Sunday, January 3, 2010

Blue Lagoon

Pada 02/01/2010 (sabtu), setelah balik last minit shooping kat bandar klang untuk pakaian anak2 (untuk anak sekolah aku cuma belikan stoken je). saje nak ramaikan majlis dan menyesakkan lalulintas.

tengahari, aku pergi jemput sepupu aku yang baru balik dari bercuti ke china. company trip. bestnya! dah lama aku tak dapat company trip ke oversea selepas tinggalkan kerja kat apm. aku jemput dia kat komuter port klang je, sebab dia balik ngan geng2 dia dan dari kl sentral datang ke port klang.

lepas makan tengahari, takde menda nak buat. so, kami ramai2 ke putrajaya sebab sepupu aku tu nak jumpa sepupu kami yg duduk kat putrajaya. sampai sana, tak de menda nak buat tiba2 je terpacul nak gi port dickson. so, port dickson la.

kat teluk kemang sgt pack, mak aih ramainya manusia. so, kami rasa nak naik ataih lagi. dan akhirnya kami sampai kat pantai tanjung biru atau turut dikenali juga dengan blue lagoon. tanpa pakaian mandi, kami beli je seluar dan baju kat situ untuk bermandi manda. err... spender tak jual ke? tapi betullah, blue lagoon tu memang cantik dan sangat tak crowded macam kat teluk kemang yg airnya dah macam teh susu tu. tak caya kecantikan blue lagoon, tengoklah...






untuk kenangan, aku abadikan gambar sekeluarga kat situ.


Gambar : aku dan keluarga berlatarbelakangkan pantai blue lagoon, port dickson.

sebelum sempat anak2 main pasir, aku dan sepupu2 aku aina dan faizal main laut dulu. kami naik banana boat. seronok jugak sesekali kena humban dari banana tu. 3-4 gelas jugak aku tertelan air laut tu kot. enjoy siot! lepas main banana, aku layan anak2 main pasir sementara sepupu2 aku tu melayan main kayak.








anak2 sekejab je main pasir. then aku dan sepupu2 sambung main air laut. isteri setia melayan anak2. apatah lagi sempat juga isteri beramah mesra dengan isteri2 orang lain yg berkelah disebelah kami. sampai malam lah kami berendam di laut tu. dah semua kecut barulah kami naik, mandi2 air tawar dan bertolak balik. opss... sebelum tu atas rekomen pemandu bot kami, kami berhenti makan kat nasreen seafood kat telok kemang. alhamdulillah, memang sedap dan harganya sangat berpatutan.

then, hantar balik sepupu aku faizal ke putrajaya dan kami balik ke port klang. masing2 bungkang dalam kereta, letih bangat barangkali. aku takleh bungkang lah sebab aku jadi driver. dalam pada itu kami sepakat untuk datang lagi bersama sepupu2 yg lain dan bermalam di blue lagoon. best!



IZZI ADVERTIZING--------------------------------

7 comments:

joegrimjow said...

kembali berblog stelah sekian lama bercuti!


blue lagoon...
nanti ley guna tnpat ni untuk gathering blogger
amacam?

izman said...

joegrimjow,
selamat kembali.

memang menarik, depan pantai tu boleh buat bbq. plan betul2, insyaallah boleh join kalau kena waktunya.

maiyah said...

amboii.. sronoknya.. nmpak best le, tgh merncang ni nk gi pd

Anonymous said...

Serik naik banana nie.... pernah dulu kami naik ramai2 lepas tu ada kawan kami hampir lemas...

ChuMeLL said...

welcome back bro..chik juga da slmt kembali ke dunia blog..hehe..

blue lagoon vs teluk kemang..i choose blue lagoon..org xramai sgt..tempat pn cntik..

Nur a.k.a admansyah said...

wahh... nie kire 1st time aku dpt tgk pic ko sefamili taw! meriahh... dah seri ngan aku ler..

Blue Lagoon? canggih nama tur bro.. tgk kayak tur, tingat zaman kt UUm dedolu... mmg kaki kenu gue nih! aahhh... Cinta di Pantai Merdeka... warrghhh!!!

Selamat Thn Baru Bro... apa azam ko?

Mak Su said...

happy new year... blue lagoon mmg cantik, biasa dengar, tapi sebagai orang rembau, maksu blum penah sampai ke sinun, hehehe