TERIMA KASIH pada sahabat blogger aku saudara Arman Arshad @ kuchalana (http://kuchalana.blogspot.com)atas pemberian buku nukilan beliau yg sedang PANAS di pasaran sekarang. Buku ape? sabarlah... tungulah aku cerita abis dulu. nafsu serakah betullah korang ni.
sebenarnya aku pernah lihat buku ni kat mph, tapi sebab masa tu budjet untuk buku untuk bulan tu dah abis, aku kiv dululah. korang taulah, kalau awal bulan buku2 yg aku wajib kena beli ialah majalah gila-gila, 2 buah novel, dan mastika. untuk anak2 pula majalah kartun G3 dan buku cerita kanak2. untuk wife majalah pa & ma, mingguan wanita, majalah rasa. kalau ada budjet lebih aku akan beli readers digest dan malaysian business. apa aku melalut ni, mari kita kembali ke pangkal jalan masa aku cerita pasal buku si kuchalana ni.
kebetulan melawat blog kuchalana tu dia baeekk punya promote dia punya buku. sebagai kawan akupun promote la buku dia kat blog hobi aku. aku rasa dah lama gak aku kenal dialam maya dengan si kuchalana ni. macam2 business dia buat; ada kedai komputer, ada business kambing, kemudian jadi penulis buku. dan terbaru jadi bapak ayam pulak. salah? sori yop.... maksud aku dia start bela ayam. bukan ayam pakai skirt pendek, makan kuaci dan melukah ditepi tangga tu, ini betul2 punya ayam. kalau dekat mau je aku beli ayam dengan ko je bro, tapi ko duduk jauh di bangi.
buku "111 CARA MUDAH BERJIMAT CERMAT" karya sahabat aku ni sangat sempoi. tengahari tadi (16/05/09) aku dapat kiriman pos ekspress dia, dalam kurang sejam dah abis baca. siap khatam lagi. KHATAM ye adik2. nak berKHATAN apa kejadahnya dah tua bangka ni. tuk mudim pun geli nak pegang.
buku ni kecik cinonet je, dalam 50 pages je (tak termasuk intro dan penutup). apa sikit? tolong sikit ye.... kecik bukan sebarang kecik, tapi sarat dengan info berguna. ayat2 yg diguna cukup bersahaja, dan menggunakan bahasa2 yg mudah kita hadam. apa kejadahnya buku kalau guna ayat2 bombastik tapi pembaca haram tak faham. lebih menarik beliau berjaya membawa pembaca mengaplikasikannya di dalam diri, keluarga dan persekitaran.
beliau mengajar kita cara berjimat dengan sesuatu benda yg kita nampa enteng tapi sebenarnya berkesan. contohnya beliau nasihatkan jangan berlebihan modified kenderaan, cara penggunaan kad kredit, penjimatan ulitili (air, letrik, telefon), berjimat dengan makanan (ni payah aku nak ikut la bro sebab aku suka makan. tapi aku cuba). cadangan pemakanan dalam dulang pada aku menarik kerana ia kembali kepada sunnah dan eratkan kekeluargaan.
aku setuju dengan ko bro bahawa tak perlu malu dalam berjimat. amalan penjimatan dengan bawa bekal ke pejabat, potong tv berbayar kalau tak gunakan, berkongsi kereta, lupakan kad kredit, lupakan junk food (makanan ringan), lupakan fast food dan sebagainya. aku setuju dengan cadangan ko tu cuma aku rasa perlaksanaannya akan ambil sedikit masa. biasalah kita dah di zon selesa, semua benda termasuk tv berbayar, henpon mahal, perabot mewah, kereta mewah, makan fast food, semua barang branded dan sebagainya adalah suatu kemestian dan 'part of life'.
aku sebenarnya setuju dengan ko yop bahawa dengan berjimat, kita sebenarnya akan berduit. nasihat ko tentang disposekan perabot lama dengan cara trade in bagi beli perabot baru, dan menjual barang2 terpakai seperti suratkhabar lama, bekas2 air dan sebagainya akan menjana sedikit duit selain penjimatan.
lepas baca buku ko tadi, aku saje borak2 dengan wife dan aku nampak at least 46 cara penjimatan dalam buku ko dah boleh aku laksanakan serta merta terutama dalam penjimatan ulititi, kenderaan, shopping, komputer dan henfon, dan perbelanjaan harian. dan aku aku cuba lihat kesannya pada penhujung bulan ini. kesannya pada bil bulanan dan pada poket!
oh ya... bagi gadis yg sedang terintai2 calon suami kat pasaran sana, korang patut beli buka ni. cinta bukan setakat ucapan 'I lap u' je dik oi... penulis ada sedikit nasihat bagaimana memilih pasangan agar tak makan megi hari2 lepas kawin. ye lah... nak kawin tak nyempat2, buat personal loan lagi. dah kawin pelbagai komitmen kewangan wujud dan kerana kesempitan kewangan, rumahtangga cerai berai.
bagi yang ingin berjimat dimasa gawat ni, atau sekadar suka membaca, aku senaraikan sekali lagi info ringkas berkaitan buku ni :-
Tajuk : 111 Cara Mudah Berjimat Cermat.
Terbitan : TrueWealth
Edaran : MPH and Kunikoniya
Harga Buku : RM19.90
Boleh juga didapati secara online di http://www.bookplanet.com.my/
Atau email ke papai_olive@yahoo.com
19 comments:
111 cara berjimat??
banyak tu.. kalau satu cara boleh jimat seringgit, 111 cara dapat jimat RM111.00
.
.
.
masalahnya, manusia ni mudah lupa.. masa baca beria2.. harap2 kita tak mudah lupalah ya..
.
.
.
.
aku nak cari satu buku ni..
klu ayat mudah hadam, lg senang..
lagipun ada tips utk anak gadis cam aku ni kan?? hikkksss
Boleh pinjam tak ? Kalau nak promo dalam blog Abang long pun boleh, sebab itu salah satu cara hendak membantu sesama bangsa.
salam
kalau nak compare kau dan aku...
insyaallah aku masih bley berjimat pasal bab makanan..kiranya aku MENANG ler...:P
bab pasai jimat..Paling aku tak leh lupa berkenaan my colleague.since hujung 2007..suami isteri akan masukan baki duit gaji masing2 dlm 1 akaun.Last dec,2008..dia tunjuk kat aku balance dia ..terbeliak mata..hampir Rm8K!!
bgitu disiplinnya mereka..
mcm ne caranya???
mkn bawa bekal dari umah, sehari tak leh bawa lebih dari rm5.kecuali kalau ada keperluan baru bawa wang lebih..
lagi???
byak lagilahhh..mengeleng2 aku..
cos ada beberapa perkara yg susah aku nak ikut caranya..
Kalau ikut apa yang dicatatkan --- banyak sonata berjimat! kita orang tua, dah biasa dok susah sejak azali - sekarang ni baru lah agak mantap - tahu berjimat cermat ni!
Sebab kita usaha sendiri, jadi kita tahu hargai nilai harta2 yang kita miliki. Anak2 le ni ( anak sonta la...tak nak cakap anak orang lain ) - tengok dunia - depan mata semua dah ada - kereta , tv , rumah ( semuanya milik mak bapaknya la )...jadi tak tahu susah!
Depa tahu,mak bapak dia bergaji - cukup gaji - so, tak ada lah nak bantu2 tolong jimat! Depa tahu ade je....tak tahu kita ni susah payah dok berjimat!
Jadi, kami tak beri harta benda pun - tak ada nak wasiat2 apa pun - mak bapak beri ilmu je kat ko orang - pandai lah ko nak cari harta macam mak bapak ko....
eh eh eh ...macam N3 baru lak...
waaa macam menarik buku tu...
ada lagi tak dia nak bagi percuma ...kira itu yang ke 112 cara nak berjimat gitu....hihihi
Izman, berjimat cermat itu memang bagus dan dituntut oleh ugama kerana Allah memang benci pada pembaziran...
ku tak sempurna,
kalau dapat jimat setakat rm111 tu mmg senang je bg aku; potong astro, potong makan fast food, potong budget ais krim dan berlebih lak. tapi......
abang long,
nak tolong promote? no hal...
ila,
asyik2 ko je nak menang, hambik la ila oi...
cara seseorang berjimat tu lain dan tak semesti berjaya pd kita.
sonata anak kancil,
betul, dan sebagai ibubapa kebanyakan kita sebenarnya tak mau anak2 tau apa susahpayah kita. asal mereka cukup makanpakai dan pelajaran, kita happy.
papa-itam,
betul gak, kalau kira cmtu lagi save duit kita yer.
err... itu aku no komen. ko jelajahlah blog dia.
nekcun,
setuju bahawa pembaziran itu dilarang dan ia adalah amalan syaitan.
slm...saya mintak maaf ,,,xdan nak buat rumusan pasal komen2 mengenai hari ibu tu...lagi pun saya dah nk habis praktikal nie,,maklum lah sibuk ckit time cmnie...,,,,insyaAllah skit masa lg saya akan buat rumusan mengenai isu itu...tq
slm...saya mintak maaf ,,,xdan nak buat rumusan pasal komen2 mengenai hari ibu tu...lagi pun saya dah nk habis praktikal nie,,maklum lah sibuk ckit time cmnie...,,,,insyaAllah skit masa lg saya akan buat rumusan mengenai isu itu...tq
sy dah buat..
menabung dan seminggu singgit..
salam..
aku gerenti lepas ni hang mesti kaya bro..hihi...insyaAllah...jangan lupa kawan pulak lepas ni..
yeah we should spend our money wisely!
No over budget ok bro!
jimat cermat : tuntutan Islam....
makan : utk hidup
....
moga ada kebaikan buat kita semua, all the best kepada penulisnya
Post a Comment