Friday, May 29, 2009

Keselamatan Ditempat Kerja

tadi ambik luqman dari sekolah, dan untuk 2 minggu akan datang sekolah bercuti. tak perlulah aku anto dan ambik luqman. bulehlah aku masuk lewat sikit. kalau luqman sekolah jam 8am, teruslah aku kena gi kerja. dah luqman cuti, lewatlah aku masuk nanti. sini masuk kerja ada hierarki, worker dan supervisor kena masuk on time. lewat even seminit aku akan pastikan gaji mereka dipotong untuk lateness. worse case, kena inquiry la....

executives buleh masuk before 830am. dan satu level lagi sebelum 930am. aku?? aku biasanya masuk sebelum jam 9am. masuk awal ni fresh sikit, bulehlah ambik masa pusing2 production cari kesalahan orang (he.3x). yg gatai2 tak mau pakai uniform dan safety shoe memang buta2 kena lecture la. worse case, memang aku halau balik je. teruk?

takdelah, itulah hidup. kalau berlembut dan biarkan ada pekerja bekerja tanpa safety shoe misalnya, kalau ada kemalangan ditempat kerja camner? HR memang buleh jawab, tapi siapa yg tanggung? sendiri tanggung la.... dah jadi, dah hilang jari, hilang kaki, atau hilang nyawa siapa susah? sendiri mau ingat la kawan.

cerita pasal kemalangan ditempat kerja, selama hampir sepuluh tahun aku kerja, dah bermacam kemalangan industri aku tengok. kes mati tu tak pernah lagi la.. kes kematian pekerja akibat kemalangan jalan raya tu biasa la...

dalam kes2 kemalangan industri, biasanya kes melibatkan kecuaian pekerja itu sendiri. ada yg sengaja ubahsuai mesin, ada tak ikut spec kerja, ada yg enggan pakai PPE (personal protective equipment), ada yg bergurau senda masa kerja, dan ada yg buat overload kerja utk cepat dan nak rehat cepat. bagaimanapun, aku setuju bahawa ada kemalangan yg tidak disengajakan (dan ada kes mencederakan diri sendiri untuk tuntutan palsu insurans dan socso). kes cederakan diri sendiri susah nak dibuktikan sebab akal normal kita dah rasa seriau bila bayangkan jari remuk atau putus. tapi aku secara peribadi percaya memang ada manusia sanggup mencederakan diri untuk wang.

dlm menghadapi kemalangan industri, ramai tersalah anggap ia tugas HR. sebenarnya ia tugas semua. tindakan awal dapat menyelamatkan anggota dan nyawa. HR bukan sentiasa ada ditempat kerja, apatah lagi kalau HR yg cuma kerja office hours dan production jalan 24 hours. dulu kat syarikat lama dan syarikat sekarang, itulah persepsinya. ada accident, panggil HR. HR tau buat pertolongan cemas, HR kena hantar gi klinik/hospital, HR kena bagitau keluarga mangsa.

HR memang expert (sambil angkat diri naik atas meja)tapi nyawa penting. kelewatan buleh membezakan hidup dan mati. apa aku buat? aku train workers tentang fire fighting, pertolongan cemas, evacuation, cpr, balutan dan sebagainya. aku uruskan jurulatih bertauliah datang train mereka. di campany baru ni, kami usahakan ada safety officer. kami hantar dia pergi training, duduk exam, dan alhamdulillah! kami dah ada certified safety officer. siapa lagi kalau bukan kawan aku, saiful nizam (kena belanja aku sebab puji ko).

kes banyak aku handle, tapi aku cerita yg best2 je (accident best tengkorak kamu!). masa aku kerja company sebelum sekarang, dah nak balik dah dalam jam 550pm. tiba2 telefon aku berbunyi.

"telefon, telefon berbunyi..... ada pekerja dalam kesusahan" (ingat wonderpets lak).

ada accident kat receiving store. pekerja 'xyz' patah kaki. sepantas wonderpets aku ke tempat kejadian. nasib baik ada 2 org pegawai dah handle keadaan, dan dua2 agak expert dlm first aider. kotak2 parts yg menimpa mangsa dah dialihkan. tiba2 aku terperasan mereka nak pakai tape utk ampu kaki yg patah. aku tegah kerana byk option lain dan berlambak kain anduh dan bandage. masa aku pegang kaki, ia terkulai. confirmed tulang keting kaki patah dua ni, tapi mujur tak terserpih keluar tulang. Alhamdulillah, kami berganding tenaga memberi rawatan kecemasan. lagi sedih sebab mangsa yg berketurunan cina ni bisu.

bila dah terkawal, cam biasa kereta aku (masa tu pakai kancil) digunakan sebagai ambulans (ambulans tengkorak kamu!). aku arahkan 2 org pekerja ikut aku pegang mangsa utk elak lagi kecederaan teruk. skill pemanduan ambulans tu dan ada cuma aku belum beli siren dan lampu kecemasan ambulans je (he.3x). sian aku tengok dia mengerang kesakitan. air mata meleleh menahan sakit, tapi suara tak keluarpun (dia bisulah!).

dalam doq memecut dalam mode kecemasan tu, sesekali aku membuat isyarat tangan suruh dia cool down, kalau isyarat cool rhino, kang berbau badak air pulak dalam kereta aku. cuma yg aku hangin dengan mangsa ialah dia sempat ambik patung spiderman aku buat alas kaki. kalau ikut hati mau je aku karate kaki satu lagi biar patah sebab berani dia alas kaki busuk dia dengan spiderman kesayangan aku. mahal giler spiderman tu, bini aku nak pegang pun kena sound. tapi sifat kemanusiaan aku lebih tebal berbanding sifat kebinatangan, aku redha je sambil menyumpah seranah dalam hati. bukan sumpah si mangsa, tapi sumpah si spiderman tu.

sampai dihospital, aku berlari memberitahu petugas dan membawa mangsa ke bilik kecemasan. biasalah orang dah lama kerja kat bilik kecemasan langsung tak cemas. buat derk je. sorang attend dia, tanya soalan. aku jawab bagi pihak dia kerana dia bisu. dan aku maklumkan dia bisu. dtg petugas kedua, tanya menda yg sama, aku jwb, dtg ketiga, tanya menda yg sama. bila yg keempat tanya aku dah hangin satu badan. aku cakap "tuan MA (medical assistant), tuan org keempat dah tanya menda2 ni. tak kan nak suruh dia jawab lagi. kan dalam borang ada tulis. saya siap tulis dia bisu, memang dia tak boleh cakap. merah padam si MA. sepanjang rawatan aku berada disebelahnya, bila procedures dibuat dan dia kesakitan, aku hulurkan lengan aku untuk dia genggam. sakit wooo... lagi sakit dia, lagi kuat dia gengam tangan aku.

susahnya kerja HR? itu pada aku small peanut. yg paling payah ialah nak beritahu keluarga mangsa. boss aku dulu suka sangat beri kerja2 memaklumkan keluarga mangsa pada aku. mentang2lah aku kuli, aku je kena. tapi bagusnya, aku kena pandai mengawal suara, dan suasana. kes patah ni, keluarga dia menerima dengan tenang dan datang ke hospital segera. lagi dramatik bapa si mangsa aku bawak tu kena tempeleng oleh ayahnya depan aku dan para petugas bilik kecemasan. terpaksalah aku sabarkan si ayah. kang lagi patah riuh la....

kes memaklumkan kemalangan industri yg syahdu sikit pada aku ialah bila kejadian pekerja putus jari. habis satu jari dia terputus kena mesin kerana secara tak sengaja dia menekan butang dan dalam masa sama dia menunduk mengambil barang peribadinya yg jatuh dilantai, sambil tangan satu lagi memegang mesin kerja. mujurlah cuma satu jari, mesin tu sangat kuat. silap2 habis satu tangan putus. masa call suaminya, memang sayu dan sedih, terkejut. suasana jadi terputus ibarat malaikat lalu. telefon bertukar tangan kepada si anak, dia marah2 aku dengan alasan aku main2. bila aku cakap ia benar, ia salahkan syarikat. aku terus berdiplomasi dan akhirnya mereka tenang dan datang ke hospital. tengok si suami cam gorila je badannya aku takut gak dia bagi penumbuk kat aku, tapi dia rasional. aku hulur tangan kenalkan diri, dia sambut dan berborak baik. syukurlah dia faham bukan aku yg potong jari isteri dia.



IZZI ADVERTIZING---------------------------------------

16 comments:

haruan tasek said...

susahnya kerja ko ya. tak ada ke training dummy untuk kes2 kecemasan? kami panggil training inbush bg menguji tahap kecekapan anggota keselamatan dan tugas tanggungjawab org yg berdekatan untuk bertindak awal.

KTS said...

salute.. salute beb..

ada tak awek yg kerja HR cam ko ni?/
klu ada lagi la aku salute..

Shitsurei Shimashita said...

best kerja HR nie tapi mata yg memandang dan memerhati kita amat tinggi. Tunggu point jer nak belasah kita.

aza ni said...

kecuaian kelalaian punca utama kemalangan.1 dari 10 kes,disebabkan kejadian yang tidak dijangka,yang lain memang boleh elak.Selalu pesan kat contraktor jangan jadi superhero.

Anonymous said...

safety 1st..

Kapten Luffy said...

semua kos tu

huhuhu

INTAN said...

tingat masa keje prod. dulu..ada kemalangan industri ni...top plate mesin yg ber tan2 jatuh hempap tangan 2 pekerja..sorang laki, sorang pempuan...


ilang jari....daku menyaksikan peristiwa ni..perh...ngeri!

izman said...

haruan tasek,
utk cpr dan first aid ada dummy. tapi kalau ikut aku cpr baik pakai orang, utk aku kena yg cantik2 dan bujang la... (main2 yer!)

izman said...

ku tak sempurna,
ada. akupun salute kat HR pompuan yg lebih banyak field work dari office work. iron lady tu.

izman said...

Shitsurei shimashita,
ko HR gak ye. bagussss!

cuma jgn tinggi diri, teruk kena belasah bila buat mistake.

izman said...

azani,
betul tu bang. kecuaian boleh membunuh, just ikut procedure kerja selamat.

izman said...

asis,
betul tu. safety 1st.

izman said...

monkey d luffy,
betul, semua kos. kos nyawa lagi mahal.

izman said...

intan,
ngerinya. aku yakin ko tak fobia sebab ko masih mampu bercerita. ada dikalangan pekerja yg menyaksikan accident yg fobia dan berhenti kerja.

Unknown said...

dulu aku penah keje kilang... buat tong gas... ada kawan aku sengaja hulur jari dlm mesin, nak clim insuran... tapi dia salah pilih jari kot... dia buh jari keliling... dpt sikit je la.... hahaha

izman said...

shifu67,
ish.3x... beraninya mamat tu.