Tuesday, January 19, 2010

RM18,000 Untuk Berceloteh

baru2 ni aku terbaca dalam surat khabar tentang ada juruhebah radio yg kononnya dibayar RM18,000 untuk menyertai stesen radio. mahal tu! apatah lagi dibayar semahal tu untuk berceloteh di radio. aku secara peribadi tak menafikan jumlah itu dibayar kepada juruhebah radio. juruhebab radio juga ada pengaruh besar dan berhak dapat gaji besar.

tapi ada juga kawan aku yg bagitau gaji sebanyak itu adalah melampau untuk untuk seseorang yg berceloteh (atau mengarut) di corong radio. sebagai orang HR, aku rasa ok je.... sebab aku juga dibayar untuk bercakap (dan memarahi, mengkaunseling, membuang orang). cuma bezanya gaji aku ciput la. nak lawan orang yg dibayar untuk bercakap seperti penceramah, pengacara dan sebagainya, tak terlawan la... mereka2 ni kadang2 tu bercakap je pandai, tapi praktikalnya.... aku yakin mereka 2 X 5 dengan kita. takat nak cari bahan bercakap, klik je kat google. pastu tambah2 ayat yg sedap didengar. kalau dapat tambah sikit ayat2 Al-Quran dan akhirnya jadilah suatu ceramah yg hebat.

apa yg tidak dapat kita nafikan ialah, orang yg pandai bercakap dan berceloteh ni memang ramai peminat dan pengikut. malah ada yg sanggup buat apa saje untuk mematuhi arahan mereka. ia ada bagus jika digunakan untuk jalan yg lurus. tapi ianya bala jika digunakan untuk nafsu tembolok mereka. dengan kuasa bercakap mereka, dah la upah ribu riban dalam masa singkat, awek2 pun sangkut. kalaulah aku ada kebolehan tu.....


IZZI ADVERTIZING-------------------------------------

4 comments:

maiyah said...

mmg le mahal.. kalo ranking naik stesen tu gak yg untung

Che' Pit said...

erk, alamak.. CP mmg keje bercakap, tapi bayar ciput gak..

tapi kdg2 yg pelik nape keje kerani, admin, kami gak kena buat.. hmm mcm tu baik tukar kami buat keje admin,kerani, depa lak buat keje kami; bercakap..

jejakalkindi said...

ceramah pun kena ada fakta2nya..kalau dok ulang benda yang sama...lama2 menyampah jugak orang..

ChuMeLL said...

wooohooo..kenala beli insurance mulut..huhuu