Friday, December 4, 2009

Komen Terbanyak Bulan November 2009

Semenjak dua menjak uruskan web aku sendiri iaitu www.izzibusinesscard.com , makin kurang rambut aku. bukan senang rupanya mengurus web ssendiri ni. blog senang la, klik2, pastu tekan publish. web bukan begitu senang, apatah lagi bagi orang yg bertaraf amatur macam aku. bab yg paling sulit tak lain tentulah mengurus control panel (cpanel). susah siott!

web aku dah mula bergerak, tahap percubaan pertama dah macam ok, tapi banyk kelemahan lagi. biasalah orang tak reti IT buat. tapi aku bangga dengan diri aku sebab at least aku belajar something. promosi web belum aku mulakan lagi sebenarnya sebab aku baru daftarkan perniagaan hari semalam (khamis). dah ada company ni, senang sikit langkah, boleh buat resit dan pengurusan wang dengan lebih baik.

kawan2 yang menyumbang idea tu aku ucapkan terima kasih. yang support dengan mendaftar kad dengan aku sejak dari awal walaupun tak tau web aku boleh jalan ke depan atau boleh jalan! tu aku ucapkan terima kasih banyak2. banyak aku kena buat untuk mantapkan web aku tu, tapi sikit2lah. kalau aku terus hire profesional web designer dan adakan pelbagai features, aku yakin aku akan charge dengan harga berganda lebih mahal. sekarang dengan harga rm10 untuk 2 tahun, aku rasa cukup murah.

sekarang dah adanya company, aku dah boleh mula gerak dengan lebih pro. strategi pemasaran dan beberapa agen jualan dah aku lantik. ala kawan2 je. modal ciput, mana mampu beri komisen besar. pada sesiapa yang minat nak iklan kad perniagaan mereka dalam web aku tu, sangat2 dialu2kan. cadangan category dan sub category baru pun aku alukan, banyak lagi aku dah senaraikan, tapi since kad masih kurang, aku biarkan dulu. yg ada idea atau nak mengiklan buleh email aku kat damak_76@hotmail.com

oh ya... ni dah masuk bulan baru, dah hampir seminggupun. dengan ini aku umumkan bahawa pengunjung yang paling banyak meninggalkan komen di blog aku sepanjang bulan November 2009, aku serahkan pada kak maiyah (http://maiyah71-perjalananku.blogspot.com). akak tolong emailkan address akak ke email saya di damak_76@hotmail.com. ada la sedikit buahtangan untuk pengunjung yg rajin meninggalkan komen. nak yg mahal2, tunggulah kaya nanti, sekarang masih ditahap orang marhaen lagi.






IZZI ADVERTIZING-------------------------------------

10 comments:

maiyah said...

macih.. macih.. dgn ini sy nak tima kasih pd mak ayah.. adik bedik n krew2.. erkk!!.. tercacul plak..

eeeda said...

wah.... seronoknya pengomen plg byk pun dapat hadiah....

relevan said...

Kawan nak komen banyak banyak ni Izman..nak hadiah juge..nak hadiah juge..

Maiyah jangan lupa belanja tau..eeeda dah pun belanja relevan dulu..nanti kene belanja lagi...nak KFC je..he he he!

juk said...

salam,

u daftar domain company u kat mana? RM10 utk 2 thn? tul ke? kalu gitu i nak tukar le...x yah ada xxxxxx.blogspot.com. tukar jadi www.xxx.com lagi hebat yo!

izman said...

maiyah,
saya yg patut ucap terima kasih kat akak kerana meramaikan jemaah kat blog saya yg tak berapa ramai ini.

izman said...

eeeda,
ala hadiah ciput je. datang dan komen le selalu, sapa terbanyak, dia dapat.

izman said...

relevan,
komen jgn tak komen

dengan pompuan je nak jumpa ke bang, ngan jantan cam kah ni tak nok jumpe ke??

izman said...

juk,
domain tu daftar hosting USA. harga dia bukan rm10 utk 2 tahun, itu harga kalau nak iklankan kad perniagaan dalam hosting tu.

sha said...

saya doakan syarikat aok maju dan barakah..

joegrimjow said...

walaa
mantap2
da ada web sendiri da ni
xtgok lg web tu
nanti ku tgok ya