Thursday, December 10, 2009

Tujuan Cuti Sekolah

sekarang ni masih musim cuti sekolah, itu aku rasa semua orang tau. kalau yang tak tau tu, sama ada dia jenis katak bawah tempurung atau jenis memang tak de deria rasa pada persekitaran.

musim cuti sekolah ni adalah sesuatu yang sangat penting dalam calendar, tak kiralah kalendar masihi, hijrah atau kalendar kuda. cuti sekolah dipaparkan dengan jelas dan siap ditulis lagi 'school holiday'. calendar korporat juga sama, tetap ada dicatatkan peristiwa cuti sekolah ni. kenapa ye?

akupun tak tau sebab saintifiknya, tapi mengikut telahan aku supaya mak bapak yang kerja tu supaya ingat bahawa kalau bizi sangatpun kerja untuk company, tak kan musim cuti sekolah tak reti2 nak bawa anak2 jalan2.

lagi satu, ia juga sebagai panduan bila sepatutnya apply cuti jika nak menikah. cuti2 yang ada tu bagi makbapak yang ada anak jantan nak masuk akhil baligh tu kena la simpan, sebab anak nak bersunat.

sebut pasal bersunat ni, rata2 adik2 atau anak2 kita baru abis darjah enam mula risau semacam. ye lah, bahagian tubuh yang dijaga sejak kecik nak dipotong. tapi lelaki spesis aku sebenarnya tak le takut sangat nak bersunat, yang jadi takut tu sebab ramai abang2 dan pakcik2 yang menakut-nakutkan. aku masih ingat masa aku nak bersunat dulu, ada sepupu2 dan pakcik2 aku yang gertak. kata mereka bersunat tu guna kapakla, pedangla, pahat, dan tak kurang juga kata gergaji. gile ape, potong muncung tu pakai gergaji!

hah... satu yang aku agak suka pasal cuti sekolah ni ialah kebanjiran bakal2 pekerja di pelbagai sektor. aku suka sebab senang nak pilih pekerja. yang comel ambik. yang kurang comel pun ambik jugak, tapi letak jauh sikit dari office aku. ha.ha...ha.... lawak je tu, kami di sektor kilang banyak ambik lelaki, pompuan sangat kureng.kalau ada perempuan pun setakat pegawai, supervisor, qa/qc dan kerani. yang lain semua berpedang atau bertombak macam aku.



IZZI ADVERTIZING--------------------------------

5 comments:

Maiyah said...

mmg dorang nk keje sesgt pas abih peksa kan.. nk cari duit poket

eeeda said...

Aku tahu tujuan cuti tak yah ge sekolah....
Kalau tak ada cuti...
Takut cikgu boring....
Lagi susah...
he he he...

julietchun said...

cuti sekolah ni ada juga ibubapa yg pening kepala bila anak2 ajak bercuti, tapi duit nak disimpan utk beli kelengkapan sekolah.

Mak Su said...

huhuh, ngerinyer...gergaji ? ahaks

suzieapai said...

walaweiii...surirumah tangga sepenuh masa tensi tiap kali cuti sekolah...ramai aku dengar mcm tu...naper yer? lu pikir la sendiriii