Tuesday, December 22, 2009

Kek Ben 10

semalam (21/12/09) genaplah usia anak aku luqman hakim 5 tahun. awal2 lagi wife dah ingatkan aku yg luqman nak kek ben 10. aku tak ambik kisah sangat sebab aku selalu nampak ada kek kat secret resepi di tesco klang tu. nak kalut apa!

so, aku kerja cam biasa. wife dua tiga kali call ingatkan suruh balik cepat dah beli kek utk luqman. mentang2lah anak lelaki kesayangan dia, asyik remind aku je. cuba birthday anak pompuan, aku sendiri la kena ingat.

balik keje berdesup aku pergi cari kek ben 10. secret recepi takde. kings confectionary takde. fruitty trutty takde. kedai2 kek berhampiran takde. bancau! cuba slow talk tukar kek lain, wife cakap kena cari kek ben 10 jugak. aduyai....! seach cari kedai2 kek berhampiran dan kemuadian call. semua takde kek ben 10. kalau nak kena booking 2-3 hari. woii... anak aku birthday hari ni, bukannya 3 hari lagi.

balik rumah tanpa kek, anak dan emak muncung aje. aku mandi manda dan solat kemudian keluar satu keluarga dalam misi cari kek ben 10. setelah jenuh mencari, kami kemudian singgah ke giant sebab wife aku kata jiran sebelah rumah kami selalu beli kek kat giant. aku pasaraya ni memang cukup tak suka, tapi demi untuk kek ben 10 aku masuk le. kami masuk dan mencari. dah masuk pasaraya tu le aku lemah, ada je barang nak beli. tiba2 je ubat ketiak (roll on deodorant)habis, ubat bontot (nappry rash) baby abis, dan macam2 lagilah. aku beri peluang luqman pilih mainan yg dia suka, melompat sakan dia pilih. yang kelakarnya, luqman pilih satu trak pengangkut kereta yang besar gedabak dengan harga rm5.00 sebagai hadiah hari jadi. naluri bapa aku tak sampai hati, dan memilih kereta remote control yg dekat seratur hengget, tapi dia tetap nak lori angkut dia. katanya "kan kereta remote control luqman dah ada dua". oklah. lagi best, pika pulak yang ppilih mainan yang mahal. bila aku tanya pika "siapa yang hari jadi ni?" pika cuma mencebik dan mula menangis. argh... anak pompuan, air mata sajelah senjata ampuh nak melemahkan si ayah. ok lah.... beli!

keluar giant, kami masuk kedai kek. kek ben 10 takde. yg ada cuma kek kartun tigger & pooh, dan kek mickey mouse. luqman pilih kek tigger & pooh. perisa coklat. siap tulis nama dan decoration kek, kami ke pizza hut pula. luqman nak pizza. hajat birthday boy kan, ikut je la.. mak ai... nak dua biji. sebab bonus masih bersisa, dan nak anak2 happy, aku ikut je la. untuk aku, aku ambik deli chicken wings je.

since semua menda termasuk kek, pizza, kuih, belon dan lain2 dah dibeli, kamipun balik. kami sambut anak beranak je. malas nak jemput2 orang. buat ala kadar je.

setelah kekenyangan, kami terbuntang tengok cerita awan dania. terhibur tengok anak2 gumbire. si pika dah siap pesan dia nak kek barbie masa hari jadi dia nanti. anak aku sorang ni memang peminat watak barbie, mahal siot barang2 dia. untuk anak kesayangan, masa ada duit tu aku layan la jugak beli2 barang2 yg dia nak. cuma dia nak koleksi barbie aku tak layan, dah la banyak, mahal pulak tu.

lemak kek, pizza, agar2 laici buatan isteri tersayang, air laici, dan lain2 juadah membuat mata aku semakin sempit.ciuman anak2 yang kegembiraan dan ucapan 'luqman sayang ayah' dan 'pika sayang ayah' membuat aku terus lena kegembiraan. apalah yg aku cari dalam hidup selain kegembiraan dan kasih sayang keluarga.

17 comments:

julietchun said...

hepi besday luqman. kekdg masa kita taknak berlambak je kek tu depan kaunter, aku selalu gak terkena gini.

aliff muhammad said...

Salam,

Selamat hari lahir Luqman. Yeah,perkara yang sama juga pernah berlaku padaku. Hui, kesian melihat wajah budak-budak.

Keluarga itulah permata.

Tijah said...

kannn? demi anak tersayang. niari anak aku nak popcorn di tgv. tanak tempat lain. adoih.

Nur a.k.a admansyah said...

Hepi Besday 2 Lokman... larrr Lokman same age ngan Aiman rupe-nyee! patut ler hobi pun same... BEN-10 4 fever!!!

Ko dh register Lokman skul std 1 ker? saje nk remind ko... Aiman aku msk pra-sekolah thn depan, means following year pun skul sama. Sonang koje mak bapak die.. heh heh

ILA said...

EPY BEFDEY BUAT EPY BOY LUQMAN:)

teruskan mbesar mjadi anak yg baik ,cerdik dan bertakwa..
hmm...ikut firasat aku..mana de S.R kluarkan kek yg ada gambor ben10??

maiyah said...

selamat hari jadi.. moga jd anak yg baik

Fatt Chin Choy said...

hepi besdey luqman
best ada keluarga dah

ezzati said...

suwet2...happy b'day luqman :)

izman said...

julietchun,
tu lah pasal. mau tak 10sen aku.

izman said...

aliff muhammad,
trima kasih singgah.

betul. tapi ada gantian yg dia berkenan, oklah!

izman said...

tijah,
ikut je kalau ada kemampuan dan kelapangan. anak2 kan harta.

izman said...

nur aka admansyah,
yup, sama umur. nanti masuk u sama2 ye.

geng ben 10 tu, naik pening aku.

izman said...

ila,
allo... SR mmg ada kek koleksi ben 10. tak caya ko pegi kat outlet dia tanya. aku biasa kat tesco klang. ada 3 jenis kot.

jgn salah kedai pulak, ko pegi secret recepi bukannya victoria secret! he.he.he...

izman said...

maiyah,
trima kasih kak.

err... voucher kfc akak belum anto la.... waaa... petang nanti saya pegi poskan. asyik lupe je

izman said...

fatt chin choy,
thanks bro. ko bila lagi nak berkeluarga dan merasa sambut bestday anak?

izman said...

ezzati,
thanks. harap begitulah.

Mak Su said...

seronok ek sebagai kepala keluarga, tatkala anak2 hepi, dan isteri pun hepi :)