Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

sedikit masa lagi jam akan menghampiri detik Tahun Baru 2010. macam orang lain juga aku tidak terkecuali kena pasang azam tahun baru. dalam masa yg singkat je dah berapa kali aku pasang azam tahun baru. ye lah... hari tu azam tahun baru tamil, kemudian tahun baru hijrah, ni tahun baru masihi, februari nanti nak pasang azam taahun baru cina pulak.

entahlah, apa nak aku cari di tahun baru masihi ni. nak tambah isteri itu tak mungkin. tambah anak? itu belum dibincangkan lagi. err... tapi sebelum ni tak bincangpun, alih2 dah 3 orang. he.he.he... apa yg penting untuk tahun baru yg mendatang dan tahun2 berikutnya ialah kehidupan yg lebih selesa. kasihsayang keluarga tu biarlah semakin kukuh dan diberkati Allah.

untuk diri sendiri? err.... malu nak sebut. tapi aku sebutlah. aku nak kuruskan sikit badan, err.. spesifiiknya perut. dah lama aku tinggalkan dunia aktif bersukan, beraktiviti lasak, berpengakap, memancing dan sebagainya. yg aku tak pernah tinggalkan ialah aktiviti makan dan makan. kesihatan penting!

untuk hobi? cam biasa, aku nak tambahkan lagi koleksi duit syiling aku. may be kalau ada duit lebih tu ingat nak buat koleksi duit kertas jugak. may be start dengan duit kertas yg value rendah dulu. memancing tu ingat nak start balik, tapi bila dah lama dah stop ni, eee... maleh betul nak start balik. bila dah start kang, susah nak berenti pulak. itulah penangan memancing.

apa2pun, kepada semua sahabat baik yg aku kenal anda secara bersemuka atau hanya dialam dunia maya. yg selalu hadir dan meninggaalkan jejak, atau sekadar datang bertandang tanpa jejak. terima kasih. dan untuk tahun baru yg bakal menjelang, aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010. Moga hidup kita diberkati, diberikan rejeki melimpah ruah, disenangkan kehidupan dunia dan akhirat.


IZZI ADVERTIZING--------------------------------

5 comments:

Mr PenyuBiru said...

maybe tahun 2010 ni boleh start kumpul sampul duit raya ke? ok gak tu.jimat.


btw,epi new yer!

Zyma Saad said...

Salam Tuan Rumah.....

Selamat Tahun Baru 2010!!!
All the best.....


;)

http://zymasaad.blogspot.com/

secangkir madu merah said...

izman, selamat tahun baru 2010 buat mu seisi keluarga semoga bertambah ceria dgn bertambahnya ahli keluarga dan harap2 tahun baru ni tambah lagi rezeki dengan sorang lagi baby boy, buat kawan ngan lokman...hehehee...

cendawanintim said...

selamat tahun baru 2010, moga tahun baru ni menjanjikan lebih kebahagian dan keberkatan bagi kita semua..amin.

eiman@nurizan said...

selamat tahun baru 2010