Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru (16/05/2009)

"kami guru malaysia, berikrar dan berjanji, akan membimbing dan mendidik, putra puteri negara kita" aku rasa itulah bait2 lagu yg akan dinyanyikan oleh para guru sekolah kita setiap kali ada sambutan hari guru. abaikan kalau lirik tu salah.

aku secara peribadi menyucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru yg pernah mengajar aku secara langsung dan secara tak langsung, secara formal atau tidak formal, yg aku sayang atau dalam golongan cikgu aku benci. benci cikgu? memang ada cikgu yg aku benci, itu fakta. cikgu kelas pertanian yg paksa kelas aku bawa baja tahi lembu ke sekolah hari2 antara cikgu paling aku benci (aku bukan kelas pertanian la wei). cikgu matematik yg suka denda aku jalan dalam longkang setiap kali ada aku buat salah, padahal orang lain takat kena denda berdiri je, aku benci. dan walaupun dah berpuluh tahun, nama2 cikgu yg aku benci ni masih terpahat dalam memori, dan sering menjadi mangsa kutukan bila group2 kami berkumpul. dan aku tau, perasaan dendam itu tidak baik.

aku setuju, susah profession guru ni, bukan semua yg cikgu buat akan disukai. tapi status guru bukan sewenang2nya menghukum. aku setuju, aku agak rebel tapi aku juga antara yg bijak (peringkat kampung aku la...)aku tak pernah benci cikgu disiplin walaupun pernah dipotong rambut dan hukuman lain, tapi cikgu yg suka 'mark' pelajar dan pilih kasih memang aku tak suka.

tapi keseluruhannya lebih ramai guru yg aku sayang dan masih ingat kebaikan mereka berbanding cikgu yg aku tak suka (aku janji akan lupakan keburukan mereka dan memaafkan keagresifan mereka dalam mengajar aku). banyak juga yg aku masih berhubung. malah ada sorang ustaz yg suka sangat tegur aku masa aku sekolah dulu dengan cukup berhemah, kini jadi biras aku. masa aku akad nikah, dialah yg ajar aku (sekali lafas je yer!).

cerita pasal cikgu ni, aku pernah ada pengalaman pendek jadi cikgu. lepas result stpm sementara tunggu panggilan "u", aku jadi guru ganti ada cikgu bersalin. sekolah rendah depan rumah papa aku je. 2 bulan kot. aku ajar subjek 'alam & manusia' darjah 6, pendidikan seni tahun 2, dan pendidikan jasmani tahun 4. jadi cikgu sekejab tu baru aku tau ingat senang ke jadi cikgu? susah wooo... apatah lagi budak belum mumayyis. ajar alam dan manusia, kacang je... ajar pendidikan jasmani? pun kacang buncis je. ajar pendidikan seni yg paling sukar. dah la budak darjah dua, bila aku bagi kertas bergambar untuk berwarna, macam2 warna yg aku dapat. contoh lukisan ayam jantan, bila mereka warna, ayam jadi warna biru, purple dan pelbagai lagi. fening wooo nak bagi markah. sekarang anak aku si luqman pun ada gak stail warna suka hati tu (rujuk entry2 lepas kalau nak tengok gambar luqman warnakan).

kebetulan masa aku jadi guru ganti tu sempatlah aku join macam2 aktiviti sekolah. akukan hyper aktif. kebetulan guru besar sekolah tu bekas cikgu aku masa sekolah rendah dulu, dan kami terus berhubungan hingga aku ke universiti. penolong kanan pula jiran papa aku, dan aku kenal dia dari kecil. jadi walaupun setakat jawatan guru ganti (dan tak terlatih)aku aktif sebagai ajk majlis2 sekolah. sukaneka, aku join sebagai pengadil. perlawanan persahabatan, aku jadi pemain bola (masa tu fit lagi). majlis maal hijrah, aku deklamasi sajak aku cipta sendiri.

dan masa hari guru, kebetulan aku masih mengajar. masa perhimpunan hari guru, aku tumpang semangkuk (dgn muka tak malu) menyertai para guru menyanyi lagi 'kami guru malaysia'. sebak beb! terasa besarnya tanggungjawab pada bangsa dan negara walaupun hari terkahir aku cuma beberapa hari selepas tu. selepas selepas ucapan, nyanyian... pengacara mengumumkan bahawa murid2 boleh menyerahkan hadiah kepada guru2 kesayangan mereka jika ada. aku yg sedar diri sebagai seorang guru ganti mula menyusup keluar dari pentas. bersama aku meyusup keluar ialah geng2 guru disiplin dan guru2 garang. dah beberapa tahun mereka disitu, dan mereka insafi diri bahawa mereka bukan golongan yg disayangi (tau tak pe!). tiba2.....

ada seorang murid panggil aku "cikgu izman", aku berpaling dan seorang anak murid darjah 6 yg comel kelihatan. dia menghulurkan bungkusan kecil hadiah. aku mengucapkan terima kasih (sambil memandang geng2 cikgu tak disayangi tu. aku bukan geng cikgu tidak disayangi tau!). keseluruhannya aku cuma dapat 2 hadiah kecil, tak silap aku set pen kilometriko dan bekas pensil. aku tidak menjurus kepada berapa harga hadiah mereka kerana ia tidak ternilai buat aku. lagipun itu sekolah kampung, dan 99% adalah anak penoreh getah.

dari kecil hingga peringkat univ, guru2lah yg banyak membantu aku untuk berjaya. aku akan ingat jasa2 mereka selalu. sebab tiada gambar sesuai nak dipublishkan (ada org komen dlm email kenapa lama aku tak siarkan gambar)aku saje siarkan gambar aku masa kat uum. ada kaitan ke? aku punya suka la ada kaitan ke tak, ini blog aku.

Ini gambar rasmi pertama aku kat uum. pakai batik lagi. tak yah pening2 carik, aku tak malas nak buat peraduan "cari izman" sebab aku yakin ramai akan cari seorang lelaki yg kulit hitam, badan gempal, muka tembam dan pakai spek. lagi cilampret aku yakin last2 majoriti padankan aku dengan geng kutty kat dlm gambar tu.


Aku rasa ni je kot gambar dengan lecturer dan semua student aku ada. ni pun ada satu persatuan apa tah ambik gambar untuk kutipan wang, kira jual gambar lah. jangan tersalah pilih yg mana aku, aku dah siap2 bulatkan gambar aku. jangan pelik, masa tu aku slim river lagi.


sekali lagi 'SELAMAT HARI GURU' kepada semua guru2 di malaysia, afrika barat, selatan mogadishu dan dimana2 anda mengajar. kepada geng2 guru yg sudi menjadi sahabat maya aku seperti cikgu jane, cikgu xiiinam, cikgu shifu67, cikgu noor, cikgu jejakalkindi (ko cikguke??), cikgu eeda damak, cikgu nurazzah8 (status pengajar jugak kot akak ni?), cikgu tommy ho, dan sape2 lagilah. kalau salah pangkat tu sori la yer. aku ni masih "budak2 baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan".

20 comments:

Ms.Lilies said...

weih..ko kolej eon thn brp? sama ngan laki aku la

izman said...

ms lilies,
start thn 1996/97. laki ko thn bile? course ape?

Ms.Lilies said...

laki aku course IT...kitorg grad september 2001...aaaaa rasa macam start 99

izman said...

ms lilies,
oic... aku grad dulu la tu. kalau laki ko eon, pasti kenal kot. aku cuba renung muka dia dlm blog ko tapi tak cam. dulu dia mmg sebesar itukah (faham2lah masa bujang dan study dulu semua kurus2. he.3x)

Ms.Lilies said...

wakakaka.....dulu dia 1/4 dr gambo dalam blog aku hehehe

Sufy said...

waahh..aku rindu cekgu..muahaha..hee..insyaallah, nex wik sy g interview cekgu..x taw dpt ke x..urm, doakn ek..hik

*samat ari guru cekgu izman!!hik3

izman said...

ms lilies,
itu normal. wife aku tengok gambar aku dulu2pun dia gelak.

izman said...

sufy,
moga kamu berjaya jadi chekgu. insyaallah!

terima kasih... he.3x... 2 bulanpun ada title guru ape!

Anonymous said...

sy ingtkan sy yg tslap tarikh..
selamat hari guru..

ima shhs said...

cikgu izman selamat hari guru...hik hiks hikss...

julietchun said...

bleh plak ko ngan ms.lilies tu bertembung kat blog nih. satu je aku nak pesan, abaikan bentuk fizikal dulo2 dan sekarang,kekekekek.

Mak Su said...

cikgu pertanian aku selalu tanya, pisang kamu bila nak besar? rupa-rupanya anak pisang yang ku tanam sudah mati bantut... huhuhuhu

Kapten Luffy said...

ko tak bawak rotan ker? hahah

izman said...

asis,
16 mei mmg hari guru. selamatkan guru kita

izman said...

ima shhs,
sepatutnya ko cakap ' selamat hari guru sementara' ha.3x

izman said...

julietchun,
fizikal mmg berubah abis la yer... ko pun byk perubahan ke? ha.3x..

izman said...

maksu,
pokok pisang tu tanam bahagian atas saje ke supaya senang berbuah. ha.3x

izman said...

monkey d luffy,
aku cikgu baik la.... lagi satu , majoriti student kat situ kenal aku sbb memang kampung aku ape. kang aku rotan, tak syiok pulak... cikgu ganti je aku masa tu.

arsaili said...

salam yea sama2 kita meraikan hari guru...jasa mereka tetap dikenang..krn tanpa mereka sapa la kita

izman said...

arsaili,
betul tu. kerana jasa merekalah kita berjaya sekarang.