Thursday, January 21, 2010

Roti Jantan

semalam (20/1/10) kepala agak serabut. system payrol aku ada masalah, aku nak kena siapkan gaji la... masa ni lah dia nak semputkan sistem. aku contact system provider tapi tahap bangangnya lebih kurang aku je dalam bab2 sistem tu. langsung tak membantu. cool izman, cool..

so untuk melegakan kepala yg serabut, aku balik awal. lepas solat dan makan malam aku bawa anak2 ke pasar malam. mission nak cari durian. aku dari dulu lagi kalau nak suruh aku pergi pasar malam nak beli lauk pauk, sayur mayur ni memang aku sangat malas. kalau beli sayurpun takat pucuk paku, jantung pisang atau cendawan segar je. lauk? jangan harap la walaupun mereka kata ianya lebih murah. tak kuasa aku!

bawa anak2 memang seronok. dari cuma nak beli durian, aku terbeli buah epal, apam balik, kuih apam, jagung dan mainan. durian dah sampai kereta nak balik baru teringat nak beli, itupun anak2 ingatkan. tu aku benci pegi pasar malam, tapi makan aku suka.

cerita pasal makan, aku macam orang malaysia obesiti yang lain suka makanan mamak. roti canai, kari kepala ikan, tosai, teh tarik, meegi goreng dan sebagainya, aku semua bedal. kadang2 tu lewat malam pun aku terjah mamak lagi, cari roti canai telur. haa.... aku nak stori mori sikit pasal satu makanan baru yg memang pertama kali aku dengar dan tau mengenainya (ish.ish..ish.... jakunnya).

kisahnya begini. masa beli sarapan untuk keluarga aku baru2 ni aku terdengar ada sorang mamat mintak roti canai special. dia kata "mamak, kasi ROTI JANTAN satu". err... roti jantan? apa kejadahnya tu? untuk tidak memalukan universiti tempat aku belajar dengan bertanya pada mamak yg mungkin setakat darjah lapan kat sekolah kebangsaan tamil madras, india tu, aku cuma mendengar dan berharap ada orang lebih samdol dari aku bertanya. doa orang beriman macam aku biasanya cepat makbul, seorang pelayan indonesia yg may be baru 2 jam setengah kerja disitu bertanya "anne, roti jantan tu roti ape?". mamak menjawab "ayo, yo... tarak tau ka. itu roti jantan itu sama la roti tulur. roti tulur ada satu tulur. tapi itu roti jantan ada dua tulur".

pelayan itu kehairanan dan bertanya lagi "kenapa namana roti telor? kenapa bukan nama roti 2 telor?". mamak sayang menjawab "adik manis, itu jantan punye worangkan ada dua tulur, jadi roti ada taruk dua tulur, dia punya nama roti jantan la... ada faham. sudah, pigi taruk itu kuah.". so, aku dah dapat jawapannya, korang pun dah tau apa roti jantan. kalau tak caye, lain kali pergi makan roti canai, mintaklah roti jantan. untuk minuman, korang mintaklah kopi janda, pasti boom.

err... roti perempuanke, roti wanita tak de ke? mesti ada kan. akupun biasa tengok orang mintak roti susu. aku suggest namakan satu roti tu sebbagai roti wanita, roti campur susu segar. aaa..... aku bukan berniat lucah ye. roti ni sesuai untuk anak2 kecil yg masih menyusu tapi dalam masa yg sama mintak susu. apa aku mengarut ni, may be sebab dah awal pagi, anak2 dah tidur. yihaaa.....!!



IZZI ADVERTIZING----------------------------------

4 comments:

ChuMeLL said...

hahahaa..mmg lawak la bro..first time gak chik dengor ROTI JANTAN..mmg superb explanation mamak tu..ekekeke

Che' Pit said...

hmm pun sama, 1st time dgr roti jantan..

kopi jantan tu tahu lah, ngeh ngeh ngeh..

ezzati said...

heheh..bru tau gak ni roti jantan..kuang2..

Nek Cun said...

Izman, nekcun pun memang dah lama tahu pasal roti jantan ni, kerana 'mini parlimen' nekcun tiap-tiap pagi kat ofis tu ramai yang suka makan roti jantan!... mula-mula dulu tercengangn juga bila depa mint roti jantan kat mamak tu, tapi bila tengok mamak tu angguk sajer, nekcun pun hairan gak... macam depa dah faham jer!... mungkin depa dah masukkan dalam senarai menu persatuan restoran-restoran mamak gamaknya!... tapi, apa-apa hal pun nekcun pun dah naik terikut-ikut suka makan roti jantan campur bawang!... tak payah makan martabak lagi!... hehehe...