Wednesday, May 27, 2009

"Pork Free" or "Pork is Free" Restaurant

apa nak dikatakan tentang kerja aku, kadang2 bizi, dan kadang2 agak tenang. kalau banyak sangat kerja, nak ilangkan sakit kepala, aku suka pegi makan. ye makan! pada aku makan adalah satu terapi, walaupun ada kata ia terapi membunuh dan manambah lemak, aku tak kisah.

lagi best di port klang memang syorga donia untuk kaki2 makan macam aku. nak makan seafood? nak western? nak tradisi? nak vegetarian? semua ada di port klang. dari se'ekslusif' di yatch club, sehinggalah makan kat tepi jalan, semua ada keistimewaan masing2. terpulang pada selera dan ketebalan poket masing2.

cuma hati2 kat port klang makan kat restoren cina sebab kandungan makanan ada yg meragukan. memang rata2 tak de babi atau dikenali sebagai restoran "Pork Free".

aku dulu jenis manusia serakah juga pasal makan, semua aku nak cuba, terutama melibatkan makanan untuk upacara rasmi syarikat. dah syarikat cin nun, memang la pilih makan kat kedai orang dia, rata2 "pork free' dan ada juga yg halal (siapa beri status halal ni?)

suatu masa tu (kira2 4-5 tahun lepas ler) semasa merayakan dapat ISO 14001, semua main committee dan big2 boss belanja makan kat satu restoran cin nun yg hebat di port klang. geng melayu ada la 6-7 org termasuk yg dah bergelar haji. kami makan 2 seperate table, malas nak join big boss, aku join geng meja satu lagi.

lepas satu, satu hidangan sampai, sebab pork free restaurant, dan boss2 melayu makan; aku makan. banyak hidangan woo... maklumlah dapat ISO 14001. tiba2 satu manager cina yg duduk depan aku tanya aku yg sedang doq asyik makan.

manager cina : izman, you tau tak kenapa ini restaurant nama "pork Free"?
pegawai melayu : tau! dia tak ada masak itu 'pork' la.
manager cina : salah! dia tulis 'pork free' sebab kalau you order makanan, you kena bayar, tapi kalau you order 'pork' dia kasi free. Pork is Free Maaa....
pegawai melayu : (terhambur keluar makanan dari bulut dan menahan dengan tangan. ke bilik air membuang sisa makanan dalam mulut. dan terus berhenti makan)

beberapa manager lain memujuk aku dengan berkata manager itu just joke, dan manager tu pon kata joke. tapi aku dah tak sanggup makan lagi.

28 comments:

haruan tasek said...

berhati-hati makan semasa di gerai cina. pork free... bagi free klu nak makan... ha..ha.. bg yg muslim makanlah di gerai muslim.

Unknown said...

free ke dak ke... tapi menatang yg nama babi tu memang dah banyak menyusahkan orang.... entah apa laaa sebab yg diorang keturunan tu nak makan sangat menatang tu, padahal dah satu dunia bising dengan penyakit yg asal dari binatang tu

arsaili said...

salam...kijam nyer dia org ni...isk2...tu la kena hati2 bila makan ni..definisi halal bagi dia org kalau tade pork jer halal...ayam, lembu tak bersembelih pun tak halal...

sonata anak kancil said...

lalu depan kedai depa semacam je baunya!

Anonymous said...

adeih...tersembur..

Kapten Luffy said...

hahahah

hilang selera

errr... nak pindah klang ler... syurga makanan kat sana

Tirana said...

Saya tak berani nak masuk makan di restoren china...biarpun dia tulis "halal" tapi kadang-kadang kedai makan melayu pun tak bersih juga..

ima shhs said...

budush tul lah...

izman, len kali ko toksah masuk lah kedai cin nun mana2 pun ekk...

izman said...

haruan tasek,
betul tu.. kena hati2 even kat kedai mamak.

izman said...

shifu67,
betul tu bang, menantang tu asyik2 bawa penyakit je, tapi ramai gak yg pulun makan. ish.3x.

izman said...

arsaili,
setuju, restoran melayu pun banyak lagi pilihan. ayampun ramai bagitau jenis cucuk bontot je, tak sembelih.

izman said...

sonata anak kancil,
aku kalau bau tu memang tak tahan; tak muntah.

izman said...

asis,
sensitif tau pasal BABI ni. HARAM!

izman said...

monkey d luffy,
jom doq klang. tapi aku confirm kalau ko doq sini, lagi orang salah anggap ko orang india. ha.3x....

izman said...

tirana,
itulah sebaiknya. cari yg sah HALALnya sahaja. wife aku, restoran mamak kalau takde ayat quran, atau pekerja dia pakai nandek, confirm dia tak masuk makan. aku je ketegaq!

izman said...

ima shhs,
aku cuba, masalahnya kat malaysia ni, kedai cina dan kedai melayu sudah dah nak bezakan.

KTS said...

blueeeekkkk...

eeeeeee.... klu buat lawak pun, dah tentu2 aku tak lalu nak mkn...

cik selamah kundang said...

kalo aku pun sembur terus.tulah.kena betul2 berhati2 skrang

Mak Su said...

hahahaha! siut jer jokes dia. kalau aku pun, belasah gelak sampai keras2 perut

ibu amoi & raid said...

pasni suh bini aje masak...halal di jamin

julietchun said...

nampak jer tulisan cina kat signboard restoran tu aku terus lari jauh2,tersekat selera walaupun ada tanda halal.

- G O R O - said...

Salam bro;

Halal itu maksudnya suci.

Bila mana sesorang tak mandi wajib, xsuci kan? simple jer konsep dia.

izman said...

ku tak sempurna,
gurau camtu kat kampung aku gelarkan gurau bewok (gurau biawak@ gurau kasar).

izman said...

mo0ney,
patutnya aku sembur manager tu la yer.... kenapa aku tak terfikir. may be sebab aku orang baik2 ye tak?

izman said...

mak su,
lawak hampes tu, patutnya belasah orang tu. tak pasal2 kena makan sekali lagi kat rumah.

izman said...

nur alisya,
semestinya. masakan isteri dirumah mmg trjamin halal, sedap dan penuh kasih sayang.

izman said...

juliechun,
baguslah camtu. tapi bab makanan lain yg diorang buat camner agaknya? akupun takleh jawab soalan tu...

izman said...

-goro-
setuju dgn ko. kena pilih yg suci dan HALAL sahaja.