Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu (Buat Isteri Tersayang)

semalam (10/05/09)sempena hari cuti dan hari ibu, aku bawa family jalan2. sebab dah lama tak gi putrajaya, wife ajak gi alamanda. bagus gak, boleh jumpa sepupu aku sekali. aku pergi jemput sepupu aku di rumahnya untuk makan tengahari kat alamanda.

mak aik!!! ramainya manusia. semua tempat makan jammed pack! luqman nak makan mc D, tapi penuh sesak. orang menunggupun ramai gile. so, wife ajak cuba makan kat the chicken rice shop. aku pernah makan sekali, takat bolehlah.... tapi sebab orang yg nak dibelanja yg mintak, no choice!

kat kedai nasi ayam tu pun ramai orang, terpaksa daftar giliran untuk duduk. ngam2 ada satu family blah, tiba2 ada satu keluarga yg mencilok tempat yg direserved untuk kami. aku tak cakap apa2, cuma tengok je kat captain kedai tu. nasib baik di profesional. dia pegi cakap ngan family yg duduk tu bahawa meja tu dah ditempah mengikit giliran. so, dia terpaksa tunggu giliran jugak. canteklah tu! kalau orang tu terus duduk, memang confirm aku yg blah dan sumpah aku tak kan masuk kedai diorang lagi. he.3x.

lepas makan, kami ke masjid putra untuk solat zohor. then pusing2 cari barang untuk isteri. bagi apa untuk wife aku? tak ada apa2! aku cuma bagi kasih sayang aku je.

dah nak balik, aku gi hantar sepupu aku ke rumah dia. tiba2 luqman tanya bila nak makan mc donalds? aku cakap "kan tadi dah makan?". tau apa anak aku jawab? tu makan nasi ayam, tadi ayah janji nak makan mc donalds". lah! aku jugak yg salah. lain kali pulak yer... ayah dah pokai. kang nak sampai ujung bulan, hari2 kita makan megi kari.

kat rumah, sambil2 makn buah dan pekena ais krim. aku dah kurangkan makan buffet, dan segala macam buruk lantak. tapi aku macam ketagihan makan ais krim. tiap2 minggu sejak 2 bulan lepas, aku akan tukar2 beli pelbagai ais krim dalam bekas besar tu untuk juadah keluarga. paling lama, tahanlah dua hari. semalam pekena ais krim walls vanilla.

sambil2 makan ais krim dengan roti tu, aku cakap kat anak2 suruh cium ummi dia dan ucap 'selamat hari ibu'. mereka buat. kemudian ummi dia tanya;

ummi : luqman tau ke hari ibu tu hari apa?
luqman : tau.
ummi : hari apa?
luqman : hari jadi ibu kakak husna (husna ni anak jiran kami yg berusia 6 thn. dia panggil emak dia sebagai 'ibu').
ummi : kenapa hari jadi emak kak husna pulak?
luqman : sebab kakak panggil emak dia ibu (kemudian luqman gelak besar)
ummi : (mencebik) buat la perangai macam tu, semua nak ikut perangai ayah la tu. suka main2.
ayah : la... mana ada abang cakap apa-apa.

18 comments:

ima shhs said...

eleh...eleh...eleh...

izman said...

ima shhs,
apsal? ha.3x.. tak percaya!

Iliana said...

huhuhu...windu nk balek rmh jmpe ibu ~

Jard The Great said...

hehehe... so sweet...

izman said...

iliana,
jangan takat cakap je... kotakan.

izman said...

jard the great,
tengok la siapa yg paling sweet... he.3x

secangkir madu merah said...

selamat hari ibu buat ibu sedunia dan kirimkan jugak ucapan selamat hari ibu kepada ibu luqman

Anonymous said...

selamat hari bonda jugak

Nur a.k.a admansyah said...

sebab depa x pangey mak depa itu IBU, kan? alahai... kecik ati yr wife... ko ada pujuk die tak???

Kalo anak pompuan ko dah beso sket, pandai ler die buat kad Hari Ibu. Aku dah 3-4 thn berturutX2 dpt hand-made kad taw! terharu you...

Nek Cun said...

Izman, kalau kat Alamanda tu, pergilah makan kat Bowling center tu. Cafe dia ada makanan sedap2. Nekcun paling suka mee kari dia. Nekcun sekeluarga, kalau tak makan kat Lake Kelab Putrajaya, kami pasti makan kat cafe bowl tuh!... cubalah bawa anak-anak makan kat situ, mesti depa suka kerana sambil boleh main bowling sekali...

Kapten Luffy said...

kesian mak dia

hehehe

izman said...

secangkir madu merah,
ucapan selamat hari ibu untuk kakak sama.

izman said...

asis,
banyak la kamu hari bonda, cakap je hari amma. ha.3x

izman said...

nur aka admansyah,
kad ucapan? luqman ada bagi kat ummi dia.

izman said...

nekcun,
tak pernah pulak cuba makan kat situ, nanti saya try.

izman said...

monkey d luffy,
he.3x... ko bila lak nak cari ibu untuk bakal anak2 ko?

MOLY said...

selamat hari ibu buat isteri bang izman

jaga bini baik2 yer
sayangi lah dia selalu
:)

izman said...

lily.lulu,
memang selalu sayang dan cinta bertambah hari ke hari.

kamu tu, jadilah isteri yg baik.