Monday, April 28, 2008

Sekadar LEpaskan Geram

Macam biasa tiap pagi sebelum gi kerja aku akan bawa anak gi beli sarapan. Luqman memang tak boleh lari dari kuih lapis dia. aku yg beli pon naik cemuh beli tapi dia tak cemuh pulak. kalau sehari dua makan ok la, tapi dah bertahun makan kuih lapis. kalau tak de kuih lapis kt gerai yg biasa beli, penat la aku kena cari kat gerai lain.

Yang aku tak puas hati sekarang ni ialah kenaikan harga kuih muih dan nasi lemak. Kuih dari 3 biji RM1.00, sekarang dah sebiji RM0.40. Ada jugak la gerai dah jual RM0.50. Kalau besar2 ok gak, ni kecik nak mampos. Nasi lemak biasa pun dh naik harga jadi RM1.20 berbanding RM1.00 sebelum ni. Alasan ialah kenaikan harga beras.

Nasib baik gerai tu masih kenakan harga regular customer utk aku sbb tiap2 hari aku beli dgn dia dh bertahun2.

Inilah yg aku bengkek dgn kerajaan, hargapon payah nak kawal. Hujung bulan lepas masa aku nk beli beras promoter beras super 5 tu bagitau suruh beli lebih skit sbb beras akan naik harga. Aku cuma beli 10kg. Aku yakin dgn kata2 TPM bahawa harga beras tak kan naik.

Tapi, citt podahh. beras naik harga jugak. banyak pulak tu. So, kesimpulannya cakap orang politik memang tak boleh pakai. Kalau kawan aku lagi best, dia cakap apa yang didengar dari berita dan surat khabar semua tak boleh percaya kecuali waktu sembahyang dan keputusan nombor ekor.

So, aku pon percaya la cakap kawan ni. Sebab aku percaya? Ahli politik 'N' cakap beras x naik harga, harga naik jugak. Presiden 'C' kata semua syarat diberi pada gomen diterima. namun 'PL' kata presiden 'C' tersalah tafsir.

Kesimpulan dia sekarang, apa2pon polisi atau kata2 kerajaan aku payah nak percaya. Aku redha kalau keadilan mengambilalih kerajaan. Cuma nasihat kepada DSAI, jangan lacurkan orang melayu mcm UMNO buat. Cium keris sendiri pon kena mintak maaf dgn org bukan melayu. Org cina hina Raja2 Melayu pon masih x bersuara.

7 comments:

Lily.Lulu. said...

betol tuh bang .. skang nasi lemak kebanyakan tempat sumenya RM1.20

kuih2 pun samo laa jugak
naik hargaaaaaaaaaaa

izman said...

lily.lulu,
ape x betul pulak. yg marah tu sbb harga brg naik, tp gaji payah nk naik. org HR pulak jg mangsa.

Mak Su said...

camner kita? asik terkena sajork?

izman said...

mak su,
betul tu, kita asyik terkena dan asyik mengalah.

cendawanintim said...

isk...n3 ko lucah laaaaaa...

jangan lacurkan orang melayu...hikhik..

takder la aku gurau sajork...

tapi betul apa...sumer dah naik...aku yang ske makan nih, sumer rege makanan dah naik...

tak reti nak kontrol rege ker?cam men sodap letak sajork...

ko tunggu la bulan pose nanti...lagik banyak kena guna duit beli makanan...godaan makanan masa lapo kan, sumer nak beli...huhuhu

PuteriSatu said...

tulla...tadi kan aku beli kuih sebiji dah 50 posen...mak aih...segala mala naik...gaji ciput! bonus tak dak! selama nak dekat 12 tahun aku keje ngan gov...tak pernah aku tak dapat bonus tau..tapi sekarang..semua tu cuma kenangan yang manis untuk dikenang..sob..sob..sob...

izman said...

cendawanintim,
ko ni asyik2 kt aku lucah. Tau la projek mega dh start.

puterisatu,
kesian org gomen. tp benefit lain byk kan... sabarlah sabariah!