Tuesday, November 9, 2010

Kalau Lari, Ayah Cari Tak?

bab2 lari dari rumah ni sering kita denagr kebelakangan ini. gaduh dengan mak bapak, lari dari rumah. dapat janji palsu dari jantan bohjan, lari dari rumah. terpikat dengan orang lombok, lari dari rumah. tertarik dengan jantan pakistan jual karpet yg hidung mancung, lari dari rumah. mengandung anak haram, lari dari rumah. bergaduh dengan laki, lari dari rumah. apa kejadahnya semua ini (baca stail wan kamarudin). kalau suka sangat lari, masuklah lumba lari. dapat juga harumkan nama negara di kejohanan olimpik.

pada aku, ini gejala zaman moden. dulu2, aku masa dikampung, even kena sebat dengan tali pinggang dengan ayah aku bila asyik mandi sungai damak, aku takut nak lari dari rumah. kalau bengang sangatpun aku cuma lari setempat. atau lari ke rumah nenek aku yang dalam jarak 3-5 kilometer. jauh jugak, tapi bukan aku berlari, aku ikut motor datuk aku yang tiap2 pagi ada di kedai kopi, tumpang balik la. kalau didapati aku hilang, mami aku akan ke rumah ayah dia (datuk nenek aku la) mencari aku dan pujuk balik. biasanya peritiwa lari dari rumah ini akan berakhir kurang dari 4 jam.

ahad lepas, masa ke jusco bukit tinggi, aku cam biasa bawa keluarga. dalam orang yang ramai, biasanya aku akan memegang erat tangan anak2 aku. takut hilang. yang bongsu cam biasa la, ummi dia dokong. tiba2, pika bertanya .....

pika : ayah, kenapa ayah pegang tangan pika?
ayah : ayah takut pika hilang. orang ramai.
pika : ayah takut pika lari ke ayah?
ayah : ye, kalau ayah lepas, pika lari, nanti hilang. orang ramai.
pika : kalau pika lari, ayah cari pika tak?
ayah : mestilah ayah cari. ayahkan sayang pika.
pika : kalau pika besar, ayah pegang tangan pika lagi tak?
ayah : kalau dah besar, pika jalan sendiri la.
pika : kalau pika lari?
ayah : kalau dah besar pika lari, apa lagi ayah boleh buat. ayah tak boleh buat apa2. itu tanda pika dah tak sayang ayah lagi. dah besar nanti pika dah tak nak sayang ayah lagi ke?
pika : sayang. pika sayang ayah sampai bila2. nanti besar, pika jadi doktor, pika jaga ayah.
ayah : ayah boleh jaga diri ayah, pika tu kena jaga diri sendiri.
pika : ok. nak sayang ayah.
ayah : (menghulurkan pipi untuk dicium)

6 comments:

umi ameer said...

bukan main keletah ek.. si pika ni..
terharu aku membacanya..

sayang ayah tuuuu

PnConfused said...

sweetnyer...

Iliana said...

sampai satu masa nanti, Pika pula asyik pegang tangan ayah.

ayah : kenapa pegang tangan ayah?
Pika : takut ayah lari.

hehehe~

Insan Marhaen said...

bila dah besar nanti pika akan lari juga tinggalkan ayah.

macam ibu lari ikut ayah...

secangkir madu merah said...

salam, dah besar dah pika ni...lama tak singgah sini... seronoknya baca perbualan anak perempuan dgn ayah....yg penting sama2 kena pegang tangan..supaya anak tak hilang kena culik dan ayah juga tak hilang sbb ikut perempuan cantik...hehehehe..

Nur a.k.a admansyah said...

sooooo touching!

Mmg tk dpat dinafikan... bdk pompuan lebih pandai ambik ati mak bapak! bdk laki tahu bodek jer...

hehehe... merajuk konon!(kisah ko kecikx2 tu larr....)