Balik opis selepas ambik anak aku dari tadika tadi nyaris2 terperangkap dalam perarakan cina mati (aku harap ayat ni tak berbunyi kasar dan bersifat perkauman). atau aku lebih manis menyebut perarakan cina meninggal dunia? atau perarakan cina kembali kealam barzah? nak sebut perarakan cina mangkat mmg salah sebab hanya kerabat diraja sahaja boleh guna istilah mangkat. apa2pun ayat2 aku bukan perkauman ok?
dari opis aku dapat dengar dan lihat perarakan mereka yg besar. jalan jadi jammed, cuma awal2 lagi keluarga si mati dah booked eskot polis trafik barangkali sebab selain anggota rela, terdapat 2 orang anggota polis trafik. kadang2 aku terfikir kalau bab2 cam gini cepat je mereka ada, masa aku hell jammed kat port klang hari tu 2-3 kali aku call minta diorang datang, haram tak datang!
dalam hidup aku, banyak jugak pengalaman aku dengan kematian masyarakat cina ni. rumah papa aku dikampung pun kurang 100 meter dengan petempatan orang2 cina bukit (mereka duduk diatas bukit yg katanya dulu petempatan kampung baru elak mereka support komunis. untuk pengetahuan am, kampung aku cuma diistiharkan bebas 100% komunis pada tahun 1986).
dari aku kecik, dah terbiasa dengar gendang cina mati yg biasanya berkumandang dari org tu mati sampailah ditanam beberapa hari kemudiannya. tengok cina mati yg diawet dalam keranda tu dah biasa dah. masa aku kecik2 rata si mati akan pakai baju dan kasut kongfu je. masa beredar, dan si mati mula pakai kot dan tie serta kasut kilat. itu kepercayaan diorang, aku tak mau komen. sebab majoriti kami kenal mengenal, pernah jugak aku cuba pukul gendang cina mati tu masa geng2 kawan cina aku yg mainkan. teruk aku kena gelak sebab langsung tak kena tune gendang, nasib baik simati tak bangun sebab terkejut. lagi syiok masa kecik2 bila keluarga simati letak buah2 seperti limau atau kubur, ramailah geng2 aku yg pakat curi makan limau cina mati. aku??? he.3x....
masa kerja di emporium hock kee seng kuala teganu, kebetulan salah satu tokey emporium tu mati. masa tu aku kerja bahagian store. gaji kami dipotong untuk derma iklan surat khabar dan dimasukkan dlm surat khabar cina. aku ada simpan dulu keratan tu sebab nama geng2 melayu semua diorang tulis melayulah, yg cina tulisan cina. tah mana ilang akhbar tu. hari terakhir sebelum mendiang di kebumikan, pekerja2 emporium diberi cuti dan diarah sertai perarakan cina mati. aku tak sertai sebab aku kena jaga stok makanan dan minuman untuk tetamu kat kampung cina (kg tiung). ramai orang2 politik dan org2 besar di teganu datang beri penghormatan pada mendiang. aku masa tu dengan baju emporium warna kuning dan seluar jeans lusuh duduk belakang lori supplykan air kotak, kacang, dan lain2 pada petugas dan tetamu disitu. dua hari turut2 aku jaga makanan, malam sampai 11pm tu. aku tak takut dan tak kisahpun. manager store yg juga anak kepada si mati baik dgn aku dari hari pertama aku kerja. malah, sebelum aku balik dia suruh aku ambik je berapa banyak makanan dan minuman yg belum abis tu. balik rumah sewa ku kat jalan banggol pun supervisor store aku yg hantar. kembung perut aku setiap detik makan kacang dan minum air kotak. stok sebulan tu! duit poket ko takyah ceritalah, lebat!
26 comments:
umah mak pun area cina gak...dong dong cheng dia slalu gak aku dgr...tp tak paham apesal org2 tua suh tutup pusat tiap kali perarakan ni ada
akupun selalu curi limau dan epal kat tokong cina masa kecil
orang cina serba serbi grand, nak kahwin grand satu table sampai 2,000, nak mati pun grand, satu kubur sampai 2-3 ratus ribu,kat johor ni ada satu jerat cina yang begitu di kawasan Kulai,Nirwana memorial.Siap ada porch lagi kuburnya, lagi tinggi lagi mahal.
kau ni..kalau ISU tu kecik..pandai pulak di LEBAR2KAN.mulalah..FLASH BACK alkesah dulu2.
amboiiiii!!pndai bercerita!!
tapi kalau mghadap kita berat mulut lakkkk:p
kuang2!!!
nak kek ke?? rujuk kat entry baruku:)ko kena jawab soalan dulu..hihikk:p
adik bos aku mati belanja kubur saja sampai berpuluh ribu,buleh buat bayar deposit rumah.
ramai2 bawa guni pegi kutip limau kat kubur cina...heheh tak baik membazirkan???..membazir sedara setan gitu..
slam....kedua2nya sama...cuma kt kampung cini kami panggil mampuih(cina mampuih)= cina mati..
org cina mati mewahhh... huhu
cina ke alam barzakh? hahahaaa. siriyes gelak giler dengar nih...
bistu naper ko tak jadi manager HKS ajer, ni pi jadi manager kat klang tu...watper!!
vah...menarik betoi pengalaman tu...hehe...aku slalu rasa 'takut' skit klu cina mati ni..naper ntah
klu guna meninggal dunia utk cina cm x oke la uncle.
ms lilies,
kena tutup pusat? baru kali pertama dengar petua tu.
haruan tasek,
curi epal dan limau cina mati? astaga! he.3x... samalah kite.
azani,
betul tu bang, bak kata apek dlm filem madu 3 " hidup susah, matipun susah".
ila,
aku mmg suka bercakap, tapi kena masuk tune topik la. dengan ko aku takkan nak mengarut kot, minat ko lain, hobi ko lain, jantina ko lain... tapi kemesraan tu adakan?
nak bagi kek pun kena jawab soalan dulu? ko ni teruk la... aku je dekat, so bagi aku jee.
julietchun,
kita patut syukur lahir sebagai org Islam kan?
sue onn,
ish.3x.... kampung ko kat mana, aku nak pegi kutip jugak.
anak pendang sekeluarga,
kat kampuun akupun panggil cam tu, cuma agak sensitip kalau disebut.
jard the great,
yg mati mewah, yg menanggung?
tijah,
bahasa tu ciptaan manusia, so kita buleh applies kat sape2 la kan?
cendawanintim,
nak jadi manager HR kat HKS? kat sini aku cuma kuli HR je....
aku ada niat nak kerja sana, tapi siapa nak aku. aku rindukan pantai, keropok lekor, otak2, sata....
intan,
nak kata berani sgt tu tak le, berani2 takut le.
asis,
tu yg 'uncle' guna mati. apapun, maksud dia sama.
cina
makin kaya... makin grand ler pengebumian dia
monkey d luffy,
tapi banyak mereka pakai duit even dah mati.
Post a Comment