Monday, November 22, 2010

Kegilaan Cicak Tokek

baru kampung raya haji baru2 ni telah wujud kegilaan baru dikalangan ahli keluarga dan rakan sekampung aku. dimana2 tajuk perbualan banyak berkisar tentang cicak tokek. cicak ni dikatakan mampu mengubati hiv/aids dan kanser.

adik ipar aku ada tangkap seekor cicak tokek. terkejut jugak aku bila ditunjukkan rupa sebenar makhluk yang dikatakan berharga jutaan ringgit malaysia ini. agak besar jugak cicak tokek kepunyaan adik ipar aku tu, dalam 280 grams. dia tengah menbelanya dengan rapi kerana sudah ada pembeli yang menempahnya. harga akan dibayar bila beratnya mencapai 300 grams dan keatas.

gambar? aku ada mabik tapi tak jelas sebab ia dalam bekas. adik ipar aku offer bukak bekas tapi sebab dikatakan gigitannya mampu membunuh, aku tak sanggup. dikatakan bisa gigitan toket ini melebihi bisa ular tedung. aku pun tak pasti, tapi kalau sesiapa nak menguji tu, tanggung jawab sendiri ye. aku tak suruh!

sebenarnya ramai orang kampung telah dapat menangkap cicak toket ini, tapi rata2 beratnya kurang 300 grams. pembeli cuma mahu yang melebihi 300 grams. jika hendak dikatakan penipuan, memang dah ada orang kampung yang telah mampu menjualnya. sape tak nak seekor tokek seberat 360 grams dibeli dengan harga rm 140,000.00. seratus empat belas ribu ringgit beb! so, dikesempatan musim hujan, dan cuti sekolah ni, ramai sanggup ke hutan mencari tokek ini.

secara jujur aku masih ragu2 adakah wujud penawaran harga hingga mencecah jutaan ringgit bagi toket yang melebihi 1 kg ini. kalau adik ipar aku mampu menjual tokeknya dengan harga ribuan ringgit, aku akan mula mempercayainya. tapi kalau nak diikutkan ianya logik. manusia ni pelik. menda2 pelik dan eksotik macam inilah yang dicarinya. seperti contoh, burung cenderawasih, taring dan kuku harimau, sumbu badak, sawat buaya, sumbu badak, cincin taring babi tunggal dan seangkatan dengannya.

memandangkan aku penakut nak mencari benda2 yang seangkatan dengan tokek ni, aku kenalah kerja kilang je. sambil2 tu kalau ada peluang jadi broker jual tokek menarik juga. jadi orang tengah lagi untung. oh tokek, mana kau.

5 comments:

mohad said...

salam ziarah

julietchun said...

kalau berbisa bela buat apa ? hishhh...saja carik penyakit.

Rayz said...

Mey ...member aku budak kedah, kat kampung dia pun hot pasal cicak ni... Tapi kalau ikut kata dia... Cicak kalau berat dia 280g kalau ko nak tunggu berat naik ke 300g... maka ko kena tunggu lagi 20 tahun lar baru dapat capai berat tu.... Sebab apa diorang carik cick berat 300g adalah disebabkan pada berat tersebut hempedu cicak tersebut akan keluarkan satu vaksin yang boleh membunuh virus aids... kalau berat kurang 300g, hempedu dia belum kira matang lagi...

Cheritera Kami said...

pasni sure ada penternak cicak tokek plak...

Nek Cun said...

Apasal tak tangkap gambar cicak tu sikit?... Nekcun tak kenal pun cicak yang camna tuh!... hehehe...