Sunday, November 28, 2010

Cuti Sekolah Dah Start, Bila Nak Pergi Cuti Ayah?

pejam celik, pejam celik, dah hujung tahun. anak2 yang bersekolah dah mula bercuti, kecuali yang exam la... bagi aku yang anak2 masih kecik, tak nampak sangat meriahnya. mau tak meriah, selama ni kalau anak2 ke sekolah, rumah tak de riuh sangat. kalau semua anak2 ada, heh.... memang meriah. dengan menyanyi, dengan dengar lagu, tengok tivi, berlari sana sini, bergayut di telefon, dan tak kurang yang bertumbuk sesama adik beradik.

bertumbuk adik beradik bagi anak2 ni biasa je. sekarang bertumbuk, bergaduh dan bertempik macam nak pecah dunia, siap cakap tak nak kawan sampai bila2. tak sampai 10 minit, tiba2 je diorang berbaik semula. heh... zaman budak2 memang indah. mereka bergaduh, tapi tiada dendam di hati. sejuk barangkali

bagi aku anak yang sulung baru tadika, ala umur 6 tahun. tahun depan baru nak masuk darjah 1. di rumah riuh la jugak dari pagi. sesekali tu si abang akan call aku cakap si adik pukul dia. kejab lagi si adik akan call cakap si abang belasah dia. apa aku buat? setakat nasihat supaya jangan bergaduh dan pukul memukul. sambil2 tu pesan kat isteri tengok2kan anak2 jangan sampai bergaduh gunakan objek seperti kayu, besi dan sebagainya.

sebab dah biasa kalau cuti mesti bawa bercuti kat mana2, anak2 dah mula bertanya. heh.... isteri ayak ke cameron highland. heh, cameron highland lagi? dah 2 kali pergi, dan yg terakhir awal tahun 2010 ni. suka sangat wife aku kalau sebut cameron highland. suasana yang dihiasi sayur, teh, bunga dan strawberry menarik hatinya. tambah2 lagi dengan suasana yang sejuk. sejuk?? ini yang aku tak tahan. dah sejuk2 ni, mulalah tak lekang dari peluk isteri. nanti, dapat la sorang lagi.

plan awal tahun sebenarnya nak ke bali, indonesia. tapi, tapi.... budget dah banyak terbang masa repair kereta. dalam rm6000 jugak habisnya. ye lah, satu enjin masalah. apa nak buat, dugaan. apa2pun, takat nak jalan dekat2, rasanya masih mampu. tak dapat pergi pulau bali, indonesia, apa kata pergi pasar jawa klang. dekat, murah! ha.ha.ha.......

3 comments:

Cik Kamoo said...

cuti sekolah camnie...bawa jln2 ke kenduri kahwin je..he he he

Abg Din said...

apa add fb kamu..

pB said...

cuti sekolah ni , hanar anak anak balik kampung

ada yg tution di sana. Di sana murah ...