Saturday, December 26, 2009

Kasut Sekolah Marco

sekarang ni kat mana2 kita dapat saksikan yg kedai2 pakaian, kedai2 kasut termasuk pasaraya besar telah didominasi oleh anak2 dan makbapak mereka. rata2 mereka dalam misi last minit mencari pakaian sekolah dan kelengkapan sekolah anak2 termasuk kasut, stokin, beg, fail, alatulis dan sebagainya.

walaupun ekonomi masih lagi gawat (ye ke?) tapi dapat diperhatikan rata2 ibubapa agak boros berbelanja untuk anak2 mereka. masing2 tak mahu mengalah dan membeli yg terbaik untuk anak2 mereka. pada aku ia tak salah. malah kawan baik aku sanggup menghabiskan hampir rm600 daripada duit bonus yg diterimanya untuk membeli kelengkapan seorang anaknya yg baru masuk darjah satu. biarlah, duit dia. cuma kalau kehabisan duit ,yg tak syoknya akulah yg dicarinya.

dalam berbelanja kelengkapan sekolah, aku juga tidak terkecuali. anak aku luqman hakim akan masuk tadika tahun depan. even kelengkapan sekolah tadika dia masih elok, aku juga sama dengan ibubapa lain yg boros berbelanja. anak aku bab kasut dan baju seluar memang dia tak heran, belilah apa je jenamanya. dia akan ambik. cuma dia akan mengamuk kalau tak dapat beg ben 10 atau transformers. alatulispun sama, semua ada nama transformers.

masa membeli dan melihat gelagat ibubapa membeli kelengkapan sekolah, teringat pulak kenangan aku nak menghadapi buka sekolah. aku masa tu tinggal dengan datuk dan nenek aku. datuk aku garang!. bila nak buka sekolah datuk akan bawa aku dan kakak ke pesar sari damak untuk beli pakaian. murah. bab kasut, datuk tak mau beli kat pekan sari sebab dia kata mahal. dia cakap beli kat kedai cina lagi murah. aku tak kisah sangat, asal beli yg baru aku rasa cam ok. tapi sebagai anak remaja tentulah aku nak yang trendy sikit sebab ramai kawan2 yg dah bercakap untuk membelinya.

sekolah dah nak bukak, tapi kasut belum ada. tak kan nak pakai yg lama. tak smart lah kalau nak lalu depan kelas tingkatan 2 anggur nanti. aku pujuk kakak jumpa datuk, dan akhirnya datuk setuju untuk membelinya petang nanti. datuk mengambil saiz kasut aku menggunakan tali rapia. datuk cakap dia akan beli sendiri. aku ada kelengkapan sekolah serba baru. kasutpun baru.

petang tu datuk beli kasut. aku menunggu datuk balik dengan tidak sabar. sama tidak sabarnya dengan ketidaksabaran pengantin lelaki menunggu semua tetamu balik untuk mendapat hadiah malam pertama. lambatnya datuk aku balik. pergi naik kereta ke pergi naik semut ni. opss! datuk aku tu keturunan tokcik rimau, kang dia pergi dengan rimau, sekampung yg lari nanti.

yeee... datuk balik. yeaahhh! kasut aku dah sampai. wahh.. tentu ensem aku dengan kasut baru aku nanti. plastik berisi kasut bertukar tangan. aku membukanya dengan tidak sabar. err....! jantung aku seolah berhenti berdenyut. ka...kasut.. marco! waa.... kasut marco la. bencinya datuk aku ni. ini kasut apek pergi toleh getah, bukan untuk pelajar ensem macam aku pergi mengorat, opss... maksud aku pergi belajar.

opss... buat yg dalam generasi 1malaysia, kasut sekolah marco tu memang sangat murah harganya. buatannya sangat kukuh sebab hampir 50 peratus kasut itu ditutupi oleh getah berwarna hijau. dan hijau itulah yg membuatkan kasut itu tidak cantik dan sesuai untuk apek2 membawanya ke estet untuk memotong getah.

depan datuk aku terpaksa control rasa sedih dan marah. kang berbirat pulak aku kena rotan dengan datuk. aku ambik kasut dan masuk bilik. dalam bilik, aku humbankan kasut tu ke dinding. nak menangis, malu pulak. terasa nak lari dari rumah je. tapi duitpun takde. err.. kalau ada duitpun aku nak lari ke mana? paling jauh aku boleh pergi terengganu je. atau kelantan. baik aku lari ke kuala lumpur. tapi kat mana ye. setakat zoo negara, tugu peringatan negara, masjid negara tu pernahlah aku pergi, itupunrombongan sekolah. dengan hati yg sedih, aku redha dan aku mencari public phone dan mengadu pada papa aku.

nasib baik papa bersimpati dengan aku. dalam diam papa mengirim wang pos pada aku. dapat je wang pos tu aku segera ke bandar jerantut, menukar wang pos ke wang malaysia dan ke kedai kasut untuk mencari kasut yg aku idamkan. Alhamdulillah, dapatlah aku membeli kasut idaman aku tu. dengan kasut idaman ditangan, aku tidur dengan puas malam tu. dalam hati berdoa cepatlah buka sekolah. aku dah tak sabar nak bergaya dengan kasut baru tu dengan gadis pujaanku.

6 comments:

AZANI said...

salam izman,
ada juga yang pakai kasut plastik ke sekolah...

maiyah said...

hehe.. mmg kenangan tul tu.. kira ok le ngan macro pe.. camne pakai kat skolah tu :D

eeeda said...

Dah mula sibuk org ada anak yg bersekolah....

juk said...

kita patut bersyukur dgn insan2 yg lebih miskin...tp kalau mampu nak gak pakai kasut badminton master...dok gitu?

Mak Su said...

maksu ni sejak dari kecik sampai ke besor macam blue hyppo ni, cengginiler.. tak merasapun nak berhemoi2 berbelanja. asik berdikit2, entah bilalah nak merasa pakai henbeg berjenama, gaji jer semua utk keperluan famili.. huhuhu (tetiba sedih plaks)

tamanraudhah said...

Beri Laluan

Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?