Sunday, May 24, 2009

Minat Gila kat Amy Mastura

Aku sangat jarang berentry baru hari ahad, tapi hari ni aku rajinkan diri. xtvt membeli brg mentah dah siap, anak2 dah dapat mainan baru dan asyik main dua beradik tu tanpa menggangu umminya yg melayan chanel tivi. hari ahad sebelah siang chanel tivi kami bagi kat ummi. siang isnin hingga sabtu, turn anak2. aku cuma layan selected channel je cam house, csi, ncis dan cerita tamil. kadang2 terfikir je nak tamatkan tivi berbayar sebab wife lebih suka layan tv9 yg banyak program keagamaan dan cerita yg dia faham iaiatu cerita indonesia. secara peribadi akupun dah tertarik hati sebab banyak pengajarannya, cerita malaysia? cam hampas! cerita hantu yg tak logik, cerita cinta yg hampes, cerita rempit yg menggalakkan kebebasan keluar masuk rumah antara bukan muhrim, cerita korporat melayu yg asyik dengki mendengki. tengok cerita pun stress, camne aku nak sokong industri filem melayu sekarang. that why aku suka layan tamil, lebih jujur. kisah kemiskinan, bunuh diri di jalan keretapi, mogok, dan sebagainya.

cerita tamil ye adik2, bukan cerita hindustan. cerita hindustan mmg dulu akupun berantu layan, dan filem terakhir aku layan ialah kabhi kushi khabi ghum (ejaan salah rasanya). dulu layan hindustan sebab heroin lawa2, boleh tengok pusat. up to one point, dan selepas satu peristiwa, aku dah tak layan cerita hisdustan langsung sampai sekarang.

cerita psl filem dan artis ni, aku teringat pagi tadi masa lepak2 baca mingguan malaysia sementara wife layan nasi lemak kopi o, oh ya, bila diorang tuka pengajara dengan format baru ye? rasanya dulu pengacaranya aziz desa, mek, dan sorang lagi tu. sekarang dah lain benor. cam tak best dah. argh... aku bukan nak cerita tu sebab aku bukan layan sgt, aku tertarik melihat kerana ada amy mastura.


Gambar ehsan http://www.amymastura.com

tertengok amy je aku terus layan terus. aku peminat amy mastura dari jaman aku belajar lagi. pernah masa belajar kat sintok dulu, aku ponteng kuliah semata2 nak jumpa amy mastura. aku ingat lagi masa tu amy mastura dalam jelajah promosi filem puteri impian. rasanya kat city plaza aloq setaq. turun je amy dari bas rombongannya, aku dan lain2 serbu, nak bersalam. ramai geng pompuan nak bersalam ngan chico, tapi aku langsung tak pandang chiko tuh. dapat lah salam. amy masa tu macam baru lepas mandi je dengan rambut basah, pakai jeans biru dan t'shirt putih, dengan bercermin mata (ada power ke spek tu amy?). pastu kami masuk dalam, dan dengar amy bersoal jawab dan kemudian menyanyi. selamat 3 kelas aku ponteng hari tu!

aku yakin ramai dari kita mmg minat artiskan? trend sekarang ramai minat artis korea pulak. sori filem korea cam winter sonata tu mmg sekali pun aku tak pernah tengok, tak minat. tapi aku setuju ramai gak lelaki yg layan crita leleh tu cam kawan baik aku si razman tu. siap beli dvd filem tu satu set. ko ni jiwang karat la man!

minat aku pada artis ni bercambah selepas aku akhil baligh lagi. masa tu akak aku suka sangat beli majalah urtv. artis pertama aku syiok ialah azie, ala penyanyi pelamin anganku musnah. dia artis pertama yg aku tulis surat (ishh.3x. malunya). cam biasalah artis akan balas dan sertakan gambar yg bertandatangan. artis lelaki berkumpulan yg aku minat dan tulis surat ialah bagio damasutra. kerana mamat nilah aku sering lompat pagar asrama keluar tengok funfair dia di jerantut (kalau korang selalu baca entry2 aku, korang mmg tau aku minat lagu2 damasutra). tapi kat mana aku simpan gambar azie dan damasutra ni aku pun dah lupa. dan mereka berdua je aku pernah anto surat.

bab2 band rock ni majoriti aku minat. search, wings, rusty blade, may, handy black, dan banyak lagilah. kalau tak salah aku, album pertama aku beli dengan duit aku sendiri ialah album handy black. yg dlm album tu ada lagu untuk natrah. since aku budak kampung dan dari keluarga yg susah, kami biasanya beli kaset dan bertukar2 kaset je. nak beli semua mmg tak mampu, dulu mana main cetak2 rompak ni. lagu aku suka beli kaset dapat poster. tampat dalam bilik, baru rock.

nak rock lagi kat sekolahpun aku & geng pakai seluat fit, saje potong kaki seluar dan sambung utk lebih rock, rambut ada jambul, pakai beg sandang ada gambar artis. kira rock abis lah.

apa korang tak percaya aku dulu rockers? percayalah......!

masa aku kerja kat apm dulu, staff2 akupun tak percaya. malah lebih teruk diorang ingat aku mat sivik atau geng baik. diorang uji aku lagu2 rock, artis rock..... kacang je aku jawab. diorang minta bukti, aku bawak gambar2 masa aku rock, terkujat mereka. azrin, zul, seha, vijaya.... jangan pandang saya sebelah mata ye. pandang sebelah mata tak nampak terang. gunakan dua2 mata. kalau tak jelas lagi, pakai spek mata.


moral of the story :
1) minat artis tak salah, jadi artis pun tak salah. yg salah jadi artis dengan niat nak kebas laki orang (kalau takde niat kebas tapi jatuh cinta, itu dimaafkan)
2)penerbit filem malaysia, tolonglah buat filem yg semenggah sikit.
3) kepada amy mastura; i'm ur big fan forever.
4) minat rock, seluar senteng, baju ganas.... tak bermakna tiada masa depan. may be boss anda sekarang dulunya lagi ganas rocknya.
5) belilah kaset, cd, dvd yg original. sokonglah industri muzik dan filem malaysia.
6) jom pakat beli album baru amy mastura "happy".

18 comments:

haruan tasek said...

cerita filem malaysia memang asyik hampir sama tema je. dah boleh jangka apa akan berlaku seterusnya.

Tijah said...

aku pun sker citer tamil. hindustan last adalah mohabbatin. lepas2 pada tu mmg tak tgk langsung. filem hantu melayu langsung x tgk...hantu dia kelakar & kejung, kalu aku jumpa aku sepak2 jer...

sonata anak kancil said...

aku lagi best, jarang tengok cite2 apa pun! bila anak bukak tengok - dah 1/2 ke 3/4 ke, aku mula lah tanya macam2, bila dah tahu...aha ending dia boleh agak!

best ke cite tamil???tak berpeluang nak tengok...dok 'gaduh' ngan hubby dia nak tengok hindustani...jd tengoklah ikut mood dia...

tepeklah gambar kenangan lama tu! hensem ya amat kot...

KV said...

mcm mana nak percaya yg ko rockers tapi minat azie dan amy mastura ni?

izman said...

haruan tasek,
tau tak pe! harap ada perubahan dimasa depan.

izman said...

tijah,
samelah kiter. crita hantu melayu, anak pompuan aku tengok ketawa mengekek dia, dia ingat cerita lawak kot.

mak ai... garangnya ko tijah!

izman said...

sonata anak kancil,
cerita tamil best o...., lagi best dari isdustan.

tepek gambar lama aku? errr....

izman said...

kv,
ko jangan tak percaya! aku rock jiwang. ha.3x....

rock dulu2 kan rock jiwang karat. dressing bruttal, tapi lagu tangkap leleh.

Kapten Luffy said...

aku pun dulu minat amy mastura

hehhe

izman said...

monkey d luffy,
satu lagi persamaan kita. baguss. cuma aku tak pakai spender pink mcm kamu. he.3x...

cendawanintim said...

asben aku pon minat kat amy mastura...pe kes ntah!

ILA said...

hmmm..sama lah tuuu!!
dari zaman sekolah.time Amy mastura rambut pendek lagi aku ada koleksi gambor2nya .Kerat kat majalah than tepek kat buku autugraf.time tu memang ler perasan diri sndiri seolah mcm Amy Mastura gak..muehehehhe!!
Dia jugak ler..yg ajor aku makan quaker oat.seriusssssss!!!
cos aku nak jadi mcm dia:D

Anonymous said...

knape si mastura????

aza ni said...

amy,suara dia sedap.

ima shhs said...

kaset pertama yg dibeli olehku adalah album pertama dari amy mastura...heheheh

arsaili said...

salam...suka amy sebab dia ni peramah dan lawak...biar benar tulis surat kat azie ahahahaha...bro ni memang 'aneh'

Nana's Little Shop said...

"Salam izman,tq for being such a great fan" message dari amy mastura

Kalau berkesempatan jangan lupa datang majlis bebuka puasa AMFC yang akan diadakan pada 29/8/09 nanti..insyaallah...maklumat lanjut sila ke www.amymastura.com

Salam,
Nana Ahmad

NUARAHMAN said...

Peh! Dapat mesej dari amy! Jelos2..

Btw aku pon peminat amy