Sunday, December 13, 2009

Universiti Tu Apa Ayah?

cuti hari sabtu dan ahad ni aku abiskan dirumah. keluar cuma nak pergi kenduri kahwin kawan lama masa kerja di apm dulu pada hari sabtu. dan kenduri kahwin kedua pada hari ahad, staff di kilang tempat aku kerja. dah orang jemput, dan aku ada kelapangan, kena pergilah. sebagai orang yang pernah diraikan dalam suatu majlis pernikahan, kedatangan saudara mara, kenalan dan jemputan adalah saat2 yang membahagiakan.

masa2 yg terluang juga aku gunakan untuk membeli belah keperluan rumah, jumpa kawan2 dan melayan anak2 dirumah. melayan anak2 yg membesar adalah saat yang membahagiakan. dikesempatan waktu juga aku sempat mengajar luqman mengeja, membaca dan mengira.

suatu hari sedang aku ajar luqman mengira, luqman ternyata kagum dengan kepandaian ayahnya. mengajar matematik budak tadika memang la aku teror, cuba matematik tahap kelas 8 anggur, menangis aku nak menjawabnya.

luqman : pandainya ayah jawab.
ayah : biasalah. tu lah luqman kena belajar.
luqman : ayah pandai, ayah belajar kat mana?
ayah : kat universiti.
luqman : universiti tu apa ayah?
ayah : universiti tu pusat pengajian tinggi?
luqman : tinggi mana ayah?
ayah : tinggi la, kena belajar pandai2 baru boleh masuk universiti. luqman nak masuk universiti?
luqman : nak. luqman nak jadi pandai macam ayah.
ayah : nak pandai macam ayah, kena belajar rajin2. baru boleh masuk universiti.
luqman : universiti mana ayah?
ayah : universiti utara malaysia.
luqman : kat mana tu ayah?
ayah : kat negeri kedah.
luqman : negeri kedah tu kat mana ayah? jauh tak?
ayah : jauh. kalau naik kereta 6 jam baru sampai.
luqman : kalau jalan kaki ayah?
ayah : jalan kaki? enam tahun kot baru sampai.
luqman : kat universiti tu, semua orang pandai macam ayah ke?
ayah : semua pandai2. tapi luqman kena masuk sana belajar la, jangan jadi tukang kebun pulak?
luqman : tukang kebun tu tak pandai ke ayah?
ayah : pandai, tapi pandai potong rumput la. luqman kena pandai belajar, baru keluar universiti dapat kerja hebat, gaji besar.
luqman : ok.
ayah : dah, pergi main dengan adik pika pulak. ayah nak buat kerja sikit ni.


6 comments:

ezzati said...

byk tul soklan ank ko ekk..bagus tu..leh msk debat :)

izman said...

ezzati,
bertanya tu satu dari proses pembelajran.

debat? pemalu macam bapa dia anak aku tu.

zafi said...

so sweet of little conversation!
what a day.. :)

maiyah said...

mmg sronok kalo melayan keletah bebudak ni

cendawanintim said...

salam,

lama benor tak menyinggah...

anak2 makin cerdik...

SUZIE APAI said...

nasib ank ko tak tanyer:

"ayah ramai aweks tak kt universiti dulu...?"

ahaksss