Monday, November 29, 2010

Filem Kita Tahap Kambing

aku baru habis tengok cerita korea di channel citra berjudul 'mr socrates'. filem aksi samseng. tajuk cukup simple, jalan cerita cukup menarik. kisah sebuah kehidupan samseng yang berubah jadi baik even diasuh oleh samseng. jalan cerita cukup menarik dengan ciri kemanusian, persahabatan, kekeluargaan,dan keinsafan didalam genre aksi samseng yang ganas.

cerita filem orang, terasa nak muntah pulak bila nak bercakap pasal filem negara sendiri. kalau aku cakap filem kita tahap kambing, ramai marah. nanti cakap aku tak sayangkan negara sendiri. sayang ke benda, korang tengok la semua channel tivi sama ada yang free ataupun berbayar, filem apa yang mereka tunjukkan. semua channel tunjuk chanel indonesia. channel tamil/hindi. secara peribadi aku memang menyampah betul nak tengok cerita melayu malaysia. cubalah sebut filem apa yang boleh kita banggakan? ada, tapi kira pakai jarilah. filem melayu yang aku rasa best cuma filem2 tan sri p.ramlee.

filem moden? bila tengok 10 minit je rasa dah nak muntah. mau tak muntah, tajuk cam best je, tapi modal filem setakat nak tunjuk lurah buah dada, nak tunjuk hero macho, nak tunjuk banglo mewah, nak tunjuk kereta mewah, dengki mendengki dalam bisnes, cerita nak mati dan seangkatan dengannya. lagi menyampah ialah bila ada festival filem, juara akan dikutuk. argh.... setakat buat filem untuk panggung malaysia dah kecoh. woi sedarlah, tahap filem malaysia sekarang ni 50 tahun terkebelakang dari filem2 tamil dan hindi.

apa2pun, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. biarlah diorang nak buat ape, sebagai pengguna kuasa memlilih dan membeli ditangan kita. tepuk dada, seluk poket dan tontonlah filem yang rasa berbaloi. jangan lepas keluar panggung rasa menyumpah kerana menonton filem tahap kambing.

1 comment:

suriani said...

aku stuju..
susah nak cari citer yg menarik,kan?

tu pasallah aku suka layan citer2 korea tu.. heheeh..