Tuesday, May 26, 2009

Pak Mat Cafe & Catering, Port Klang

Lama tak buat entry makan, bukan tak ada pergi makan tapi malas nak snap gambar dan upload. digital camera akupun buat hal, terpat masukkan bateri patah masa aku gi zoo negara hari tu. sekarang nak pakai camera slr dah malas, paling2 rajin ambik pakai henpon cap ayam aku jer. malam semalam (25/05/09) aku saje belanja 3 org member seopis makan chicken chop kat port klang. tempat ni kali pertama kami pegi, direkomen oleh kawan seopis aku, si saiful.



kedai ni betul tepi simpang 4 tengah2 bandar koboi port klang. bersebelahan kfc. parking memang hell, so kena pandai2 cariklah. si ila tu aku yakin biasa makan sini, tapi kalau belanja aku mesti kedai mamak tokong dengan langkasuka je. semua 4 org yg pegi pilih chicken chop black pepper. ni lah rupanya...



overall chic chop dia boleh tahan. pada aku kueng sikitlah sebab black pepper dia tak pedas, dan macam dicampur tepung kanji atau tepung jagung supaya lebih banyak dan pekat. 2 hirisan epal tu buatkan kelainan. kentang goreng dia agak lembik. sayur dan mayonis bolehlah..... macam awal aku bagitau, overall boleh tahan, padanlah dengan harganya rm6.00 nett sepinggan. kalau nak berjimat di jaman enokomi meleset ni tapi masih berselera makan chicken chop, meh la makan sini.

Maklumat dikemaskini 04/03/2014 : 

RESTORAN/WARUNG INI TELAH DITUTUP / 

TIDAK BEROPERASI. 

20 comments:

Kapten Luffy said...

kira murah ler tu 6 hengget

dan aku suka kentang yang lembik

haha

izman said...

monkey d luffy,
ko ni suka yg lembik2 je... jgn ko yg lembik dah le.

arsaili said...

salam...bila nak belanja sy makan yg sedap2 lagi ahahaa..

haruan tasek said...

hu..hu.. chiken chop murah... macam mana ada epal kat situ, 2 hiris lak tu... timun habis kot... tak pun timun mahal dari epal.. epal biasa 8 biji 5 hinggit.

sonata anak kancil said...

kalau resepi macam tu kira murah la...biasa mana dapat macam tu!

Abang Long said...

Bila nak ajak - ajak ayam dengan Abang long ?

Izman, jom pergi piknik dengan ILA ?

Anonymous said...

xleh tengok makanan..
sedapnye...

ima shhs said...

waaaaa...... nak makan chickn cop...huhuhu

julietchun said...

mana nak rega camtu skang ni. kira buleh makan ok lah tu.

eim said...

wah murahlah tu..
sedapnya

Jard The Great said...

adehh... aku lapar...

izman said...

arsaili,
balik malaysia dulu la. itu no hal, kita pekena char kuey teow pulak. he.3x

izman said...

haruan tasek,
saje buat kelainan la tu kot. penarik pelanggan.

izman said...

sonata anak kancil,
murah sebab kedai takde aircond, tiada pelayan gedik, dan di pekan kecik port klang. okaylah!

izman said...

abanglong,
bukan tak nak ajak banglong makan, tapi abglong setiap kali keluar dgn saya asyik2 mintak air kosong je. saya sorang je makan.

piknik? mmg nak cuma masa saya hingga pertengahan july agak sibuk. fully booked. nanti saya uruskan dgn ila.

izman said...

asis,
bolehlah..... tak setanding tempat exsklusif la..

izman said...

julietchun,
pada aku ok2 je, tapi kawan 2 latu yg joint tu jadik hantu chicken chop situ je lepas tu.

izman said...

iem,
alhamdulillah. berbaloilah dengan harga murah

izman said...

jard the great,
nanti aku belanja ko makan.

izman said...

ima shhs,
meh la rasa. boleh tahan sedap la... dah rege murah.