Monday, January 18, 2010

Tasik Shah Alam

semalam (ahad, 17/1/10)aku bawa keluarga ke tasik shah alam. dah lama aku tak ke situ. kalau diikutkan itu tempat berpaccaran dulu tu, ye lah awek kerja kat dalam kompleks pkns, so dating kat tasik lah. date situ bahaya, jabatan agama selalu meronda, tapi aku belum pernah kena takzirahlah sebab kami duduk jauh2, setengah kilometer antara satu sama lain. opss.... kisah cinta tu tak de kena mengena dgn wife aku sekarang sebab awek tu bukan wife aku. tak de jodoh.

semalam tu, misi ke tasik shah alam yg utama ialah nak cari ikan emas. wife nak cari situ padahal kat port klang berpuluh kedai ikan, murah2 pulak tu. tak kisahlah, serampang dua mata, buleh bawa mereka jalan2 sekali. akupun dah lama tak terjah kedai ikan xian leng tu.



since kami dah bawa bekal makanan, termasuk goreng pisang azmi yg famous amos tu, kami lepak la tepi tasik. roti gardenia kami dah bawa dari rumah, seronok anak2 bagi ikan makan walaupun kelibat ikan tersangatlah sedikit dan kecik2. dah kenyang, mereka tarik tangan aku layan permainan. layan je lah....




dah puas main permainan, kami naik bot menyelusuri tasik shah alam. dewasa rm5, dan kanak2 cuma rm3. bawah 4 tahun free. aku, luqman dan pika naik bot pusing2 tasik selama lebih kurang 20 minit. cukup puas hati.



turun bot, kami kemudian masuk dalam kedai akuarium. tengok2 ikan, usha2 kelengkapan akuarium dan memilih ikan emas. ikan emas yg kami nak tak de. kat rumah aku dah ada 11 ekor dah ikan emas, kami nak tambah koleksi je. dah ikan yg kami cari takde, kami belasah je beli ikan emas species lain. ala 2 ekor je. nak beli banyak sangat tak le takut ikan2 tu stress ramai sangat dlm satu bekas. dah beli, kamipun baliklah. hari dah petang, anak2 yg keletihan tertidur dalam kereta. kami singgah di bukit naga beli nasi kukus ayam dara untuk hidangan makan malam.

"siapa kata nak berjalan2 memerlukan kos yg besar. cuma rm300 je anda dapat berjalan2, bermalam, makan2, dan beli cenderahati". woi samdul... itu tagline jelajah kat asterol la. oh.. ye ke. aku punya tak sampai rm50. malaysia syiok, jomlah melancong dalam negara.

2 comments:

maiyah said...

wah sronok jejalan tasik

deusXmachina® said...

peh lama tol x g tasek s.alam
padahal dekat jek ngan umah
erk888