Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu

Hari ni cam biasalah cuti. bagi orang merayakan hari wesak, diorang seronoklah raya. bagi aku, just buat kerja yg patut dan layan2 anak2. "layan anak2 je" itulah yang biasa isteri aku cakap bila hari cuti aku lebih tumpukan pada anak2. bukan tak sayang isteri, tapi 5 hari yg sehariannya dipejabat membelek kerja, hari cuti ni layanlah anak2. ibunya tidak terpinggir, tapi kalau nak belek terperinci tu, tunggulah malam sikit atau masa anak2 dah tidur.

pada aku sambutan hari ibu esok (10/05/09) macam biasa je. apatah lagi ibu aku yang aku gelar mami,dah menyambut panggilan ilahi sejak aku berusia 8 tahun lagi. mami pergi masa aku masih terkapai2 mengharap kasih sayang seorang ibu. aku masih ingat rupa mami, ianya masih terpahat dalam memori aku sampai kini. walaupun selepas itu papa aku berkahwin lagi dan aku ada ibu tiri, tapi ianya tak mampu mengganti tempat mami. pada aku, sebaik2 ibu tiripun, ia tidak mungkin mengganti tempat mami dihati aku; dunia dan akhirat.

aku ingat lagi, tak kala papa aku meradang pada aku akibat kenakalan aku, mami selalu menjadi galang ganti pada hukuman papa. mami selalu melindungi badan aku dari kesakitan papa aku yang akan merotanku. kalau aku malas ke sekolah kerana kesejukan air kolah, mami akan masakkan air panas dan menyediakan air suam buat mandianku. dikala aku malas jugak ke sekolah, mami akan memujukku dengan lemah lembut, memberiku duit extra buat belanjaku dan memimpinku ke sekolah yg jaraknya cuma 100 meter dari rumah kami. dikala malam, aku takut tidur keseorangan, mami akan mendodoikan aku sambil memeluk tubuhku.

aku juga masih ingat semasa gigiku sakit, aku sukar hendak tidur. mami menemakna aku sambil menuam pipiku yang bengkak dan aku yakin mami tidak tidur sepicingpun sampai pagi. kemudian, mami jualah yang memimpinku ke klinik untuk mencabut gigi aku yang rosak. jangan tanya apa terjadi di klinik kerana banyak perkakas bertaburan kerana amukan aku yang ketakutan. aku yakin sebagai ibu mami malu dengan perangai aku, tapi sebagai ibu mami terus-terusan meminta maaf atau kekasaran aku. mami terus-terusan memujuk aku hingga aku tenang untuk dicabut gigi. mami juga akan memasakkan nasi bubur untuk aku yg kehilangan gigi itu. huh! tak habis2 aku susahkan mami, tapi aku yakin mami melakukan semuanya dengan ikhlas.

namun, Allah lebih sayangkan mami. masa usia aku menjangkau 8 tahun, mami meninggal dunia. sebelumnya mami sering sakit2, dan jenuh papa membawanya berubat di klinik dan cara kampung. akhirnya mami meninggal dunia di hospital mentakab, pahang. papa dan datuk kemudiannya membawa jenazah mami balik. aku masih ingat, aku memangis tidak henti2 bila diberitahu mami sudah meninggal, dan aku menunggu jenazah mami dibawa pulang. semasa jenazah mami tiba, aku terus meluru ke kereta dan memeluk mami yang masa itu dikendung oleh makcik dan nenek aku di bahagian belakang kereta. aku meraung semahu-mahunya.

jenazah mami dibawa ke rumah datuk yg tak jauh dari rumah papa aku kerana lebih selesa orang menziarah. maklumlah masa itu rumah papa adalah rumah kedai yang penuh dengan barang runcit. ruang tamu dan bilik2 pula dibahagian loteng (tingkat atas). aku terus-terusan di tepi jenazah mami, tidak berganjak. aku tidak peduli siapa yang datang. aku tahu selepas dari ini aku tak mungkin dapat melihat dan memeluk mami lagi.

selepas mami dimandikan dan dikapankan, jenazah akhirnya akan dibawa ke kuburan. papa, aku adik beradik, dan kaum keluarga terdekat diberi peluang mencium dahi jenazah mami buat kali terakhir sebelum kain kapan diikat. aku cuba tenang dan mencium dahi mami, tapi air mata aku terus mengalir dan aku terus-terusan menangis.

jenazah dimasukkan ke usungan, dan mula dibawa keluar dari rumah datuk. buat kali terakhir, papa memimpin aku dan adik beradik aku yang lain lalu dibawah usungan yang sedang diangkat sebelum dibawa ke kuburan. orang kata anak-kecil yang kematian ibu atau bapa diminta lalu dibawah usungan jenazah ibu atau bapa mereka untuk mengelakkan mereka terus berdukacita dan akhirnya sakit akibat rindukan ibu atau bapa mereka yg sudah meninggal. aku tak tau ada kebenarankah amalan itu, tapi aku pasti kenangan aku bersama mami hingga mami meninggal, aku ingat sampai kini.

aku percaya dengan perumpamaan bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu. ibu-ibu inilah sebenarnya yang lebih banyak masa dan tenaga dihabiskan memerhati jatuh bangun kita. tumpang menangis bila kita sedih, dan turut gembira bila kita berjaya. ikhlas... aku dengki pada mereka2 yg masih punya ibu. tapi aku gembira sebab aku yakin mami tidak pernah menyimpan sakit hati atau terasa dengan kelakuanku masa aku kecil dulu. berbahagialah mereka yg mengembirakan hati-hati ibu mereka.

dikesempatan ini aku sedekahkan AL-FATIHAH buat roh mami aku. moga mami ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Insyaallah, anakanda tidak akan lupa mengirim doa setiap kali selesai solat agar mami sentiasa beroleh shafaatnya.

tidak lupa aku ucapkan "SELAMAT HARI IBU' buat isteri terchenta. terima kasih atas kasih sayang, dan melahirkan anak-anak kita. abang berdoa dan berharap agar ayang boleh menjadi ibu yang baik dan membimbing anak-anak kita menjadi manusia mukmin. abang juga berdoa agar anak-anak kita nanti akan sentiasa mendoakan ibu dan bapanya.


Kepada ibu-ibu yang membaca entri aku ni, aku juga Ucapkan "selamat Hari Ibu". kalau dulu kalian rasa ibu sering meleter itu dan ini, menegah itu dan ini; aku yakin kalian dah rasa perasaan sebagai seorang ibu walaupun anak2 kalian masih kecil barangkali. perasaan ibu tidak pernah berubah meskipun anaknya sudah berkahwin dan telah beranak pinak juga.

kepada insan2 lain yang bergelar anak muda, isteri, suami atau bapa orang, atau sesiapa sahaja; hargailah Ibu anda ketika mereka masih hidup ini. tiada gantinya ibu anda itu.

24 comments:

ckLah @xiiinam said...

al fatehah buat marhumah mami mu...



Selamat Hari Ibu buat bonda anak-anak mu.....semoga sentiasa dikasihi suami dan anak-anak...

Tijah said...

selamat hari ibu buat almarhum ibu anda & juga isteri anda...

Nur a.k.a admansyah said...

makacih...

walaupun ko dah lama takde ibu... wife tur kire ibu di hati anakX2-mu! Al-fatihah utk arwah ibu-mu Izman.

sonata anak kancil said...

hadiahkan Al-Fatihah untuk ibu yang telah pergi buat selama2nya.

sonata pun sama ....tiada ibu & bapa lagi...

salam untuk ibu kepada anak2 Izman.
- selamat hari ibu -

Faridrashidi said...

Salam,

Al-fatihah...begitulah hidup manusia..setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada penciptaNYA.

zafi said...

im proud of you bro!
Doakan selalu untuk your late mum.. :)
I miss my mum n family... always!

arsaili said...

salam..happy mother day to ur wife and Al Fatihah to ur mummy...may ALLAH bless u

Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible. ~Marion C. Garretty

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Bro,

My deepest condolence...
Dun be sad over the death,k...
Be strong and I am here to support U,k...

Anonymous said...

Sayu Kakak membaca entry Izman kali ini tapi Kakak percaya Arwahnya pasti berbangga kerana walaupun untuk kadar waktu 8 tahun sahaja, dapat mendidik seorang anak yang begitu bertanggungjawab kepada keluarganya, entry2 Izman yang terdahulu sudah cukup membuktikannya. BTW, Kakak takde bloglah Izman, kehidupan Kakak sekeluarga tak interesting sangat untuk dipenakan..

Kapten Luffy said...

selamat hr ibu

ima shhs said...

sedeyy...:((

apapun... semoga roh mami di cucuri rahmat NYA hingga sampai masanya...

Anonymous said...

iye..
nasib baik saya balik
mak xsihat

izman said...

xiiinam,
terima kasih. harap2 begitulah

izman said...

tijah,
terima kasih tijah.

izman said...

nur aka admansyah,
terima kasih. tengok kasih sayang isteri pada anak2 teringat kasih sayang ibu pada aku dulu.

izman said...

sonata anak kancil,
trima kasih.

al fatihah buat almarhum ibu dan ayah kamu juga.

izman said...

faridrashidi,
terima kasih. memang yg bernyawa pasti akan merasai mati

izman said...

zafi,
thanks buddy.

izman said...

arsaili,
thanks bro.

izman said...

tommy,
thanks bro.

izman said...

kakak,
takde blog tak pe, jenguk2 dan nasihatilah adik mu ini. kalau lapang, tulis2lah email (tak kan email tak de kot??)

izman said...

monkey d luffy,
thanks kapten.

izman said...

ima shhs,

sedih? aku lagi sedih.

thanks.

izman said...

asis,
semantara ibu kamu ada, selalu2lah jenguk dan tanya khabar.