Wednesday, May 6, 2009

Nasi Rumput??

Semalam (05/05/09), agak sibuk. balik kerja jumpa kawan jab minum2. pastu balik rumah, dan keluar jab jumpa abang long (http://novelman.blogspot.com). biasalah start nak jadi ahli kelab peminat novel alaf 21 fc ni, kenalah selalu berdampingan dengan presiden. untung2 boleh rampas kuasa, HA.3X. Opsss! silap pulak, boleh dalami ilmu2 dan dapatkan novel2 bermutu. macam aku biasanya beli ikut gerak hati je. ada dapat yg best, kadang2 dapat yang ala2 boleh je.. berkawan dengan otai ni, dapatlah tips2 dan untung2 dapat buku percuma atau diskaun hebat ke..... kuang.3x. tapi sayang, dalam bekali2 jumpa abang long, beliau cuma takat minum air suam je. biasanya aku sorang je melantak dengan selera.

lepas jumpa abang long, seperti dijanjikan dengan wife dan anak2, kami ke pasar malam andalas. ini adalah pasar malam terbesar yg terletak tidak jauh dari kediaman aku. aku cam biasa, pasar2 malam ni memang aku tak suka, tapi mengenangkan wife dah merengek nak makan nasi kerabu. dan di pasar malam andalas khabarnya ada, aku ikutkan. cuma ada 2 gerai jual nasi kerabu. satu gerai tu, tengok je dah hilang selera. warna nasi kerabu memang lah biru, tapi arna biru dakwat pen. ulam-ulaman dia memang jenis potong pakai kaki, budu dah terus dicampur awal menyebabkan nasi menjadi kembang sebesar ulat beluncas. sambal kerabu dia nampak sangat kelapa digoreng ala kadar, dan buat kerja tak semenggah. tokey kedai pulak bukan orang kelate, tah slang mane tah. konon2 macam cakap kelate, tapi bunyi macam bahasa tagalog filifino je. Failed!

nasib baik satu lagi gerai ok. nasi kerabu dia, nak baru dia isi dalam bekas. nasi dia warna biru yg menggunakan bunga asal buat nasi kerabu, bukan guna dakwat pen biru. ulam complete dengan kacang, bunga kantan dan lain2. dan kerabu dia ok. budu dia jenis budu yg dah dimasak. dah makan..... memang sedap. tapi confirm makcik aku masak 32 kali lebih sedap berbanding nasi kerabu gerai ni. kat gerai tu kami beli 2 bungkus nasi kerabu, dan sebungkus laksam. berselera anak2 makan laksam, rugi tak beli lebih sebab kuah dia sedap. nasi kerabu anak2 aku tak makan, luqman siap cakap dia tak makan nasi rumput. itu bukan rumput la sayang, itu ulam-ulaman. kamu ingat ayah kamu ni lembu, makan rumput campur dengan nasi? ni lah jadi kalau didik anak2 moden sangat. yg mereka kenal: kfc, pizza hut, mc donalds,burger...... nasi kerabu, nasi dagang semua tak kenal dan tak makan. kalau nasi ambeng yg makcik ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com) buat lagilah tak kenal.

alhamdulillah, selepas misi mencari nasi kerabu selesai kami pun balik. beli barang2 lain? tak de. aku cuma beli keropok lekor dua hengget. wife cuma beli buah honey dew 2 biji, epal dalam 10 biji, buah mangga siam (pauh) sikit, anggur sikit. anak2 cuma nak stikers tampal2, dan sedikit jajan dan air minuman. err... wife ada beli batang keladi nak buat gulai batang keladi masak tempoyak. apa lagi wife aku ambik ye... akupun tak pasti, aku cuma kena dokong pika dan pegang luqman takut hilang. pastu pegang barangan dibeli. aku cuma kena bawak je, duit wife dah awal2 dah mintak lima puloh hengget.

dah cukup pasal makan. pasal kerja?? macam biasa2 je. oh ya... petang semalam ada peristiwa confused. bukan crita sahabat aku theconfused (http://mywholelifeonearth.blogspot.com), atau aku yg confused, tapi seorang pegawai baru masuk yg confused. begini kisahnya.....

pegawai pompuan baru : en. izman, can I see my application form?
pegawai lelaki lama : why? (suara sedikit tinggi,saje nak tunjuk ada power rangers)
pegawai pompuan baru : er... my boss said i'm married, but I'm single.
pegawai lelaki lama : so? is that related to your form? I don't see any need for that.
pegawai pompuan baru : saya nak tengok saya tulis status saya bujang atau berkahwin.
pegawai lelaki lama : (dengan muka garang) you're single or married? false statement in your form will cause you trouble. I can immediately terminate you!
pegawai pompuan baru : i'm single, but my boss mention to everybody that im married. he said its stated in my form.
pegawai lelaki lama : (melihat form) single!
pegawai pompuan baru : argh... lega.
pegawai lelaki lama : (tersengih dan mengeleng2 kepala)kenapa perempuan selalu macam ni ha! confused status sendiri. masing single tapi confused masih single ke dah kawin. you patut macam I, dah kawin tapi terasa masih single.
pegawai pompuan baru : (nampak lagi confused, tapi takut nak ketawa atau cakap apa2)Oklah en. izman, thanks.

nota untuk isteri tersayang :
dialog kat atas tu untuk pendidikan semata2. tande niat abang nak mengorat mana2 pompuan kat syarikat ni. ayangpun tau kan, abang ada pengalaman bercinta satu opis dulu, menyusahkan. so, abang tak mungkin bercinta dengan orang satu tempat kerja.

ayang, kenapa nak tidur bilik lain tu.... abis abang nak peluk sape malam ni????

luqman.... tidur ngan ayah ye. ayah takut tidur sorang...

waaaa.....!!!!


18 comments:

Anonymous said...

nasi rumput plak dah. haha.. tak jumpa plak yang kaler kuning ker? hehe

-eiman-

izman said...

eiman,
nassi kerabu mmg warna biru. yg kuning tu nasi ayam. ha.3x. nasi hijau???

Anonymous said...

wahaha..tu pun boleh jadi..

izman said...

asis,
macam boleh jadi.

Mak Su said...

slanga tagalog filipino? hah hah hah

julietchun said...

bukan main loyar buruk pegawai lelaki lama tu yer,kekeke.Mlm ni pun aku rasa ko tido sorang gak.

Kapten Luffy said...

kasihan...

ko kena beli teddy bear ni

Ms.Lilies said...

hehehe...anakla jadik peneman ye...haihhh...tidola sorg2 :p

pB said...

kalau kat umah , rajin gak buat nasi kerabu ni. Tapi nasi kerabu KUNING, yang ada tumis .....

Lepas tu , bakar pulak daging ....

fuyohhhh ....

Mak Su said...

izman, jawab tag ek :), tag gambar kahwin

Nek Cun said...

Izman, apasal garang semacam jer kat staff baru?... tapi memang gitulah agaknya orang HR ni yek! sbb nekcun pun selalu gak dapat komen kata nekcun ni garang , padahal nekcun punyalah senyum dan cakap lemah gemalai, tapi staff2 tetap kata nekcun ni garang!.. tak tau camna nak buat bagi nampak romantik skit heh!...

izman said...

maksu,
saya boleh kecek kelate, tapi penjual nasi kerabu tu cakap, saya tak faham.

izman said...

julietchun,
malam semalam bulehlah, malam ni malam jumaat tau. anak2 kena tidur bilik lain.

izman said...

monkey d luffy,
beli teddy bear? aku kalau takat peluk2 aje, memang aku tak gemo.

izman said...

ms. lilies,
tapi wife aku baca entry tu, dia ok je. sebab aku dah bawak gi pasar malam. taktik kena pandai!

izman said...

pB,
nasi kerabu ada daging bakar? itu feveret aku tu.

izman said...

maksu,
tag gambar kawin? err.... nanti tanya wife buleh siar ke tak.

izman said...

nekcun,
he.3x.... garang bertempat takpe. tapi lady boss pada saya lagi garang..