Thursday, November 4, 2010

Aku Keturunan India ?

esok (5/11/2010) adalah hari deepavali. aku kira sahabat2 kita yg berketurunan india tentu seronok berkumpul bersama keluarga sambil sembang2 dan minum2. yang berjoli dengan minuman keras tu, jangan joli sangat, kang lupa diri dan sedar2 dah masuk alam lain. jangan memandu masa mabuk.

bercakap pasal perayaan deepavali ni, aku cam biasa sambut. sambut dengan mengunjungi rumah kawan2 india. dari kecik lagi aku memang dah sebati dengan orang india. may be sebab ramai jiran india, kawan india, atau aku sendiri ada darah keturunan india. ehtahlah. tapi dari analisis salasilah keturunan aku yg dapat aku kaji, mmg kedua2 belah keturunan aku memang takde keturunan india, tapi mana tau dari zaman majapahit dulu ada kot.

secara peribadi aku tak kisahpun asal keturunan aku melayu ke india, atau jawa. sesekali aku selidik, ada keturunan dari palembang. ada jugak darah pakistan. ada darah tokseh golok pun ada gak. darah malbari jual roti aku yakin itu darah saiful nizam.

cerita pasal keturunan ni, aku ada cerita nak dikongsi. ini lebih kepada tanggapan atau apa pandangan orang pada aku.

heh, bab2 keindiaan ni memang banyak dalam diri aku. ye lah, company pertama aku kerja, memang company india. even company kecik, tapi ia banyak membantu mengajar aku jadi orang HR sekarang. thanks to mr ganesh and mr raja sekaran. makan makanan india seperti tosai, roti chennai, dan seangkatan dengannya, tu biasa, semua orang dalam malaysia makan.

aku cerita ni, cerita yang kali pertama aku luahkan. kisah ni berlaku beberapa tahun lepas. di singapura. masa tu aku dan keluarga bercuti di sentosa island, selepas menghadiri kahwin kawan karib aku si razman dan nori.

aku masih ingat, masa tu kami sekeluarga dah hari ketiga di sana. sebelum bertolak balik ke KL, kami berpusing2 area istana kampung gelam. masa tu wife dan anak2 lepak2 di beranda di kawasan itu, sementara aku menyaksikan bagaimana kawasan istana melayu yang gah suatu masa dulu, kini tinggal kenangan. tiba-tiba......

.... ada seorang pelancong india mendekati aku minta tolong ambil gambarnya. cam biasa, orang baik cam aku, tolong je lah! selepas itu terjadilah perbualan mesra. rupanya dia seorang penyelidik sosiology dari sebuah universiti di india. dia ada berikan businesscard dia, tapi aku dah letak mana akupun lupa. bergelar doktor.

dia bertanya aku berbangsa apa? of course aku cakap melayu. ye lah, kat malaysia: mamak, sakai, asli, jawa, melanau, semua digelar melayu. dah aku memang asal usul melayu, mestilah aku cakap melayu. tapi pensyarah india itu, senang2 aku namakan dia dr. rajinikhant, berkata bahawa ada iras tamil pada aku.

tok sah kata macam mana geramnya aku masa tu. ingat nak seligi je hidung dia yg tinggi itu. ade ke patut aku dikatakan india. tau2 je la, orang melayu ni sensitif. kalau bangsa aku ditukar ke bangsa india, abislah keistimewaan sebagai orang melayu.

tapi aku rasional, aku masih tersenyum (walau dalam hati membara). aku tanya kenapa dia beranggapan aku ada keturunan tamil nadu. dia cerita dari segi sejarah. sejarah kegemilangan melayu melaka. kedatangan pedagang india membawa rempah. kedatangan orang india sebagai pendakwah. sebagai kuli. sebagai askar. diceritakn teori perkahwinan dengan masyarakat setempat. dan wujudlah darah keturunan india.

teori seterusnya ialah faktor fizikal. susuk tubuh, raut muka, struktur hidung, jenis darah dan sebagainya. rata2 orang india katanya berdarah O+. hidung mancung dengan lubang hidung agak besar. kulit agak gelap (rata2nya hitam), dada bidang, berbulu dada, berjambang. katanya, dia dah mengkaji sampai ke seluruh dunia mengenai asimilasi orang india. orang india berasal dari india dah berevolusi (err... sesuai ke ayat aku ni) dan membentuk berbagai bangsa hasil perkahwinan campur. ala, yang biasa kita dengar ialah orang cina kahwin india, jadi CINDIA. singh kawin india = SINDIA. kalau melayu kawin india, dia akan jadi melayu sebab melayu dominan di malaysia. tapi kalau ikutkan, melayu kawin india = MEDIA (kuang, kuang, kuang.... macam media prima pulak).

terpengaruh dengan teori2 dr rajinikhant tu, ada gak aku gi check darah tinggi. opss... jenis darah. memang betul aku darah tu. tapi kalau ikut kata nabil raja lawak, darah 'O' ialah darah pemimpin. bermakna aku ada keturunan darah pemimpin kesatuan sekerja pemandu auto di madras barangkali. heh!... nak kata aku anak angkat, entahlah. kang kalau aku tanya, tak dapat harta pusaka pulak (ha.ha.ha..... tamaknya).

kesimpulannya ialah, apapun keturunan kita, kita semua manusia. asal dari Nabi Adam A.S. berasal dari tanah, dan kepada tanah kita kembali. tak kisahlah kita berdarah india, melayu, iban, dayak, cina dan sebagainya, esok memang kita boleh sama2 menyambut hari deepavali. aku saje kaitkan aku dengan berdarah india sebab esok aku nak sambut Deepavali. dah 2 open house yang mewajibkan aku kerumah mereka.


kepada semua sahabat berketurun India, aku ucapkan "DEEPAVALI NAN VARTICAL".

4 comments:

relevan said...

Hepi deepavali Izman ..

Insan Marhaen said...

Izman mesti faseh speaking Tamil, ya! Tok ibu_suri orang Pakistan. Boleh sikit-sikit cakap urdu...

Nasrun Akif said...

saya pun ada keturunan india dan aceh.saya
darah o

Nasrun Akif said...

saya pun ada keturunan india dan aceh.saya darah o