Saturday, November 20, 2010

Jangan Tidur Dalam Perut Orang

dalam cuti hari raya haji ni, cam biasa aku balik kampung di batu balai. since raya sebanar sehari je, hari2 selebihnya aku menziarah datuk nenek dan saudara mara. kawan2 ramai tak balik, yang balikpun ramai dah lost contact. kalau terjumpa, jumpalah.

habit aku kalau cuti panjang sikit dan kena waktu orang lain bekerja ialah aku suka pergi buat rawatan gigi di klinik pergigian jerantut. kebetulan kakak aku misi gigi situ. so, aku senang buat appointment buat rawatan gigi. cuti raya lepas aku pergi cuci karang gigi. kalau kat swasta mahal, aku kan mana banyak duit, aku pergi gomen la. murah sesangat. daftar rm1, lepas rawatan bayar rm2. kalau swasta yang pernah aku buat, bayarannya rm60. kalau cabut gigi pun sama, aku pergi gomen di jerantut. kalau sakit di port klang, memang kena swasta la. kat jerantut memang senang sebab aku memang bercuti, kalau nak suruh aku menunggu untuk rawatan? heh,..... tak kuasa aku.

pernah ada kawan tanya, kenapa untuk rawatan gigi aku aku ke jerantut, dan untuk isteri aku aku bawa ke swasta. jawapannya ialah " isteri aku laki dia ada duit, so dia boleh pergi swasta. aku pulak, kerja makan gaji, kena la berjimat". ha.ha.ha.... sebenarnya, aku lebih selesa di klinik gigi jerantut. dan aku tak payah menunggu lama sebab akak aku tolong buat appointment.

opss... dah jauh lari tajuk ni. sebenarnya di klinik gigi tu aku jumpa kawan sekelas aku masa di sekolah kebangsaan damak dan sekolah menengah damak; aziah namanya. kawan sekampung di damak. even sekarang aku tinggal di batu balai, sebenarnya aku memang anak kelahiran kampung damak. dah mami (emak) aku meninggal dunia, barulah aku berpindah ke batu balai tinggal dengan datuk nenek aku.

aziah ni adalah kawan baik dan merangkap musuh ketat aku dalam kelas sejak darjah satu lagi. aziah binti abdul rahman, ahmad dusuki bin abdul rani, nik afzan binti nik mat, rohaliza binti ali napiah, dan alias bin deraman adalah nama2 orang yang cerdik di seluruh kelas (ada 2 kelas)masa sekolah rendah. selalunya inilah nama2 yang akan mencapai nombor2 kecil dalam kelas seperti nombor 1 hingga 3. aku? since orang semua berebut nombor kecik, aku ambik nombor besar2 je la.

berbalik tajuk asal tadi, aku jumpa aziah di klinik gigi. dah jadi pensyarah. berborak kejab. kemudiah lepas rawatan gigi aku sekeluarga bershopping sikit di pasaraya TF di bandar jerantut. lepas beli barang, tiba2 ada suara mmanggil. hah... shahrum bin isa. kawan sekampung dan satu sekolah damak jugak. cam biasa ayat2 pedih telinga dari majoriti kawan2 yang lama tak jumpa " dah gemuk mu sekarang?" . ini bukan gemuk, ini gebu. ini korporat. shahrum ni askar di port dickson. terkejut jugak dia aku kawin orang sekampung, dia ingat kawin dengan awek lain (sekelas dengan dia masa di kelas 5 pertanian SMPS). jawapan standard "tak de jodoh". dan lepas kutuk mengutuk sesama sendiri diiringi gelak ketawa, ia diakhiri dengan bertukar2 nombor henpon.

tamat imbas kembali.

sebenarnya berjumpa kawan2 lama ni seronok. lebih2 lagi kawan masa sekolah. dulu kita berkawan tanpa motif. kita berkawan dan bergaul lebih lama masanya berbanding masa dengan keluarga kita. ye lah, disekolah berkawan dan belajar bersama. abis sekolah berkawan sambil mengajir Quran. kemudian berkawan2 sambil mandi sungai dan melastik burung. berkawan sambil bermain perang2 dengan 'bedil rojoh' (senapang buluh) dan sebagainya.

balik rumah, layan tetamu datang rumah la. yg ramai jiran2 dan kawan2 papa aku. dalam banyak2 topik, aku suka bila papa aku cakap mengenai frasa "jangan tidur dalam pperut orang". aku cakap frasa sebab aku tak tau nak gelarkan sebagai ape : simpulan bahasa, peribahasa, simpulan kata atau penjodoh bilangan? aku bab2 tatabahasa ni lembab sikit.

aku malas nak tanya papa aku depan orang mengenai frasa tu, kang tak pasal menjatuhkan maruah universiti aku belajar. aku hanya terangguk2 dan cuba memahaminya. ala senang je maksud dia. "jangan tidur dalam perut orang" bukan bermakna kita kena belah perut orang lain dan tidur didalam perut orang terbabit, atau menjadikan perut orang tersebut sebagai bantal buat tidur. ia bermaksud kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. tetapi kita kena kenali siapa kawan kita itu. ada kawan yang kita boleh berkawan setakat di kedai kopi. ada yang kita boleh berkawan dan ajak ke rumah. ada kawan yang kita boleh ceritakan rahsia. ada kawan yang boleh bawa masuk rumah. ada kawan boleh bawa sampai ke dapur. ada kawan yang boleh bawa ke bilik tidur (opsss... ini bahaya).

kawan2 ni banyak jenisnya. ada orangmemang ikhlas berkawan. ada yang saje nak mencari peluang nak mengenakan kawan. 'friend eat friend' kata orang kampung aku. orang macam ni kena hati2. even dibesarkan sama2, bersekolah sama2, mengaji sama2, mandi telanjang di sungai sama2, tapi kena hati2 berkawan dengannya. jangan bersangka baik sangat dan mempercayainya 100%. aku bukan nak menghasut sesiapa jua untuk menuduh kawan mereka sebagai tidak jujur, tapi sekadar beringat bahawa kita sering menilai luaran dan mempercayai seseorang kerana persahabatan, ianya merbahaya. ramai yang tertipu hingga ada yang tertipu dengan menjadi 'keldai dadah', terlibat dengan kegiatan haram, terjebak dengan pelacuran, melabur dalam skim haram, dan sebagainya.

nota kaki :
Frasa ini tidak boleh digunakan bagi menggambarkan betapa seronoknya bayi tidur dalam kandungan ibunya.

1 comment:

Lovely Kitchen said...

salam...
bestnya dapat jumpa aziah...brp org anak dia skrg? still mcm masa sekolah dulu eh dia? kiranya boleh cam la kalau jumpa?