 orang ustaz (Ustaz Ahmad Dasuki, Ustaz Din, Ustaz Wan Rozaidi, Ustaz Salmizi), Sorang tak sempat jadi ustaz (Nik Mohd Faisal) kerana meninggal dunia 2 minggu sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir. Sorang jadi Cikgu (Cikgu Mahathir), sorang kerja kilang (aku le tu...),sorang Medical Assistant (M.A. Ahmad Suhiamin), sorang technician kapal terbang (Roslan), sorang hilang ingatan (sekejab ok sekejab tak waras. nama tak nak sebut disini). majoriti masih berjumpa terutama hari raya puasa tapi ada jugak yang aku lupa diorang kerja apa. lain kali kalau aku ingat aku crita balik. Tapi bukan aku ye yang hilang ingatan tu....

Kalau korang teror korang carilah yang mane satu aku. Hint dia, kulit gelap, senyuman manis, dan berhemah tinggi.

7 comments:

Mak Su said...

alah, tak dpt nak teka ler.. mata dah tak terang kot, ahaks

izman said...

ni yg malas buat teka teki ni.. saya yg pakai 'tie' duduk sebelah kiri cikgu. (malu betul la, wife saya pun tak tau mana saya kecik2 dulu. dia ingat saya anak india dulu...ishh3x..)

cendawanintim said...

ala...naper ko bagitau dah jawapan tuh...aku baru nak bagitau....

ala..., len kali nak buat kontest, ko sediakanlah adiah, baru best, aku kan bijak sebab aku ske minum milo, musti aku sajork yang dapat adiah...(perasan tahap gaban diri sendiri terer)larikkkkkkkssss......

Lily.Lulu. said...

alalala .. zaman kecik2 comey jer sume yer ..

memang old skoll habis gambar tuh

:D

izman said...

cendawanintim,
aku bg jwpn sbb malu org x kenal aku kecik2 dolu..

minum milo jd pandai ke? aku minum milo jd mengantok.

lily.lulu,
mmg oldies. gambar tu dh kira boleh msk muzium dah.

awieworld said...

la, tak sempat nak teka..kuang3

oh abg kulit gelap, tp besar kulit cerah. saya dari kecik sampai sekarang dok gelap jugak kulitnyer..ahaks!!

apa rahsia kecntikan abg?..aloe Vera?...Vitamin c atao Botox?..atau Milo...heheh!! :P

izman said...

awieworld,
rahsia jd putih? superimposed atau edit gambar la..

atau kahwin org kulit putih. Saya dulu wife ngandung anak pertama telinga pedih gak sbb ramai org nasihat wife sy minum soya utk dpt ank putih. mentang2 la sy kulit hitam. wa... sedihnya.

kulit hitam atau putih x penting, yg penting ialah jangan 'hitam hati' busukkan nama orang je.