Hari ni entry aku lambat jugak. di pejabat tadi macam biasa masih bertambun kerja. selagi bekerja macam tulah, setakat jawatan K.U.L.I. memang kerja macam tulah. lepas solat jumaat tadi ada appointment dengan pegawai socso. kes pekerja untuk pengesahan syarikat. best kan jadi pegawai gomen, nak jumpa orang, call dan suruh datang pejabat je. confirm orang2 swaseta cam aku ni mencanak datang. untuk ambik statement dan buat pengesahan je, document dah completed.
alhamdulillah, mood aku dah ok hari ni. malam semalam mood aku agak bercelaru. ia gara2 adik aku call pujuk aku jual tanah pusaka arwah mami (mak) aku. dalam 4 adik beradik yang sama emak tu, hanya aku sorang je enggan jual tanah tu dari dulu. kali ni, papa aku yg sebelumnya berkecuali mula cakap baik jual aje. papa aku cakap dengan adik aku sebab dia tau tak guna bincang dengan aku, memang aku tak layan.
bukan aku nak keras kepala dengan papa dan adik-beradik aku dengan enggan menjual tanah pusaka arwah mami aku tu, tapi aku masih rasa sentimen kasih sayang mami aku pada tanah tu. biarpun tanah tu cuma sekangkang kera dan jauh dari rumah papa aku, tapi aku rasa dekat dengan tanah tu. kalau musim buah, atau bila kelapangan balik kampung, aku suka ke kebun tu. aku tak heran toknenek saudara dan lain2 keluarga besar aku yg duduk situ makan hasil kebun tu, dan menjarah tanah tu macam orang yahudi ambik tanah rakyat palestin. pakcik aku yg duduk sebelah tanah tu suka2 hati makbapak dia bina rumah dan masuk kawasan tanah tu. aku diam, sebab malas nak bergaduh dan masih hormatkan datuk nenek dan papa aku yg rapat dengan mereka.
aku? sekelumit aku tak heran dan hormat pakcik aku tu. ikhlas aku cakap. kalau dia pergi rumah papa aku masa aku ada, aku takat salam dan kemudian blah! depan baik pijak semut pun tak mati, tapi hati memang hati yahudi. pernah sekali aku maki isteri dia yang maki aku bila aku parking kereta aku berdekatan parking kereta laki dia. woi... singklol! memang itu kawasan parking kereta laki engkau, tapi itu tanah mak aku, dan aku yg berkuasa sebab geran aku yg pegang.
papa dan adik beradik aku pujuk jual sebab kami tak pedulipun tanah tu. hasil tanamanpun bukan kami yg dapat. yg nak belipun pangkat pakcik aku jugak, dan memang aku tau banyak duit. kontraktor lah katakan. bukan aku tak nak duit, tapi selepas bahagi 5 bahagian, berapalah kami dapat, dan aku yakin tak sampai sebulan akan habis. sekarang tanah yang strategik cam tu memang payah nak dapat. dan yg nyata tandahati mami aku pada anak2 akan terus hilang.
lagi aku marah, dah la aku sedih nak sambut hari ibu, ibu aku dah lama meninggal dunia. adik aku lak pujuk jual tanah ibu aku pulak. 4 orang sokong VS 1 orang menentang pulak tu. tapi kalau ikut calculation mudah, confirm yg satu menang sebab satu tu ada super power. kuasa pentadbiran tanah memang kuasa mutlak aku sebagai anak lelaki tertua, dan geranpun aku pegang. so, siapa mau lawan? walau apapun hujah mereka, aku blah bodoh je. dan aku menang! entahlah.... cuma aku sedih jugak kalau papa aku akan terasa hati kalau aku bangkang niat dia nak jual tanah tu. nak ambik jadikan hak aku, aku belum ada duit nak bayar mereka dengan harga pasaran tu. kalau terjual jugak tanah tu, confirmlah aku akan jadi rakyat selangor sampai mati.
dah! cukuplah aku luahkan emotional aku tu. korang abaikan je. nak luahkan pada wife aku semuanya, confirm memang dia tak boleh tidurlah.
oh ya! pagi tadi sorang supervisor aku saje datang tanya aku "kat syarikat ni ada pekerja orang putih tak?" aku cakap "ada, yang kulit hitampun ada'. dia tergelak dan mula bercerita kisah di production line.
begini kisahnya....
big boss kami memang suka lepak kat production dan dia yg juga qualified engineer memang mahir semua produk dan process. masa dia doq line tu tiba2 dia tengok ada satu part yg berada di line yg tak sepatutnya ada. dia tanya satu pekerja contract bangladesh dengan bekerja disitu..
boss cina : ini barang siapa letak sini?
pekerja bangla : itu orang putih letak?
boss cina : orang putih? sini ada orang putih kerja?
pekerja bangla : ada. itu barang itu orang putih letak.
boss cina : (memanggil supervisor melayu) siapa letak ini barang? you tanya ini bangla, siapa itu orang putih?
supervisor melayu : ok boss. nanti saya tanya. (berjalan kearah pekerja bangla yg asyik bekerja dan bertanya) eh... sumon, boss tanya siapa itu orang putih? sini mana ada orang putih kerja?
pekerja bangla : ada! itu dia orang putih letak ini barang (sambil menunjuk kepada seorang pegawai cina yg meletak barang tersebut yg kebetulan lalu tak jauh dari mereka)
boss cina : (turut mendengar perbualan mereka) itu bukan orang putih, itu orang kuning. ha.3x
kesimpulannya :
orang putihke, orang hitamke, orang kuningke, kitakan orang malaysia. tapi bangla tu tetap orang bangladesh walau apapun warna kulit dia. kuang.3x
19 comments:
harta pusaka ni mmg boleh buat adik beradik bertelagah.. hurmmmm....
pssttt... anak sedara aku ckp aku coklat cair.. sbb dia coklat pekat.. apa2 je la :D
kan? duit bila2 boleh cari. pastu senang2 boleh habis tapi tinggalan mak tu yg penting...satu kenangan
Org Melayu kalo ckp psl jual tanah... mmg cepat! sentimental value tak kenang lgsg! baguih Izman... pertahan-lah selagi termampu! hak ko... pedulikan-lah...
Selamat Hari Ibu... (wish lah kat aku laks! heh..heh..)
haha..agak lawak citer di atas..mule2 cm blurr cket..hoho..thnx mnghilangkan saat dukaku..haha
pertahankan tanah pusaka....
uik..bahaya kes nak jual tanah pusaka tu bang..even geran kat kau bang..ligat kepala otak manusia leh wat mcm2..baik kau kaveat tanah tu bang..selamat kit...coz xde transaction blh jln sbb tnh da kena kaveat...
jangan jual tanah tu.
nilai sentimental tanah tu... memang sayang nak jual. kalau aku pun tak nak jual
kalau bangla jumpa aku... dia ckp aku org apa? huhuhu
ku tak sempurna,
so far belum sampai takat gaduh lagi, tapi kalau dah sampai nak bergaduh sakan, aku tarik diri je lah.
orang coklat ok lah, kalau orang hijau mau jadi incledible hulk ko! ha.3x
tijau,
dalam kepala akupun, aku tak kisah tanah tu. tapi nostalgia itu satu2nya tanah tinggalan mak aku. entahlah!
nur aka admansyah,
aku akan pertahankan, insyaallah.
selamat hari ibu untuk ko.
sufy,
cerita lawak tu saje nak imbangin emotional kat permulaan entry. syukurlah kamu suka.
sonata anak kancil,
itulah yg cuba aku buat.
snow peace,
keveat tu belum terfikir lagi, entahlah! kalau sampai gaduh, aku langsung tarik diri. kalau jual, aku tak sanggup spent duit tu. seumur hidup aku sedih. duit buleh cari.
azani,
itu yg saya buat bang. cuma 4 lawan satu yg saya sedih, keluarga lak tu.
monkey d luffy,
memang kalau buleh aku mmg tak nak jual. cuma nak byr harga pasaran pada mereka, akupun terkedu.
kalau bangla jumpa ko? dia kata "bhai, u bangla daerah mana duduk?" kuang.3x
salam..minta pendapat/komen/nasihat dan etc untuk isu kes anak drhaka/siapa brsalah/punca terjadinya sempena sambutan hari ibu nanti di blog saya...tq
anak pendang sekeluarga,
done.
entry ni dah lama..tp sy nk cakap..
cerita lah kt wife..
mybe wife encik rindu nak dengar luahan encik.
Post a Comment