Monday, May 25, 2009

Cita-cita Nak Jadi Posmen

Masa aku jelajah bloh, terhenti sat kat blog mak su (http://ceritakosong.blogspot.com). terhenti sebab teringat hutang tag belum settle dan cerita pasal cita2.

entry nampak macam tajuk untuk budak sekolah rendah je, tapi ramai yg terlepas kepentingan cita2. bagi aku secara peribadi, dah macam2 cita2 aku ada sejak aku jaman sekolah rendah, membawa ke jaman sekolah menengah, universiti dan jaman kerja. memang senang nak ubah cita2 asalkan menda yg kita nak jadi sesuai dengan kelayakan dan minat kita. ada org lulusan doktor jadi perdana menteri, ada ustaz jadi menteri besar, ada raja jadi ketua hakim negara, ada pelakon jadi presiden, dan macam2 lagilah. cita2 adalah sesuatu yg mulia, kalau kita pilih nak jadi mulia. sejak aku sekolah dulu belum pernah aku dengar lagi kawan2 aku bercita2 nak jadi GRO, pelacur, perompak, perogol bersiri, waima mat rempit sekalipun. kawan aku yg paling nakal dan bengap dalam kelaspun cita2 nak jadi doktor.

cita2 tak salah, cuma perlukan usaha ke arah mencapainya. ada perlu diusahakan dengan kelayakan yg sesuai spt nak jadi doktor mestilah ada kelulusan medic; dan sebagainya. ada tak perlu kelulusan, cuma perlu bakat seperti penyanyi dan pelakon (aku setuju bhw sekarang dah ada byk universiti keluarkan graduan seni. bagus!). ada kerja tak perlu cita2, tapi jadi jugak perompak, pengedar dadah, ibu ayam dan gro. malah ada pekerjaan yg kita rasa tak sepadanpun dengan org yg bekerja, contoh jadi pelacur tapi muka dan bodi macam badak sumbu.

aku kecik2 dulu bercita2 nak jadi pegawai tentera. ia gara2 minat filem darah satria yg selalu dimainkan oleh kementerian penerangan melalui konsep wayang pacaknya. aku terpengaruh dan nak jadi tentera. cita2 tak kesampaian sebab aku rabun, seikhlasnya aku masih nak jadi tentera. aku nak belajar guna senjata, dan mempertahankan negara.

aku nak jadi peguam, nak jadi macam karpal singh. sebab tu aku score sejarah gila baban. bila nak pilih course law, family besar aku menentang, dan sebagai anak dan ahli keluarga aku akur. lepas spm aku nak nak ambik kursus photograpy kat itm, ayah aku tak suka, takut nanti aku jadi jurugambar majalah hiburan. berdosa tengok aurat perempuan katanya.

banyaklah cita2 aku kalau nak diikutkan, malu aku nak ceritakan. cuma cita2 nak jadi orang minyak, opss... orang Human Resource (sumber manusia)hanya terdetik nak jadi HR masa kerja part time kat emporium hock kee seng, kuala terengganu. pegawai HR situ, mr lee pada aku sangat baik dan aku respek dia. sebenarnya banyak kes aku kat situ, tapi dia dapat selepasikan dengan bijak, dan aku hormati keputusannya (sebab aku tak kena hukum). so, dapat result, aku pilih kursus Bachelor of Human Resource Management (BHRM) kat universiti utara malaysia. dan jadilah aku sebagai seorang pengamal sumber manusia hingga kini.

oh ya... aku ada cerita pasal cita2 melibatkan anak aku, luqman hakim. aku tak pasti pernah cerita ke belum, aku cerita je lah yer....

suatu hari masa2 santai, aku saje2 tanya luqman mengenai cita-citanya.

ayah : luqman tau apa cita2?
luqman : tau.
ayah : luqman cita2 nak jadi ape?
luqman : luqman nak jadi posmen.
ayah : (sepantas kilat aku memulas telinga luqman)
luqman : (terkejut dan menangis)
ayah : (dalam amarah yg masih meluap) kalau nak jadi posmen tak payah ayah hantar sekolah. belajar bawak motor je.
ummi : ala bang, dia bukan tau posmen kerja apa. kecik lagi.
ayah : ye lah... cakaplah nak jadi bombake, poliske, doktorke, majestretke, ok lah. ini nak jadi posmen.
ummi : ala dia masuk sekolah nanti dia taulah kerja apa dia nak jadi. dah hari2 dia tengok posmen datang, tentu dia ingat posmen ni kerja best.
ayah : (memegang luqman dan meribanya) ayah mintak maaf, sakit tak?
luqman : (dalam sedu) tak sakit, ayah marah luqman....
ayah : dah... cukup nangis. ayah dah tak marah. jangan sebut lagi nak jadi posmen. kalau minat kerja pos, kena cita2 nak jadi manager pejabat pos. Ok?
luqman : ok.
ayah : dah, pegi salin baju, ayah bawa makan kfc
luqman : kfc... yey!!!!

izzi note :
aku tidak berniat menghina kerja posmen. ini cuma kisah aku anak beranak. yg tersinggung aku minta maaf. sebagai bapa, aku mengharapkan anak2 aku berjaya dalam pelajaran dan menjadi manusia yg hebat kerjayanya.

moral of the story:
1) posmen juga suatu cita2 mulia. tanpa mereka, tak sampailah surat kita (ayat cover ke??)
2) cita2 mesti ditulis dalam rekod masa belajar. kenapa mesti direkod 3 pilihan cita2 ye??
3) kfc buleh digunakan untuk pancing anak2 yg merajuk.

13 comments:

haruan tasek said...

ya betul tanpa posmen mungkin kerja2 yang lain pun tak akan ada juga. sebab posmen le nak hantar surat temuduga untuk kita semua.... hidup abang posmen

Abang Long said...

Bila diingat semula. Rupanya dari dahulu, bila dikumpul, ada hampir 20 kerja Abang long nak buat. Dari cita - cita nak jadi Ustaz hinggalah hendak menjadi Agung ... alahai ...

eim said...

salam jelajah blog..
suka baca ceta awak..
free2 datanglah blog kami plak..

MOLY said...

hehehe
kelakar la bila baca abang pos citer cita2 yang abang impikan

macam suami saya EA tu pun dia nak jadi askar, tapi family dia x kasi
bagus la jugak kan. kalau dia jadi askar mesti saya tak jumpa dia. uhuhu :D

ibu bapa mana yang tak mahu anak dia berjaya kan. nanti x lama lagi mesti anak abang tukar cita2 lain pulak tu. jadi apa yeh ?? hehe ~

manager KFC la bang. hari2 dia makan kfc pree.

ima shhs said...

cita2 aku dulu pun byk gak. tp satu pun tak braper jd. apa yg aku jd ialah jd org yg berguna kpd agama, bangsa dan negara...huhuhu...

julietchun said...

semua keje bagus asalkan halal ye, tapi sebagai ibubapa mestilah kita hrpkan anak2 bercita2 tinggi.

Kapten Luffy said...

aku ada satu idea...

ko nak anak ko jd apa?

ko dedahkan ler...

mana tau berjaya..

hari2 tgk posmen jer

sonata anak kancil said...

anak ni dia tak perasan ayahnya keje apa...cuba dia tau, tentu nak ikut macam ayahnya.

yang aku notis...contoh pernah tanya - anak askar / anak polis - nak keje apa? keje askar /polis!

tapi cikgu??? aku tanya anak - nak jadi cikgu???
tak nakkkkk.....ekhs...ko pandai cikgu ajar - tak nak jadi cikgu? cikgu susah - cikgu sibuk bla - bla - bla....

tapi anak aku , ada sorang ngikut aku bakal jadi cikgu....otomatik dia suka pulak...aku tak suruh ponggg.....

Mak Su said...

kuang kuang kuang (gelak besar haku dibuatnyer)

engkauoooo... ;)

Tirana said...

Apa saja kerja yang halal di sisi Islam..tentu mulia kan...

cendawanintim said...

keje papepon asalkan halal tu mulia..ko nih..

Anonymous said...

sayalah posmen stu mse dlu..

Unknown said...

winnn