Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Haji 2010

Alhamdulillah, hari ini adalah hari raya ediladha. semua umat Islam diseluruh dunia meraikan hari ini. yang lebih gembira tentulah tetamu2 Allah yang merayakannya di bumi Mekah.

aku akan gerak bali batu balai may be lepas solat sunat hari raya haji. tak rushing mana. asal selamat sampai dan bersama keluarga papa aku dah syukur alhamdulillah. mula2 nak balik malam, tapi kawan2 yang balik kata jammed, so malaslah nak berebut dengan sahabat2kita yang nak balik jauh di kelantan. aku dalam 2 jam setengah dah sampai rumah dah.

dalam merayakan hari raya korban ini, yang berkemampuan tu janganlah lokek untuk berkorban sedikit harta dengan membahagikan daging korban kepada yang memerlukannya. kalau duit banyak ambiklah seekor atau lebih, kalau kurang tu, ambiklah satu bahagian lembu. cuma, kalau dah tak mampu, jangan pula menyambut raya secara hilang akal hingga menyebabkan terkorban nyawa.

Dikesempatan ini, aku dan keluarga mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada semua sahabat beragama Islam.

3 comments:

Echam said...

Salam Aidiladha

Insan Marhaen said...

selamat hari raya. jangan kita terkorban atau mengorbankan orang lain pulak, ya...

Mr Lonely said...

nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...