cerita bab2 kahwin ni, akupun suka jugak. sape yang tak suka bab2 kahwin ni, aku yakin tentu ada masalah. baik pergi jumpa doktor atau pakar urut, mana tau ada mana2 urat yang putus atau tersimpul.
bagi aku, masa ingin melangsungkan perkahwinan dulu memang ditunggu2. kali pertama diijabkabul la katakan. sesekali boleh diibarat 'beruk mendapat cincin', terkejar ke sana kemari, tapi tak tau apa nak dibuat. Alhamdulillah, majlis kenduri kahwin aku dulu akak aku yang uruskan. aku cuma bagi duit dan bawa akak aku jika dia nak pergi beli barang. barang hantaran, kad, pakaian dan sebagainya aku serah bulat2 pada akak aku. aku mak dah meninggal dunia, so akak akulah ambik peranan. papa dan mak tiri aku ada, tapi aku rasa lebih selesa akak aku uruskan, apatah lagi akak aku tak berkira sangat dengan aku.
masa yang paling saspen masa pernikahan apa dia? malam pertama? ish..ish...ishh.... itu rahsia suami isteri je tau. tapi betul, memang rugi tak merasai kenikmatan malam pengantin ni. ish.. cerita menda2 ni buat aku nak kawin lagi satu pulak. opsss! maksud aku nak balik cepat pulak (sori ayang, tersasul pulak).
Pada aku yang paling mendebarkan (selain debaran malam pertama) ialah masa nak diakad nikahkan oleh tuan kadhi. dengan mata2 yang memerhati, dengan mulut2 yang bercerita, dan suara yang tersangkut kat kerongkong. heh... memang mendebarkan. Alhamdulillah, masa aku dulu dengan sekali lafaz je, aku sah jadi suami orang.
IZZI ADVERTIZING--------------------------------
Download 3 ebook hangat ini secara PERCUMA dan SEBARKAN. RM 1.00 akan diberikan bagi setiap download daripada link anda.
Keterangan lanjut, sila klik banner dibawah.

8 comments:
sehari kekdg ada 2-3org kawen kat umah aku nih,.
hehee... aku lmbt lagi kot nk kawen..
naiklah kolesterol, asik makan minyak.. :)
aku tggu x musim kawen..bole??
Nie pun sama le...banyak gak dpt jemputan kenduri... jauh2 pulak tu...
hiks....dan dan ko cover balik mintak sorry ngan ayang ko yer...
takut jugak ko yer...hehhehehhee
mkn free.. sdp lagik
salam izman.
ya musim cuti sekolah biasanya kalau tak majlis khatan, majlis nikah kahwin ataupun pertunangan.saya pun dapt gak jemputan , mana yang dekat dekat kita ramaikan...yang jauh tu talipon je, almaklum majlis betembung...
Post a Comment