Saturday, January 9, 2010

Isu Kalimah Allah

Dimana2 sekarang orang bercakap pasal penggunaan kalimah Allah oleh gereja yg menimbulkan kemarahan umat Islam di malaysia. akupun sama, aku menganggap penggunaan kalimat Allah adalah ekslusif kepada umat islam. lantaklah apa sejarah dulu yg menyatakan bahawa kalimah Allah dah didigunakan pihak gereja beratus tahun lamanya. negara indonesia juga dikatakan menggunakan istilah Allah dikalangan ahli gereja, lantaklah. tapi di malaysia ni, aku seperti yg lain2 umat islam, tidak sekali kali merelakannya.

pun begitu, aku mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan kekerasan dalam menangani isu ini. jangan sekali2 menggunaan kekerasan terhadap penganut agama lain atau membakar rumah ibadat mereka. itu ditentang oleh Allah.

dalam menilai isu ini, aku melihat ahli2 politik kita terlalu lembab. takut mengguris hati pengundi dan takut kehilangan undi di pilihanraya barangkali. ahli2 agama juga aku lihat terlalu lesu. itulah natijahnya bila ahli agama lebih sayangkan jawatan dari sayangkan agama. mereka lebih takut hilang kerja dari takutnya hilang iman. entahlah.

aku juga hormati mahkamah. aku tidak mempertikaikan keputusan hakim. yg arif hakim tersebut dibatasi dengan fakta dan salur galur perlembagaan. tak kisahlah agama apapun hakim tersebut, beliau terpaksa mematuhinya berdasarkan hujah. tapi menggunakan mahkamah sepanjang masa agak mengambil masa. hari ni gereja menang, islam merayu. may be islam menang, dan gereja merayu pulak. makan tahun la... tak kisahlah jika untuk kebaikan. cuma kes2 seperti pembakaran gereja, masjid, demonstrasi, ketidakharmonian akan terus berlaku dan memuncak.

aku harap penyelesaiannya ccepat. ahli2 politik ni bukannya boleh pakai sangat. banyak berfikir dari buat kerja. macam yg lain2 harapkan, aku berhadap campurtangan YDP Agong. Tuanku boleh menitahkan agar kalimah itu hanya untuk orang Islam. kenapa tidak? Baginda adalah ketua negara, ketua agama Islam dan baginda berada diatas perundangan. aku rasa jika dititahkan ia hanya untuk umat Islam, apalah yg merugikan masyarakat lain? orang hindu, buddha, singh aku rasa mereka tak kisah langsung siapa yg nak pakai istilah tu. merekapun tak rela nak pakai kalimah Allah sebagai ganti gautama buddha, dewa ganesh, dan lain2 tuhan mereka. jika tuanku yg beri dekri diraja, aku yakin kita akan hidap aman kembali.

kepada yg susah2 nak gunakan nama Allah sebagai tuhan mereka, aku suka sebenarnya. ia pengiktirafan bahawa tuhan sebenar ialah Allah. cuma, gunalah dengan betul dan sebagai penganut yg betul, jadilah penganut Islam.




IZZI ADVERTIZING----------------------------------------
TurnkeyNation

No comments: